Penang Trip Day 2

Assalamualaikum & hye u'alls. For second day in Penang, niat LN nak pergi Bukit Bendera tapi malangnya tutup pulak untuk renovation. So nak tak nak kita terpaksa tukar plan. So pagi-pagi LN dah keluar breakfast kat Ali Nasi Lemak. We'alls pergi sini naik grab sebab macam jauh je jalan kaki kan? *sis kan tuan puteri..hikhik
Gerai nasi lemak ni terletak di food court. Tapi food court dia macam semua orang cina dan banyak makanan cina je. So kalau u'alls ragu-ragu nak makan kat sana u'alls boleh bungkus bawak balik or makan jelah kat tepi jalan yang u'alls rasa ok. Takde sapa nak marah pon. LN makan kat sana je apa de hal redah je lah sebab dah sampai kan. Then ada aunty cina tanya nak minum apa so LN tanpa ragu-ragu cakaplah nak air mineral botol. So untie tu pon bawakkan air mineral. Boleh LN bawak air untuk terusksn berjalan nanti kan?
Nothing special pon nasi lemak ni. Rasa nasi lemak Ln still boleh makan so ok lah.

Then dah makan kat situ LN teruskan perjalanan untuk ambil gambar di street art. Dekat sini street art dia merata. Tapi LN tak pergi lah semua tempat. LN pergi yang terdekat je. Sebab nak kill time nak pergi FoodMuseum pulak nanti.


Lepas dah penat cari street art dan ambil gambar. We'alls terus jalan pergi ke Food Museum sebab dekat sini dorang buka awal sikit dari tempat kita. Tempat ni buka pukul 9 pagi so bila dah pukul 9 memang we'alls terus pergi lah. Jenis we'alls semua buat pagi-pagi. Sebab we'alls tak nak ramai-ramai nanti sesak. Alhamdulillah time we'alls sampai tu tak de orang lagi. So bila masuk je food museum we'alls macam kagum dengan display yang ada kat situ. Terus perasaan lapar membuak-buak. Gila ko tak membuak tengok makanan pulak tu. Semua menggiurkan. Staff dekat sini semua baik-baik dorang yang offer diri untuk ambil gambar we'alls. Kalau kat tempat lain kebanyakannya tak boleh suruh staff ambilkan gambar kan? Tapi kat sini tak payah suruh pon. Best kan?
Big laksa ever. Ni kalau betul memang ambil masa nak habis ni.

Nampak makanan warna warni seperti kehidupan kita sendiri.

I'm Alone. I need someone temankan i makan..😒

Sapa nak mee goreng? Confirm sedap kalau LN yang masak..choiii

Yes..memang we'alls pernah plan nak kahwin sama-sama. Kan dah termakbul tu. Cuma olok-olok jelah.πŸ˜‚

Then after dah penat posing kat Food Museum we'alls pon teruskan perjalanan ke Mee Sotong Hameed pata. We'alls jalan kaki pakai google maps je u'alls. Nasib lah semua oke walaupun dah ketibas. After dah sampai kat food court ESPLANADE ni time tu tak buka lagi tau. LN pon ragu-ragu betul ke mee sotong tu ada kat sini kan? Ada nampak signboard mee sotong tapi dia tak tulis pulak mee sotong hameed pata. Tapi disebabkan dah sampai sini kan? So LN tunggu je lah sampai buka. Dalm 10 minit sebelum pukul 11 tu. LN and kakak pon nak kill the time. We'alls jalan lah kat padang kota lama tengok air laut dengan panas matari lagi. Bila dah pukul 11 we'alls terus masuk balik ESPLANADE tu sebab lapar nak makan terus. Tapi mee sotong tu baru nak buka bila tanya dia cakap tak buka lagi tunggu sekejap dengan muka garang. Takut LN tau. Bila dah buka orang start beratur. Ramai jugak sekali beratur nasib baik lah LN duduk depan kedai tu je so cepat lah jugak turn LN. LN order 2 je mee sotong sebab takut tak sedap pulak kan. Tekak LN ni kan gedik bab makanan. Tapi bila rasa sesuap kat mulut perggghhhh sedap nawnaw. Rasa nak order 10 je. Over tak? Tapi memang betul sedap dan berbaloi. #LNapproved
Sedap gilos..LN nak repeat yang ni jgak..kuah sotong dia perggghh padu babe..tetangkat tak boleh. Seriously u'alls patut try.

Then lepas dah makan we'alls ambil grab sebab nak pergi makan ice ball tapi malangnya sampai-sampai ice ball tu takde. Samaada tutup ataupun pindah tempat lain.πŸ˜‚
Lepas dah punah harapan we'alls teruskan berjalan kaki untuk balik ke hotel.

Lepas dah rehat & solat semua petang tu we'alls teruskan perjalanan menuju ke Hameediyah Restaurant. Niat LN sebenarnya nak makan nasi kandar. Tapi bila beratur staff situ cakap "akak tak nak try nasi briyani ke? Briyani pon lagi sedap." Dan LN pon mengiyakan aja dia tu. LN tak pandai nak tolak lah πŸ˜… lagi pon LN bukannya pandai nak order nasi kandar ni.
Ni lah nasi yang LN order. Nasi banyak giler. *mamak kan? Biasalah. Nak tahu tak? Harga ayam tu seketul RM9.50 u'alls rasa?? Ayam goreng bawang sahaja tauπŸ˜‚ Nasib baik makanan dia sedap. Kena dengan tekak LN ni.

Lepas je dah makan tu we'alls terus jalan menuju ke Jeruk Madu Pak Ali. Ni pon salah satu tempat yang selalu orang pergi bila datang Penang ni. Habis je borong jeruk, we'alls jalan kejap kat Pasar Chowrasta. Jalan punya jalan termasuk lah satu kedai ni macam cantik je baju-baju kat sini dan harga pon berbaloi je. Terus borong kat sini. Lama gak lah we'alls stay kat sini. Dapat lah baju kurung kedah satu baju kelawar satu. Beli banyak-banyak dapat banyak jugak discount. Baik hati uncle kedai ni. Recommend this kedai. Owner dia siap recommend kan lagi tempat mana yang best untuk pergi. Salah satunya ais tingkap. Yes ais tingkap. My sister memang nak sangat minum kat sini. LN ikut je lah. Ais tingkap ni campuran air sirap + air kelapa + isi kelapa + biji selasih + gula. LN tak minum air kelapa ni so LN order lah cendol tapi LN tak makan kacang merah dalam cendol tu. *lupa nak cakap tak nak kacang. So LN pon mintak my sister tolong habiskan kacang tu.

Ni lah ais tingkap nya. Tak tahu lah mana tingkap nya..

Disebabkan LN tak minum air kelapa, so LN orderlah cendol ni.. kacang dia banyak giler..LN tak makan kacang, so my sister yang kena habiskan kacang dulu..TQ sister..

Ni lah kedai uncle tu. Baik je dia.. recommended sangat kat u'alls..

Lepas dah habis minum we'alls nak makan petang pulak lah konon. *padahal masing-masing dah kenyang. Then ambil grab pergi ke Persiaran Gurney untuk makan pasembor. sampai-sampai je dah renyai. Then we'alls terbehenti kat satu kedai ni. Namanya Disco Pasembor. Bila makan je sedap weyhhh. Tapi disebabkan we'alls kenyang lagi so lambat lah nak habiskan. Mana tak kenyang baru makan nasi pastu makan lagi. Memang tak habislah jawabnya. After dah makan tu we'alls terus book grab untuk balik sebab hujan pon makin lebat. Balik je hotel terus rehat. Malam memang we'alls tak keluar.
Yang ni we'alls ambil 5 jenis je. Harga dia telan air liur jugak lah.. RM29 *sebab ambil sotong.sotong je RM15 u'alls rasa? nasib baiklah kongsi 3 orang. Bila makan tu sedap sangat. Kuah dia manis dan tak pedas sangat. *LN suka benda manis so #LNapproved
So, total untuk hari kedua:
Pengangkutan: RM25
Makanan: RM97.8
Shopping: RM263.5

Penang Trip Day 1

Assalamualaikum & hye u'alls. So harini LN nak share pengalaman LN backpack with my sister. LN pergi Penang dengan 2 orang kakak LN. Pergi we'alls naik flight Air Asia. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar sampaikan flight tiba di Penang awal 20minit. *terkejut LN dengar Pilot tu cakap flight tu mendarat 20 minit awal. Tapi LN still sakit telinga bila naik kapal terbang tu..πŸ˜‚

LN tak dapat gambar sayap..tapi LN belanja awan je k.


Sampai je di Penang LN book grab untuk ke roti canai transfer road. LN order roti canai kuah banjir dan my sister order roti bakar telur. Masa LN sampai tu ramai jugaklah orang yang makan kat situ. Tapi jangan risau tempat sentiasa ada kot.
Ni roti canai telur kuah banjir RM8.00 . Yang ni LN tak order lagi tiba-tiba je dah sampai. Tapi memang LN nak order roti ni pon. Kuah dia pekat sangat2..sapa yang suka pekat2 boleh lah try..LN rasa sikit je then bagi kakak habiskan..

Yang ni roti bakar transfer road RM4.00 . Rasa dia masin sikit. Mungkin sebab dia letak whitw paper banya kot..

Lepas dah kenyang makan roti canai, we'alls terus ke hotel Malabar Inn untuk tumpang beg backpack. *sebab besar sangat kan, nak bawak jalan macam susah je. We'alls nak check in tapi tak boleh lagi sebab we'alls datang awal sangat kan, So bilik tak ready lagi. We'alls tumpangkan je beg baju yang we'alls bawa.
Ni nama tempat yang we'alls duduk..tapi biliknya dekat bangunan depan ni..haha
Tapi nak cakap memang recommend sangat tempat ni sebab staff dia baik sangat.
Lepas dah tumpang beg kat hotel, we'alls teruskan perjalanan ke KOMTAR. Tapi we'alls book grab sebab macam jauh je nak jalan kaki. Sebenarnya we'alls tak tahu pon ada apa kat sana. We'alls main terjah je. Grab tu turunkan we'alls dekat Prangin Mall (berhadapan dengan KOMTAR) so we'all pon percaya lah itu KOMTAR. *bertuah punya driver grab ni.. sampailah we'alls dah shopping and nak balik baru perasan yang we'alls tersalah masuk Mall..πŸ˜…
Takpe lah. Asalkan boleh kill time untuk check in hotel jap lagi. Masa nak balik tu nak book grab then keluarlah pintu Mall yang depan KOMTAR tu. Tiba-tiba ada sorang pak cik chinnese ni dia pegang flyer tak silap. Then dia ckp sorang-soranng. We'alls pon duduk lah kat depan tu then dia datang dekat ngan we'alls and merapu cakap jangan duduk sini nanti $#!&@*^/)?-
Then we'alls macam buat tak tahu lah ngan dia then dia ulang balik benda yang sama. Masalahnya tak paham apa yang dia cakap tu. Terus we'alls masuk dalam balik and keluar kat pintu lain pulak. Then keluar pintu lain we'alls nak book grab tapi tak tahu nak suruh grab pick up kat mana. Dekat situ ada teksi then LN tanya lah teksi tu berapa kalau nak pergi Malabar Inn. Dia jawab RM10 tapi kalau naik grab RM5 je. Separuh harga kot. So we'alls pon tak jadi lah nak naik teksi sebab kita boleh dapat yang lagi murah kan. Then bila pikir takkan nak book grab and suruh pick up kat tempat tu kan? Dah lah tempat teksi menunggu kang tak pasal2 kena marah. So we'alls pon masuk dalam balik and cari pintu yang grab drop masa datang tu. Bila dah sampai tak tahu mana satu nama pintunya. Lama jugak lah we'alls berdiri situ. Nak tanya orang macam segan tapi lama sangat. So LN berani kan diri tanya amoi satu kedai ni. Dia cakap cimb so LN pon apa lagi terus book lah jawabnya.

After we'alls dah sampai hotel terus check in. Yang kelakarnya check kat  tempat lain tapi bilik kat tempat lain. Tapi nasib baiklah masih dekat berhadapan Malabar Inn jugak. Cuma lintas jalan je.
Bilik ni selesa sangat..staff pon ramah..tapi arah kiblat dia tak tunjuk..sebab owner cina kan? So kena guna kompas lah..



Petang tu after dah rehat solat tu semua. We'alls pon teruskan perjalanan ke Batu Feringghi konon nak pergi night market. Tapi we'alls sampai awal sangat. So Night Market tak buka lagi. We'alls pon jalan-jalan lah di tepi pantai yang indah 🎢🎢🎢 tapi disebabkan ada sorang pak cik grab ni citer kat Batu Feringghi susah nak dapat grab terus my sister takut dan bertanya macam mana kalau memang takde grab dan bas pon lalu sini waktu malam. Sebab we'alls pon pernah ada pengalaman masa kat mood republik dulu. Kat sana we'alls boleh mintak tolong ayah sebab KL and Putrajaya tempat kerja Ayah tak sampai 2jam pon. Tapi kalau kat sini we'alls nak mintak tolong sapa kan? So we'alls pon terus batalkan niat dan turun dari Batu Feringghi menuju ke Sup Hameed Jalan Penang.
Dapatlah jugak merasa angin pantai walaupun niat datang sini nak pergi night market je..πŸ˜‚

Sampai je Sup Hameed terus dilayan dengan baik. Peramah sangat pekerjanya. Dah lah baik pulak tu., dapat diskaun siap dapat free gift lagi tau. Kalau makanan tak sedap pon boleh jadi sedap tau. Tapi Sup Hameed memang terbaik! *ni LN tak propa ye..
Sup lidah lembu...nyummm..sedap sangat2.u'alls patut try tau..


Then dari Sup Hameed we'alls jalan kaki balik ke Hotel. Dalam perjalanan nak balik tu we'alls pon singgah satu kedai ni namanya Smile Mart untuk beli jajan ketika boring kat bilik nanti.

Tiket flight: RM90
Prnginapan: RM85
Pengangkutan: RM59.1
Makanan: RM81.05
Shopping: RM45
Total Day 1: RM185.15 ÷ 3person