Berniaga Sengkuang Calit

Assalamualaikum bloggerian semua & silent readers..
Hope u'alls sihat2 belaka ye..
Yeah, ini adalah cerita basi kte nak ceritakan kat u'alls tentang semua kejadian yang kte lalui sepanjang seminggu sebelum masuk study balik.. kte tolong Mak Teh kte berniaga Sengkuang Calit kat Pekan Bangi..well, daripada bertapa dekat rumah tunggu sem baru bukak.. better kte habiskan cuti ni dengan benda yang berfaedah kan??
Ok, sepanjang seminggu tu, kte takde kat umah mak ayah kte..kte kena tidur bangi lah *rumah mak teh ni..siapa nak hantar kalau kte dok umah kan..kte tak pandai drive u'alls..so, memang kenalah tidur kg kan..
for those yang tak mengenali sengkuang calit tu apa.. meh kte perkenalkan..
U'alls tahu tak apa tu buah sengkuang?? Kalau tak tahu..pi search kat Mr google ye..ok tak lawak..Sengkuang Calit ni dari buah sengkuang dipotong besar tapak tangan dicalit dengan sos manis + sos macam kuah rojak tu + ditabur dengan kacang yang rangup = urmmmhhhh, lazat sekali..lepas beli pasti nak lagi..*promote sikit
Mak Teh kte ada stall sendiri..dia buka stall dia dekat pekan bangi..sesiapa yang nak beli, boleh lah ke pekan bangi setiap hari dari jam 11 a.m-7 p.m berdepan dengan dewan pekan bangi & hari khamis dekat pasar malam Pekan Bangi.. for those yang nak cuba rasa lah..*promote lagi
Sepanjang kte tolong mak teh kte jaga kedai,, banyak benda yang di pelajari.. yeah,, tak sia-sia kte tolong u'alls.. seriously kte tahu macam mana nak berniaga, berniaga di pasar, ragam2 customer lagi, kepenatan yang dirasai.. tapi sangat best bila ramai yang nak membeli kat kte.. kte penat pon dah tak rasa bila ada customer yang tersayang.. Malangnya kte hanyalah seminggu menolong Mak Teh kte ni.. sebab isnin 13 january kte dah kena masuk Unisel balik..wuuuu
So, sesiapa yang nak merasa Sengkuang Calit my Mak Teh, datanglah ke Pekan Bangi ye..

1 comment:

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq