SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

 Assalamualaikum & hye u'alls..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Wah..lamanya LN tak join segmen macam ni kat blog..rindunya..Jom ramai2 kita join segmen ni..mana tahu rezeki dapat hadiah wang tunai atau planner book 2021 bagi 6 pemenang yang bertuah..😱wow😱 sape nak bagi hadiah macam ni?

The reason why LN join this segmen adalah tanda sokongan LN kepada rakan blogger iaitu Eza..

LN juga nak hidupkan balik blog LN yang dah lama terbengkalai ni..Yes LN sangat minat dengan dunia berblog dari dulu lagi tapi ada masa LN down seketika dan perlukan masa untuk LN ada kekuatan berdiri balik💪dan now LN dah sedia untuk mulakan hidup baru..InsyaAllah..

LN juga ingin menambah kenalan rakan blogger disamping boleh mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.. (u'alls boleh tinggalkan link di ruangan komen untuk LN jejak u'alls pulak)

***syarat2 segmen ni sangat senang tau u'alls..
Dan yang paling best: SEMUA BLOG peserta yang menyertai segmen ini, akan DISENARAI dalam bloglist Eza selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021.
Tarikh tutup: 27 Disember 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.

WHY LN MENYEPI | ANXIETY ATTACK!


Assalamualaikum & hye u'alls. Lama sangat LN menyepi. Mungkin ada yang lupa dengan blog rakyat marhean macam LN ni. I'm feel better right now. Yes, LN sejak kebelakangan ni ada anxiety attack and mild depression. LN takut nak berdepan dengan orang, LN akan panic bila ramai orang dalam satu masa sampai sesak nafas n loya tekak. Tapi LN tetap cuba kuatkan diri untuk terus melangkah kehadapan. Semoga LN sentiasa terus kuat.💪

Sebenarnya LN tak nak benda ni terus merasuk hidup LN. Walaupun LN masih lagi ada anxiety tu tapi LN still nak lawan dengan benda tu. LN tak tahu nak minta bantuan dari siapa? mula2, LN tak nak jumpa Doctor dalam hal ni sebab LN tahu Doctor akan cakap benda yang sama dengan apa yang LN pikir. LN cuma buat research kat Mr. GOOGLE (dari sumber yang dipercayai) tentang simptom2 benda tu then ada setengah benda yang LN tak paham and kena tahu benda tu dengan lebih dekat then LN tanya kenalan Doctor yang terdekat dan LN percaya dengan simptom2 ni. Bila LN tanya Doctor tentang hal ni Doctor cakap dia dah agak dah LN depress sebab dia nampak symptom2 tu dari LN. Cuma time tu LN masih berlakon pura2 kuat depan orang so tak nampak and tak rasa sangat LN tengah depress.

LN tak tahu bila LN start kena depression tu sebab benda tu datang tiba2. LN tak tahu nak cerita dekat siapa. Time tu LN betul2 tak nampak sesiapa untuk LN luahkan. Yes betul bila kita dekat dengan ALLAH, Dia akan jaga kita. LN carik ALLAH untuk LN mengadu sakitnya bila kita tiada sesiapa. LN tak main2 dengan benda ni. Benda ni betul2 terjadi dalam hidup LN. Sampai gambar sendiri pon LN jarang letak & malu nak letak di mana2 social media. Pada mulanya LN fikir ni faktor usia sahaja tapi bila banyak kali buat test online and consult dengan doctor yang lain Yes memang LN terkena anxiety & mild depression attack maybe sebab stress & penat sangat kot. U'alls tolong doakan LN kuat ye. Semoga LN terus jadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dan dapat melawan perasaan ini. AMIN

RESEPI JERUK MANGGA BY LN

Assalamualaikum & hye u'alls. Harini LN nak share Resepi Jeruk Mangga Tanpa CUKA. Sangat simple dan cepat. Budak-budak pon boleh buat. Ajomm!

meleleh air liur sis..



BAHAN-BAHAN:
mangga epal
serbuk asam
asam boi putih
cili padi
gula
garam

CARA MEMBUAT:
potong mangga, campurkan semua bahan dan gaul rata. SIAP!

simple dan senangkan? u'alls boleh lah try. Yummyy

20 Mac 2020 | A K A D

20.3.20 |Assalamualaikum & hye u'alls. Rindu LN tak? LN nak bagitahu u'alls semua yang LN dah kawin. Alhamdulillah jugak sebab Allah mudahkan segala urusan LN, pasangan & family untuk majlis nikah. Sepatutnya tarikh nikah & majlis we'alls adalah 21.03.2020 bersaman dengan hari Sabtu. Tapi.....(*kita tengok gambar dulu ye)

saat suami menyarungkn cincin ke jari manis LN

cameraman pon mintak tolong pak cik & mak cik je

yup.. we'alls takde pelamin pon sebab orang pelamin tak boleh nak hantar barang, makeup artist pon takut nak makeup kan orang time covid. LN nikah pon time 2 hari lepas start PKP. Semua orang tengah panic kan termasuklah LN.

perasaan gembira bercampur sedih. terpaksa makeup muka sendiri. cantik ke tak cantik hantam sajalah labu. dont judge! sebab LN sendiri tak terpikir nikah kena makeup sendiri.

Okey meh LN sambung cerita tadi. LN memang niat nak nikah hari jumaat 20/3 dan majlis sanding 21/3 tapi bila difikirkan balik LN nak buat majlis yang bajet sahaja. Yelah kita tak nak lah buat lebih2. kata nak simple je. So LN nak cut kan bajet tu LN pon pilihlah 1 tarikh je untuk nikah dan sanding sekali and LN dan suami pilih 21/3 untuk nikah dan majlis. Tapi Allah lebih mengetahui masa semua orang tengah panic Malaysia nak lockdown, LN pon tengah panic pikir 'aku ni jadi ke kahwin? Boleh ke buat majlis time covid ni?'

Kad kahwin semua dah bagi, barang goodies pon dah beli, khemah dah booking, makanan dah booking, baju makeup semua dah book. Bergaduh jugak lah dengan suami pasal ni. Tanya kadi dia cakap insyaAllah boleh teruskan tapi nikah sahaja lah. Tak boleh buat majlis. So kami pon lega lah. At least boleh teruskan nikah, nasib baiklah kami hantar kad undangan online je. So masing2 hantar msg majlis tak dapat buat. Time ni kawan2 banyak msg bagi kata2 semangat doakan yang baik2.
Kad kahwin online
ni pulak kad untuk sedara mara yang dekat.

ni sebahagian barang goodies untuk majlis nanti
baju sanding yang sepatutnya we'alls pakai..

Dan sehari sebelum 21/3, pada 20/3 selepas zohor ustaz kadi call, dia cakap last nikah 20/3 hari jumaat selepas 20/3 tak boleh nikah dah. Apa2 majlis kena tangguh. Nasib baik lah keluarga suami semua dah sampai Selangor dari Perak. LN terus call suami cakap boleh tak nak nikah lepas asar? Dia terkejut LN pon lagilah terkejut sebab tak sedia apa2 lagi. Makanan dah tempah untuk 21/3. Alhamdulillah suami pon setuju untuk awalkan waktu nikah kami. LN terus call pakcik & pakngah yang sepatutnya jadi saksi LN untuk datang rumah selepas asar. Dan lepas asar pada 20/3/20 LN dan suami selamat di ijab kabulkan. Nikah hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan. Time waktu nikah family LN hidangkan teh o panas dan biskut je. Makanan yang ditempah dapat pada keesokan harinya iaitu 21hb hari Sabtu.

Alhamdulillah majlis akad nikah kami tetap berjalan mengikut SOP yang dibenarkan.
Selepas nikah, malam tu barulah LN berinai. Dan keesokan harinya LN kena ikut suami balik Perak.



SAMYANG 2X SPICY HOT CHICKEN KOREAN RAMEN NOODLE CHALLENGE

Assalamualaikum & hye u'alls. So haritu (DAH LAMA DAH BARU NAK UPDATE) LN ada try makan Samyang 2x Spicy Hot Chicken Korean Ramen. Actually, LN tak makan pedas tau but lately ni tekak gediks LN ni mengidam sangat nak makan benda-benda pedas pulak, mungkin faktor usia kot.

LN pernah try samyang yang ori yang pernah viral kat media social dulu, P E D A S. Memang pedas sangat-sangat. Spicy tu pon tak tahan ada hati nak makan yang lagi pedas. Disebabkan LN ni sukakan cabaran, LN pon try lah tanpa pedulikan orang lain berkata. hewww

Ok, back to tajuk entry kali ni, LN try samyang yang 2x spicy ni. mula-mula makan macam sama je dengan yang original tu, tapi rasanya macam ada manis-manis sikit. LN ni suka benda manis-manis kalau u'alls nak tahu. Bila lama-lama makan tetiba rasa pedas giler ya amat macam melecur je bibir bila makan. itu pon LN dah makan with ayam goreng, telur goreng & keju untuk reduce kepedasan tu.

LN konon nak buat challenge makan samyang 2x spicy ni dalam masa 2 minit, tapi apakan daya LN tak mampu u'alls. Tersedak dan meleleh air hidung makan ni. nampak tak betapa pedasnya.

Tapi kalau u'alls tanya LN nak re-purchase balik ke tak? LN akan jawab YES! because LN suka flavor dia yang lain dari mee segera yang ada di Malaysia. Sedap kot. Tapi mungkin bukan hari-hari lah. LN ni daripada takde gastrik, habis kena gastrik teruk sangat-sangat sebab makan pedas..haissssshhh
Tapi seriously makanan korea yang LN kenal semua sedap-sedap. heeee
nah! u'alls tengoklah video ni.