SAFI SHAYLA WAJAH BARU

AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

Love this goodiess..nanti LN tunjuk apa yang LN dapat dalam goodies ni..tunggu
Assalamualaikum dan hye u’alls. Pada 3/5/2018 LN dapat jemputan ke satu event yang dikendalikan oleh Safi Shayla iaitu Relaunch Of Safi Shayla. Alhamdulillah LN teruja dan terharu sangat bila dapat email untuk bersama memeriahkan majlis ni. (tq kak ana) Sebab apa LN terharu? Sebab LN adalah pengguna tegar produk keluaran syarikat WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN BHD dari zaman sekolah lagi. Kalau u'all nak tahu, LN dah banyak try brand keluaran WIPRO UNZA antaranya safi, enchanter, eversoft, aiken, dan lain-lain. And now LN still lagi guna semua brand tu. Dari pencuci muka, scrub, toner, perfume dan shampoo semuanya dari pengeluar yang sama.(nampak tak betapa tegar nya LN dengan brand dari WIPRO UNZA ni.) Kebanyakan product yang LN guna boleh didapati di drugstore & pasaraya yang berdekatan dengan rumah LN and harganya pon berpatutan. So no wonder lah LN pakai all brand from WIPRO UNZA kan?. Tapi, bukan sahaja brand ni senang jumpa, product nya pon dah setanding product mahal yang u'alls guna tu.(eh, janganlah terasa)

Ok, back to story, LN nak cerita sikit pasal brand yang dibawah syarikat WIPRO UNZA ni iaitu SAFI SHAYLA. So, event pelancaran wajah baru Safi Shayla ni dibuat di District 21, IOI City Mall Putrajaya. Sangat sesuai dengan tagline "Serlahkan Keaktifanmu Dengan Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Bertudung" . LN pon ada buat aktiviti berkumpulan dan main games jugak tau. Walaupun bertudung tapi still kita boleh aktif. Sebab sekarang dah tak risau, Safi Shayla kan ada..hiiii

Welcoming speech by Mr. Sriram Krishnamurthy Chief Executive WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn Bha



Untuk pengetahuan u’alls, LN adalah pengguna Safi Shayla dan LN berani cakap Safi Shayla is the best shampoo ever. Yes! Sebelum ni LN dah try banyak shampoo dan LN sangat gembira bila first time try syampoo Safi Shayla ni.(dan sampai sekarang LN setia dengan Safi Shayla) Dah la harga mampu milik, ada sijil Halal and yang paling penting senang nak cari.

LN guna SAFI SHAYLA syampu kawalan rambut gugur & anti kelemumur

Ok, Safi telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – Safi Shayla.(bukan shampoo je tau. Sekarang dah lengkap produk penjagaan rambut) Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi Safi Shayla kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab(fav LN sekarang), Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.

Safi Shayla kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

Safi Shayla kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik
Packaging lama

Packaging wajah baru

(daripada colourful packaging ke black packaging but still colourful label untuk u'alls bezakan fungsinya dont worry)di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. So excited kan? Dah tak payah nak beli brand lain. Sebab rangkaian penjagaan rambut Safi Shayla dah lengkap dan melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.(jangan risau, yang bukan bertudung pon boleh pakai jugak)

Safi Shayla ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya atau lasak seperti pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana Safi Shayla mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

See..dah terbukti pon. Walaupun LN bertudung, still boleh buat aktiviti. Dah tak kesah berpeluh ke makeup capuk ke yang penting rambut segar je sepanjang hari. Thanks Safi Shayla(nampak...promote sikit #LNtakpropa)

Rangkaian produk Safi Shayla adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. Safi Shayla boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI: www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI: @safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia

1 comment:

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq