Safe Care Aromatherapy

LN Review |
Assalamualaikum & Hye U'alls. So harini LN nak share satu produk yang LN suka giler guna. Buat pengetahuan u'alls, LN ni seorang yang cepat mabuk bila jalan jauh. Selalunya LN perlukan asam untuk hilangkan rasa mabuk tu. Tapi lepas LN kenal dengan produk ni, kadang-kadang asam pon LN lupa nak makan sebab dah tak mabuk sangat.

yeahh..i found my love..eh?

Produk tu adalah Safe Care Aromatherapy. Safe Care adalah Minyak Angin Aromatherapy yang memberikan rasa tenang (mind & spirit) dan menyegarkan. Safe Care hadir dalam packaging yang berbentuk botol kecil dengan kemasan roll on memudahkan kita bawa ke mana sahaja dan tidak akan tumpah.

see..kecil kan orangnya..eh salah, kecilkan botolnya kalau dibandingkan dengan muka LN. sangat convenient senang nak letak kat handbag.

LN kenal safe care ni pon dari my sister, dia yang guna mula-mula. Time LN mabuk dalam kereta sampai rasa nak muntah. Then dia keluarkan minyak ni, LN pon hidu lah, lepas tu terus terbantut nak muntah. Lepas je dari kejadian tu LN suruh my sister belikan satu untuk LN. In case kalau LN mabuk lagi ke kan? So, LN akan bawa safe care bersama bila LN travel jauh-jauh *tak jauh mana pon still dalam Malaysia.huuu
Alhamdulillah, safe care ni membantu sangat. Terus hilang mabuk bila LN travel.

And now, LN ada masalah batuk dan migraine yang agak teruk. Biasalah kerja Klinik kan? terdedah dengan virus semua tu. Tapi lepas LN sapu je safe care ni, Alhamdulillah semua tu terus hilang. Terus rasa lega sangat-sangat. Yes! hilang serta merta.

see..how happy i am.
That why LN berani nak share dengan u'alls apa yang LN pakai, mana lah tahu u'alls pon ada masalah seperti LN ni kan? LN dah lama guna safe care ni, and ia banyak membantu. *Seriously tak propa.
Sekarang ni LN pakai botol kedua. *eh, baru botol kedua ke?? kata dah lama guna. Hello! LN ni bukan nya setiap hari guna minyak ni. *sebab sebenarnya LN tak suka letak minyak kat diri sendiri. LN akan guna bila perlu sahaja, sebab tu lah lambat habis.

Tapi, LN rasa memang tak sia-sia LN beli sebab memang banyak kegunaannya.
Antaranya :-
  • Melegakan sakit kepala, perut kembung, masuk angin, mabuk perjalanan dan pening 
  • Melegakan ketegangan otot, sakit urat, sendi dan lenguh-lenguh badan 
  • Mengurangkan gejala selsema & batuk (mudah dihidu dengan kemasan roll-on) 
  • Berfungsi sebagai inhaler, tinggal buka tutupnya dan dihirup
  • Mengurangkan kegatalan dari gigitan nyamuk 
  • Mengurangkan rasa mengantuk bila memandu 
  • Bauan limau kasturi yang berupaya menyegarkan fikiran sebagai fungsi aromaterapi 

KANDUNGAN / BAHAN
a) Mentol 4g
b) Champor 0.49g
c) Essential Oil 0.5ml

CARA PEMAKAIAN
Gosokkan secukupnya pada bahagian yang sakit
Untuk kegunaan luar sahaja seperti sapukan pada kulit dan save care ini sejuk & bau limau kasturi yang berupaya menyegarkan fikiran...

So u'alls, apa tunggu lagi? better spare dalam rumah / office / beg u'alls satu safe care. Mana tahu dapat membantu u'alls dikala sedang memerlukan. Heee

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq