KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA!

Assalamualaikum
hrini nie aku nak share citer yg da wt aku
meremang..
TAJUK:KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA!(kisah benar)

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "

Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air."
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."
Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

10 amalan penghapus dosa..

assalamualaikum...
heee..hye korang..
hrini aku nak kongsi ngn korg
amalan2 penghapus dose..(insyaALLAH)
b4 uh,,
korg prasan ta??
aku cm bnyk post sal agme2 je..
*adekah aku nak jd ustazah??
or ALLAH nk bg hidayah kt aku??
plek ta??
oke,,ta plek pown..
tp la aku share je k..
10 amalan itu:.
  • menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid..
  • solat tarawih bulan ramadhan..
  • bertaubat..
  • keluar menuntut ilmu..
  • melakukan amal kebajikan..
  • berjihad pada jalan ALLAH..
  • memberi salam dan berkata baik..
  • memperbanyakkan solat..
  • solat malam..
  • mendirikan solat..
oke..
aku juz bg isi penting je taw..
korg pham2 la mksd tersirat n tersurat uh yer..
:)

GARAM!!

assalamualaikum..
heeeeeee...
hrini aku nk share ckit info sal garam..
garam ni ada fungsi tertentu.
Patutlah garam ni kene makan time sebelum dan selepas makan.
Xkira lah, makan pagi ke, tengahari ke, malam ker...
Memang sunnah Rasulullah,,
Rasullullah setiap kali menggembara akan mengambil sedikit garam sebelum mengambil makanan or minuman...
Ini bertujuan untuk menstabilkan badan,,
meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara,,megnatik dan hawa yang berlainan...


Garam ape??
Sapa nak tahu??
Garam bukit la..
bukan garam yang murah tu..
Yang seringgit lebih tu bukan ye..
Garam tu penuh dengan ASID..
Beli garam yang HALALGEL tu..
sebab mmg tentulah halal..


Macam mana nak amalkannya. (Pilihlah mana senang..)

1. Letak sedikit garam ke dalam air minum. Letak dalam botol mineral. Pastu minum bila haus.

2. Mandi garam. Ia pun elok meneutralkan tahap asid dan alkali dalam badan.

3. Cuit sedikit garam sebelum perjalanan yang jauh.

Pastu, garam ini juga, dalam seminar tu ada puan tu kata - boleh menghapuskan 300 kuman/bakteria dalam badan. - cuci perut antaranya.

Dan, orang kata boleh terhindar dari sihir, makhluk halus dan sebagainya.

Garam bukit, boleh beli kat sini,liferich.com.my
da pham??
~smber dr muke buku~

ISLAM melarang umatnya memohon untuk mati..

assalamualaikum...
hri ni aku ade bende nak kongsi ngn korg sume..
slalu aku dgar..
law org ade masalah ke,,streess ke,,
msti dorg akn kte..
"btter aku mati je.." or
"bek aku mati.."
un??un??un??
korg sume pown msti pnah dga un??
kwn2 aku pown pnah ckap cm uh..
aku pown pnah gak la ckp cm uh..*memg ta dpat dinafikan la..
tp time btol2 stress thap gaban la..
ha,,brblek kt tjuk aku kli nie..
td aku nga bce metro online..
then aku pown bce2 la link2 kt c2..
jmpe link himpunan hadis..*hee..bek tak kau nie??
then aku jmpe link tajuk entry aku uh..
meh bace..

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.”

Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian:

  • Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
  • Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
  • Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.

anak patung bawah bumper kereta????


Assalamualaikum....

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

SUMBER: Hamba Allah
PESANAN : tolong sebarkan..
~copy paste from facebook~

holiday at cameron highland!!



hyep korang!!
hrini aku nak story morry psal time aku bercuti kat cameron..
huhu..
korang nak taw??
aku bru 1st time dtg cameron nie..
aku pi ngn sbhgian family blah mak..
4 family je pg..
aku n family nek kete my pk cik..
family aku yg pg,,
juz aku,kakak aku,mak aku,n adek3 aku..
ktowunk nek kete alza..
ktorang bertolak dr umah kol 6.30
pnye la tkowt bandar KL uh jem..
ktorunk smpai lam kol 12 lbih kowt..
ktorung ade bhnti kat R&R tapah tok sarapan
time smpai kat cameron uh,,
mak n adk2 aku pning n nk muntah..
*al maklum lah,jalan berliku..*
aku igt lg time pg uh memg dorang pning gle..
adek aku 2 org muntah..
ktorang sampai2,,
ktorang ta cek in lg apartment yg ktorang sewa uh..
ktorang kne cek in kol 2..
b4 cek in uh,ktorang pg taman rama2..
msuk satu kpale RM5 ntok dewase..
n ktorung singgah pasar2 ntok bli mkann ckit..
 then da kol 2,,
bru la ktowunk cek in..
apartment ktorung juz umah kdai je..
tp bez jgak la..luas..
ade 3 bilik..
complite sume..
double,king n queen KATIL
kat sne tde kipas lgsg..
aircond pown tde..
tp sjuk nye cam ade aircond je..
aku ta bwak bju sejuk taw..
aku n kakak aku pnye la confident tmpt c2 ta pnaz..
lah2,,amek ko..
trus aku bli pashmina n glove kat sne..
*sejuk kemain*
but best la..
air tandas pown sojuk..
law korung da kencing,,msti korang nak terkencing lg..
cayelahh 
mlm uh ktorang kuar pg mamam smbil tgok bola..
then aku n kakak aku pg tgok bju nak bli..
ole2 ntok kakak n ayh aku yg ta pg uh..
 lpas mamam je,,ktorung pg psar plak..
da pnat ktorung blek apartment..
pg uh plak,,
ktorung cek out kol 10..
ptot nye ktorung kne cek out kol 12..
tp ktorung nak kuar awal koz snang nak bjalan2 lg..
lpas ktorung kuar,,
ktorung pg taman rama2..
then pg ladang teh..
then pg pasar bli syor n strawbery..
then ktorung blek..
then berhnti kat hentian tapah lg..*tempat rehat wajib pg*
then bru la blek..
then jalan ttop,,
then terpkse la ktorung wat pusingan kat KL..
then smpai umah..
then........*bnyk lak then aku*
tampar laju2 bru taw..
k,la..
TAMAT..

p/s:nnty aku upload gambar ea..:)

Wonder Girls _ Like this _ MUSIC VIDEO






jato cinte ngn lagu nie..
hee..ape la aku niey..
td wat entry ceramah..
skrang jd setan lak..
assalamualaikum pown da ke bwah..
enjoy jap je ley un??
aku ske lgu n tarian niey..
2 je aku nak tgok..
k..
TAMAT

kongsi!!




hrini aku nak kongsi sikit ape yg aku da ter tgok kat u tube..
td aku bka u tube ntok tgok sal bakal paderi(jo yee) yg msuk islam uh..
kalo korg nak tgok,,
nie aku bg--->>klik sini
then after aku tgok uh..
ade lak vdeo sal ni..
AURAT
ade gak btol nye..
aku ske bce komen2 ny gak..
cbe korg bce nie..

  • 1org lelaki bkn Islam b'jmpa dgn 1orang pemuda Islam & b'tanya,"knp kau punya prmpuan bertudung lbuh,pki warna hitam & tutup 1 badan bila berpakaian?".Pemuda Islam tu t'senyum smbil mengeluarkn 2 gula2 dari poketnya.1 drpdny dbuka pmbalutny & 1 lg dibiarkn balutanny.Kemudian,kedua2 gula2 itu dilmparkn ke tanah.Pemuda itu b'tanya,"Gula2 yg mana 1 tuan ambil jika tuan bnr2 ingin memakn salah 1 drpdny?".Lelaki t'sebut memilih gula2 yg masih b'balut.Dgn t'senyum,"dgn itulah kami memelihara mereka"..  
  • "andai seorang perempuan itu masih mempunyai BAPA atau SAUDARA LELAKI atau SUAMI (yg plg utama), maka aku tidak pernah merasakan kasihan terhadap perempuan itu tetapi mereka yang memikul tanggungjawab MELATIH dan MENDIDIK tentang aurat perempuan. sesungguhnya mereka itu DAYUS dalam memikul AMANAH yg diberi..."
    Namun, andai perempuan itu berusaha dan tabah dalam mencari Taufiq dan Hidayah Allah, maka dia sesungguhnya adalah daripada golongan yang berjaya di dunia dan akhirat...
    InshaAllah...
  • majoriti golongan wanita yg akan masuk ke neraka... tpi mereka juga senang juga masuk ke syurga Allah SWT.. lelaki pon same.. 4 golongan lelaki akan ditarik ke neraka oleh wanita antaranya bapanya, abangnya , adik lelakinya dan suaminya.. jadi teguhlah mereka dgn apa jua skali pun. terutama golongan wanita.. insyaAllah
  • Aurat salah satu method pertahanan maruah.. 
  • Rmai yg tak sedar tentang aurat lelaki. Pusat sampai lutut. Tapi. Duduk rumah bujang pkai slamba ja. Main bola sepak, takrow pakai apa eh? Selalunya seluar pendek. Bagi yg peka, pakai tights skali. Tapi tanpa disedar tights itu juga mendedahkan aurat sebab 'tight'. Bukan niat nak provok tapi sekadar renungan buat kita semua.
  • Tapi ada ja yg berjaya mnjaga aurat dan pergaulan dalam aktiviti seharian, syabas! Mudah2an Allah memberi petunjuk dan perlindungan kepada semua umat Islam.
  • "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka.."(an-Nur 30-31) rnugkan ayat 30, brsebab ada printah suruh llaki jg pdgn..jgn slhkn sblh pihak memnjg.
 niey la komen2 yg aku ase ley gak la jd pgajaran wt kte..
nah aku bg sikit dalil2 dri al quran n hadis..
AL-QURAN
1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
HADIS NABI S.A.W

1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


2) Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)



3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)



 aku juz nak share je ngn korg je..
aku pown ta seperfect korg..
aku pown pnah gak wt silap..
aku wt entry nie juz untk mengingat un aku
n share ngn korg
tentang penting nye menutup aurat 
kte sme2 perbaiki ksalahan ea??
TAMAT
 

soalan buat HAWA n jawapan dari ADAM..


Satu Soalan Buat Hawa.
Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.
Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.
Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.
***
Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?
Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?
Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?
Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~
Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?
Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?
Baca ni ;
Satu Jawapan Dari Adam.
Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.
Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.
Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?
Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~
“Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..

DAPAT TAWARAN UNISEL



aku nak kongsi kat korg sume..
aku dpat twaran smbung study kat UNISEL..
diploma pengimejan perubatan..
fakulty bioperubatan dan sains kesihatan..
acc aku ta taw nak trime ke ta..
hri uh aku da dpt twaran dr UNISEL..
tp asas nye..
intake bulan 5..
skrg ni aku dpat diploma plak..
intake bulan 7..
time pose lak uh..
aku skrg nie nga pning..
nak trime or bia je burn cmuh je..
bantu la aku

Anniversary my parents


hyepp!!

huu..acc aku nak cte something yg brlaku smlam..
about my family la..
tme uh ktowunk nak anta my 3rd sis
blek UITM but mlm la..
ptg uh,,ktowunk kuar jap bli brg..
my mom ta ikowt..
mlm uh lak..
my mom ikowt..
but my siblings yg len ta ikowt lak..
then my dad tnye..
nak mkn dlu ta??
ktowunk jwb la nak..
(of course la nak un??mkn??spe yg ta nak)
then ktowunk mkn kat pizza hut..
dpan UITM s.alam uh..
acc smlam my mom n dad
punye anniversry..
(2 sbnar nye title bsar tok hri niey..)
heeeeee..:)