Penang Trip Day 2

Assalamualaikum & hye u'alls. For second day in Penang, niat LN nak pergi Bukit Bendera tapi malangnya tutup pulak untuk renovation. So nak tak nak kita terpaksa tukar plan. So pagi-pagi LN dah keluar breakfast kat Ali Nasi Lemak. We'alls pergi sini naik grab sebab macam jauh je jalan kaki kan? *sis kan tuan puteri..hikhik
Gerai nasi lemak ni terletak di food court. Tapi food court dia macam semua orang cina dan banyak makanan cina je. So kalau u'alls ragu-ragu nak makan kat sana u'alls boleh bungkus bawak balik or makan jelah kat tepi jalan yang u'alls rasa ok. Takde sapa nak marah pon. LN makan kat sana je apa de hal redah je lah sebab dah sampai kan. Then ada aunty cina tanya nak minum apa so LN tanpa ragu-ragu cakaplah nak air mineral botol. So untie tu pon bawakkan air mineral. Boleh LN bawak air untuk terusksn berjalan nanti kan?
Nothing special pon nasi lemak ni. Rasa nasi lemak Ln still boleh makan so ok lah.

Then dah makan kat situ LN teruskan perjalanan untuk ambil gambar di street art. Dekat sini street art dia merata. Tapi LN tak pergi lah semua tempat. LN pergi yang terdekat je. Sebab nak kill time nak pergi FoodMuseum pulak nanti.


Lepas dah penat cari street art dan ambil gambar. We'alls terus jalan pergi ke Food Museum sebab dekat sini dorang buka awal sikit dari tempat kita. Tempat ni buka pukul 9 pagi so bila dah pukul 9 memang we'alls terus pergi lah. Jenis we'alls semua buat pagi-pagi. Sebab we'alls tak nak ramai-ramai nanti sesak. Alhamdulillah time we'alls sampai tu tak de orang lagi. So bila masuk je food museum we'alls macam kagum dengan display yang ada kat situ. Terus perasaan lapar membuak-buak. Gila ko tak membuak tengok makanan pulak tu. Semua menggiurkan. Staff dekat sini semua baik-baik dorang yang offer diri untuk ambil gambar we'alls. Kalau kat tempat lain kebanyakannya tak boleh suruh staff ambilkan gambar kan? Tapi kat sini tak payah suruh pon. Best kan?
Big laksa ever. Ni kalau betul memang ambil masa nak habis ni.

Nampak makanan warna warni seperti kehidupan kita sendiri.

I'm Alone. I need someone temankan i makan..😒

Sapa nak mee goreng? Confirm sedap kalau LN yang masak..choiii

Yes..memang we'alls pernah plan nak kahwin sama-sama. Kan dah termakbul tu. Cuma olok-olok jelah.πŸ˜‚

Then after dah penat posing kat Food Museum we'alls pon teruskan perjalanan ke Mee Sotong Hameed pata. We'alls jalan kaki pakai google maps je u'alls. Nasib lah semua oke walaupun dah ketibas. After dah sampai kat food court ESPLANADE ni time tu tak buka lagi tau. LN pon ragu-ragu betul ke mee sotong tu ada kat sini kan? Ada nampak signboard mee sotong tapi dia tak tulis pulak mee sotong hameed pata. Tapi disebabkan dah sampai sini kan? So LN tunggu je lah sampai buka. Dalm 10 minit sebelum pukul 11 tu. LN and kakak pon nak kill the time. We'alls jalan lah kat padang kota lama tengok air laut dengan panas matari lagi. Bila dah pukul 11 we'alls terus masuk balik ESPLANADE tu sebab lapar nak makan terus. Tapi mee sotong tu baru nak buka bila tanya dia cakap tak buka lagi tunggu sekejap dengan muka garang. Takut LN tau. Bila dah buka orang start beratur. Ramai jugak sekali beratur nasib baik lah LN duduk depan kedai tu je so cepat lah jugak turn LN. LN order 2 je mee sotong sebab takut tak sedap pulak kan. Tekak LN ni kan gedik bab makanan. Tapi bila rasa sesuap kat mulut perggghhhh sedap nawnaw. Rasa nak order 10 je. Over tak? Tapi memang betul sedap dan berbaloi. #LNapproved
Sedap gilos..LN nak repeat yang ni jgak..kuah sotong dia perggghh padu babe..tetangkat tak boleh. Seriously u'alls patut try.

Then lepas dah makan we'alls ambil grab sebab nak pergi makan ice ball tapi malangnya sampai-sampai ice ball tu takde. Samaada tutup ataupun pindah tempat lain.πŸ˜‚
Lepas dah punah harapan we'alls teruskan berjalan kaki untuk balik ke hotel.

Lepas dah rehat & solat semua petang tu we'alls teruskan perjalanan menuju ke Hameediyah Restaurant. Niat LN sebenarnya nak makan nasi kandar. Tapi bila beratur staff situ cakap "akak tak nak try nasi briyani ke? Briyani pon lagi sedap." Dan LN pon mengiyakan aja dia tu. LN tak pandai nak tolak lah πŸ˜… lagi pon LN bukannya pandai nak order nasi kandar ni.
Ni lah nasi yang LN order. Nasi banyak giler. *mamak kan? Biasalah. Nak tahu tak? Harga ayam tu seketul RM9.50 u'alls rasa?? Ayam goreng bawang sahaja tauπŸ˜‚ Nasib baik makanan dia sedap. Kena dengan tekak LN ni.

Lepas je dah makan tu we'alls terus jalan menuju ke Jeruk Madu Pak Ali. Ni pon salah satu tempat yang selalu orang pergi bila datang Penang ni. Habis je borong jeruk, we'alls jalan kejap kat Pasar Chowrasta. Jalan punya jalan termasuk lah satu kedai ni macam cantik je baju-baju kat sini dan harga pon berbaloi je. Terus borong kat sini. Lama gak lah we'alls stay kat sini. Dapat lah baju kurung kedah satu baju kelawar satu. Beli banyak-banyak dapat banyak jugak discount. Baik hati uncle kedai ni. Recommend this kedai. Owner dia siap recommend kan lagi tempat mana yang best untuk pergi. Salah satunya ais tingkap. Yes ais tingkap. My sister memang nak sangat minum kat sini. LN ikut je lah. Ais tingkap ni campuran air sirap + air kelapa + isi kelapa + biji selasih + gula. LN tak minum air kelapa ni so LN order lah cendol tapi LN tak makan kacang merah dalam cendol tu. *lupa nak cakap tak nak kacang. So LN pon mintak my sister tolong habiskan kacang tu.

Ni lah ais tingkap nya. Tak tahu lah mana tingkap nya..

Disebabkan LN tak minum air kelapa, so LN orderlah cendol ni.. kacang dia banyak giler..LN tak makan kacang, so my sister yang kena habiskan kacang dulu..TQ sister..

Ni lah kedai uncle tu. Baik je dia.. recommended sangat kat u'alls..

Lepas dah habis minum we'alls nak makan petang pulak lah konon. *padahal masing-masing dah kenyang. Then ambil grab pergi ke Persiaran Gurney untuk makan pasembor. sampai-sampai je dah renyai. Then we'alls terbehenti kat satu kedai ni. Namanya Disco Pasembor. Bila makan je sedap weyhhh. Tapi disebabkan we'alls kenyang lagi so lambat lah nak habiskan. Mana tak kenyang baru makan nasi pastu makan lagi. Memang tak habislah jawabnya. After dah makan tu we'alls terus book grab untuk balik sebab hujan pon makin lebat. Balik je hotel terus rehat. Malam memang we'alls tak keluar.
Yang ni we'alls ambil 5 jenis je. Harga dia telan air liur jugak lah.. RM29 *sebab ambil sotong.sotong je RM15 u'alls rasa? nasib baiklah kongsi 3 orang. Bila makan tu sedap sangat. Kuah dia manis dan tak pedas sangat. *LN suka benda manis so #LNapproved
So, total untuk hari kedua:
Pengangkutan: RM25
Makanan: RM97.8
Shopping: RM263.5

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq