LN Bercuti | Bangi Wonderland


Assalamualaikum & hye silent readers. Kali ni LN happy sangat nak menaip sebab this is one of my fav place. Lately ni LN suka sangat pergi waterpark *walaupun baru dua kali je pergi*, tak tahu lah kenapa kadang-kadang pelik jugak dengan diri sendiri ni, kenapalah suka main air sangat tapi masalahnya LN ni tak pandai berenang pon. Boleh kira berapa kali nak lemas, tapi still LN suka water.

Tapi takpe sebab pergi waterpark or themepark ke LN rasa happy sangat. Bukan nak acah-acah comel ke apa, cuma kalau pergi waterpark or themeparak LN rasa salah satu terapi untuk hilangkan stress LN ni. Omputih cakap 'ME TIME'. Yes! exactly this is LN Time.
Syok gila kalau hari-hari dapat pergi waterpark pon LN dah happy *kepada bakal suami pandai-pandai lah bawak LN happy kan diri ye.

Sejak kebelakangan ni, LN sangat stress dengan beban kerja la, dengan masalah peibadi lagi tapi lepas pergi Bangi Wonderland, LN rasa best sangat mungkin sebab LN dapat main air kot.Walaupun Bangi Wonderland tak sama gah macam Sunway Lagoon but still LN suka jugak pergi sini.

LN pergi sini tak plan apa-apa pon, LN memang teringin sangat nak pergi sini sejak Bangi Wonderland tak siap lagi. Lagipun, rumah LN dengan Bangi Wonderland ni tak jauh mana. Dalam 15minit je dah sampai.

LN pergi dengan kakak-kakak dan adik lelaki LN. Orang yang berkunjung di Bangi Wonderland ni tak seramai waterpark yang lain sebab mungkin ramai yang tak tahu lagi kewujudan Bangi Wonderland ni or ramai yang takut nak pergi sini selepas kejadian air tak cukup or safety sini tak bagus. Tapi percayalah kalau u'alls nak pergi sini jangan takut, lalui sendiri ya.

Bagi LN, tak menyesal pon lepas LN pergi dan main sendiri permainan yang disediakan di Bangi Wonderland ni.
So, sebelum LN merapu lebih-lebih LN nak kongsikan gambar yang sempat LN ambil di Bangi Wonderland.

LN suka main dekat 'pantai buatan' Bangi Wonderland ni. Walaupun mabuk still LN terhibur. Tapi, ni je tempat yang LN teringat nak bil gambar.. sob..sob


#10 WORDLESS FRIDAY

Assalamualaikum silent readers.. Lama dah LN tak update blog ni.. So, hari ni hari jumaat.. "Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam"
Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.
Semoga Jumaat ini menjadikan kita hamba Allah yang banyak berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.
So hari jumaat macam biasa LN akan post satu gambar @ quote untuk tatapan u'alls..



follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati
google +: lela nurjati

WEDDING | SIDAH

8 APRIL 2017 | Assalamulaikum & hye silent readers. Lama LN tak update blog ni u'alls, this is the first entry untuk tahun 2017. Rindu LN dengan u'alls semua. So, for the first entry tahun 2017 ni LN nak kongsi kegembiraan LN. Kawan LN yang LN kenal masa belajar di UNISEL dah tamatkan zaman bujang u'alls. LN happy sangat bila kawan-kawan dah bertukar status ni. Majlis kawan LN ni buat dekat Kuala Kangsar, Perak. So LN dan kawan-kawan yang lain pon kenalah pergi sana kan? suka sangat bila tengok orang rewang ramai-ramai kat sana. Ok, LN tak mau panjang-panjangkan cerita, u'alls tengok gambar kawin kawan LN je k.
disebabkan LN tahu u'alls rindu. nah, LN tepek satu gambar.
dah macam potret family. kitorang bergambar di kilang papan
tq photographer yang sporting tu. kalau u'lls nak carik photographer area Perak, Nilai & Melaka, i recommend adik ni @azizul_mustafa

#9 WORDLESS FRIDAY

Assalamualaikum silent readers.. Lama dah LN tak update blog ni.. So, hari ni hari jumaat.. "Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam"
Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.
Semoga Jumaat ini menjadikan kita hamba Allah yang banyak berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.
So hari jumaat macam biasa LN akan post satu gambar @ quote untuk tatapan u'alls..




jemput add, follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati


google +: lela nurjati

IOI City Mall | BELI SPECS BARU

Assalamualaikum semua. Salam Maal Hijrah u'alls. Ok, semalam LN pergi kedai DR.SPECS kat IOI City Mall. Dengar cite kat situ boleh dapat harga speck yang murah. Yes, LN dah pergi sendiri kedai tu memang harga sangat berpatutan. So, LN decide terus beli situ je sebab LN memang dah lama nak tukar speck. Berbulan-bulan dah LN asyik tak jadi nak tukar je *atas sebab-sebab tertentu* so semalam LN nekad *perhh..macam poyo giler je perkataan tu* untuk beli speck baru.
while choosing the specs. LN cannot choose which one is better. Bingkai nampak sama, tapi lain tau sebenarnya. heee

ok sekarang LN tengah berkira harga yang terbaik untuk speck LN tu. LN tak tahu staff ni nama apa. Tapi dia sangat bagus layan customer.
sementara tunggu spec siap, kita makan dulu. *tapi makanan tak sampai lagi. kena tunggu jugak* LN dengan kakak makan kat Sopoong Korean Food.

makanan korea lagi. Kalau LN keluar dengan kakak memang korea je lah. Asalkan LN boleh makan nasi.

dan makan lagi. churros kat sini sedap giler. Seriously u'alls kena try.

After beberapa jam makan, shopping and before balik, LN pickup my new speck. yeahh!! akhirnya LN dah tukar imej baru. Alhamdulillah
jemput add, follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati


google +: lela nurjati