Review by LN : Laura Dress from Floraebyfissa

Assalamualaikum semua. Wah, this is first time aku review something. Kali ni aku nak review satu dress yang awesome. Laura Dress by floraebyfissa. Aku dapat dari floraebyfissa as a present. Aku tetiba nampak tag & win anjuran floraebyfissa kat instagram then aku join. Tak tahu pulak boleh menang. Tq floerabyfissa
I'm so excited bila pos laju sampai rumah

Aku suka bungkusan ni, comel.

Ni laura dress sebelum aku pakai.mula-mula aku ingat baju anabelle..hahaha

And ni aku try pakai nak pi kenduri. Baju cantik, macam princess rasanya. Aku tak iron pon.

Maklumat pengeluar:

Material : Polyester Cotton - wrinkle free and does not cling to body
Type : Jubah Dress - classic English maxi inspired floral jubah that is syariah compliance, comes with wrist and chest zipper for wudhu' and breast feeding friendly.
My review:

  • Kain cotton
  • Kain ringan & tak melekat
  • Cutting dress mcam princess cantik
  • Warna pink & blue aku suka
  • Bunga kecik-kecik aku suka (boleh nampak kurus sikit)
  • Kampung & modern style
  • Breast feeding friendly
  • Wudhu' friendly
  • Tak payah iron pon cantik


  • A little bit panas (sebab aku tak suka cotton tapi kalau orang bagi aku bedal je)
  • Bahagian atas agak ketat untuk badan comel macam aku (untuk orang yang kecil sesuai la)
  • Size limited : S, M, L
  • Size L macam S (aku ambil size L sebab badan aku agak comel)
So kalau u'alls yang badan kecil bolehlah try laura dress ni.
Anddd..bukan dress je floraebyfissa jual.
Ada shawl, instant shawl & baru-baru ni dorang ada keluarkan abaya outer dress tau.
So kalau u'alls nak shopping dress or shawl by floraebyfissa just click link kat bawah ye.


jemput add, follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati
google +: lela nurjati

#6 wordless friday

Assalamualaikum silent readers..hari ni hari jumaat.. "Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam"
Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.
Semoga Jumaat ini menjadikan kita hamba Allah yang banyak berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.
So hari jumaat macam biasa i akan post satu gambar @ quote untuk tatapan u'alls..


jemput add, follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati
google +: lela nurjati



Help Me

Assalamualaikum semua. 
Gambar memang selalu takde kaitan

Aku ada some problem nak tanya para blogger semua. Lately ni aku selalu pi baca entry-entry blogger lain, tapi bila aku nak komen je mesti tak boleh. Kenapa ye? Anyone? Kalau ada yang tahu macam mana nak buat, please share friends? I really need your help.


jemput add, follow & like
facebook: leyla nurjatiey
twitter: @lelanurjati
instagram: @leylanurjatiey
google +: lela nurjati

Kau bila nak kahwin?


Assalamualaikum semua. Harini aku nak share tentang bab perkahwinan. Aku dapat sumber ni dari twitter. Mungkin ada yang pernah baca. U'alls pernah tak ada orang tanya bila nak kahwin? Hope this entry boleh buka hati pasangan u'alls untuk berfikir dan dapat membantu u'alls yang teragak-agak nak kahwin tu. InsyaAllah
*semoga pak imam ni dapat jumpa dan borak dengan bakal suami aku nanti..kih.kih.kih

"Kau bila nak kahwin?"


Pak imam mencuci kolah bersamaku.
Aku cuba jawab,
"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah,
Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu
tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.
Redo je lah."
Pak imam menjelingku.
"Memilih sangat ni."
Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.
"Salah ke memilih, Mam?"
Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang
disentalnya.
"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma
jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di
hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat
agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."
Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak
setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni
lubang kecil di sudut kolah.
"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"
Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit
basah terkena air.
"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan.
Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat
pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang
telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah
terlanjur beratus kali pun boleh.
Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."
Aku berdiri sama.
"Apa dia?"
Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.
"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa.
Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan
pada pasangan untuk terus berubah baik.
Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya,
imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran
dalam mendidiknya. Dia akan memberontak,
melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau
cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.
Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah
tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan.
Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah
telunjuknya.
Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain
berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam
berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan
hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk
berubah.
Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti
kolah ini.
Kau kena menangis lebih banyak di malam hari
depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang
hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu,
didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.
Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik'
cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan
agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau.
Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia
cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.
Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit.
Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun
bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat
keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan
berubah.
Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa
melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga
kau letih sendiri.
Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah,
heavenlah kau nanti.
Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita
solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik.
Siapa tahu.
Kau faham?"
Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang
terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki
yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri
agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana
nanti didikannya? Pasti rosak hancur.
Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama
seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.
Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha
penat lelah mendidik nanti, ada secebis
penghargaan untuk yang bernama suami.
Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.
Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata
suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.
Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan
ku jawab balik pada diri
sendiri.
"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang
sepatutnya." Baru sedia untuk nikah.

tq sudi baca..
jemput add, follow & like
facebook: leyla nurjatiey
twitter: @lelanurjati
instagram: @leylanurjatiey
google +: lela nurjati