RINDU ZAMAN BELAJAR

Assalamualikum semua. Dah lama aku tak menaip macam dulu. Lately ni aku rasa malas sangat nak update blog. Yelah, aku kan dulu student UNISEL *sekarang aku dah habis study & dah nak grad, bolehlah cakap macam tu..hik..hik..* so u’alls tahu jelah student macam mana kan? Assignment nak kena buat, kerja lab semua nak kena tahu, spend time dengan kawan-kawan, practical lagi & banyak lagi benda nak buat zaman student ni. Actually aku rindu zaman student. Aku rindu lab medical imaging, aku rindu lecturer yang sporting, aku rindu classmate yang semuanya perempuan, aku rindu roommate aku, aku rindu rumah sewa aku, aku rindu MAIS, aku rindu UNISEL, semualah aku nak rindu. ni aku nak kongsi zaman-zaman student aku. jom scroll gambar-gambar aku zaman UNISEL.


ni semua housemate paling aku sayang.
yang di atas sekali adalah gambar time aku orentasi dulu.(2012)
yang tengah gambar time surprice birthday aku yang ke-20 tahun.(2014) u'alls boleh klik ini dan ini untuk baca entry tentang birthday
dan yang terakhir gambar time kami buka puasa di masjid besi putrajaya.(2014) 
rindu gila kot kat dorang ni. walaupun kadang-kadang kami bergaduh, tapi kami tetap bersama *bak kata digi "kami buddyz, kami takkan berpisah". aku harap kami tak lost contact. InsyaAllah.

my classmate yang semuanya perempuan
my classmate yang sangat aku rindukan. tinggal semua perempuan. 10 orang je classmate dan semuanya perempuan. *kau rasa? of course suasana belajar yang aman dan tenteram. nak menyanyi ke nak angkat kaki ke semua tak segan. semua masalah kelas dikongsi bersama. aku rindu nak belajar lagi. walaupun aku selalu masuk kelas lambat.

ni semasa aku practical di 3 hospital yang berlainan.
first: PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA (2015)
second: DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE (DEMC) SHAH ALAM (2014)
third: HOSPITAL DAERAH SIK KEDAH (2013)

ni doktor-doktor yang paling aku sayang, sangat tak kedekut ilmu. tq Dr. Raslan & Dr. Imran (PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA) yang banyak bantu kami belajar sesuatu yang baru & penyakit yang pelik-pelik

this is mama aku time practical di kedah. dia seorang ibu tunggal yang berjaya. dia yang bagi sewa bilik kat rumah dia & bawak kami pi jalan-jalan kat kedah.


last exam. OSCE for student medical imaging.
with lecturer yang sangat-sangat sporting & banyak membantu.
time OSCE ni  nervous gila kot. ni adalah peperiksaan kelayakan kitorang untuk jadi Radiographer.
kitorang kena ambil exam dan soalannya adalah berdasarkan subjek-subjek yang kitorang dah belajar dari semester satu sampailah semester akhir. *gila tak cuak? kau mampu baca note dari sem 1 sampai last sem? banyak kot. dah lah satu subjek buku tebal nak mati. lainlah kalau kau jenis yang suka baca buku rujukan. sebab aku ni jenis yang study last minute. nasib baiklah aku baru habis practical time ni, adalah sikit-sikit yang aku dapat jawab. and Alhamdulillah result yang aku dapat memang tak dijangka.

ni salah satu sebab kitorang nervous, patient kitorang semua hensem.
yang tepi sekali buat peace tu je bukan patient.
tq sudi baca..
jemput add, follow & like
facebook: leyla nurjatiey
twitter: @lelanurjati
instagram: @leylanurjatiey
google +: lela nurjati

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq