Bukit Broga @ Broga Hill Semenyih

Assalamualaikum & hye u'alls.
Alang2 LN suka tengok gambar time LN hiking haritu better LN abadikan kenangan di sini kan? pada 16 feb 2019 LN and my friend pergi hiking di Bukit Broga. F.Y.I ini adalah kali kedua LN jejak kaki di Broga Hill. My friend pulak first time hiking so pengalaman we'alls berbeza.


LN first time hiking masa tahun 2013 dengan family. Memang time tu LN pancit giler tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kali ni stamina LN begitu kuat sangat sampai tak pancit langsung. Mungkin jugak sebab LN dah niat untuk sampai ke puncak terakhir Bukit Broga tu so LN pon tak berapa nak pancit lah. Cuma sakit kaki tu ada lah sikit tapi tak serious lah.

LN banyak berhenti pon sebab my friend tak larat nak jalan and plus dia pening kepala so memang terpaksa berhenti rehat lah kan. Tu pon dia nak turun dulu lepas dah sekerat jalan. Tapi LN cuba kuatkan dia at least sampai kat puncak pertama pon dah cukup sebab dia first time jejak kaki kat sini so biar lah dia dapat rasa sampai ke puncak pertama at least.

Sebelum sampai ke puncak pertama tu kita kena lalui bukit botak yang agak curam dan gayat jugak lah tapi dorang ada sediakan tali untuk kita berpaut so its really help. Cuma u'alls kena kuatkan kaki dan tangan untuk mendaki bukit ni lah kalau tak u'alls akan tergelincir sebab agak licin jugak lah.
Merungut2 dia pon sampai jugak lah we'alls di puncak pertama. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah tau. Penat2 u'alls panjat dapat gak tengok permandangan dari atas Bukit Broga ni. Terus lupa yang u'alls struggle nak naik tadi. Memang worth sangat bila kita dah sampai di puncak tinjau pertama.

Dah sampai je we'alls rehat sekejap makan biskut untuk tambah kan tenaga waktu turun nanti sambil lihat pemandangan indah dari atas bukit. LN ingat nak teruskan perjalanan ke atas tapi kawan LN dah tak boleh and dia pon ada kenduri lepas tu so we'alls pon terus lah turun lepas we'alls dah puas rehat and bergambar.





 
time ni sebenarnya LN nak selamatkan speck my friend, tapi ada budak2 kat situ ingatkan LN jatuh😅




Tip hiking Broga Hill:
1) Sarapan pagi
2) Physical & mental prepare
3) Kaji cuaca
4) Warm up
5) Niat kena betul
6) Jaga pernafasan (inhale guna hidung exhale guna mulut)
7) Jangan banyak cakap semasa hiking
8) Guna teknik hiking Zig Zag
9) Jangan berlari

Apa yang LN bawa semasa mendaki Bukit Broga:
1) air minuman (sangat penting untuk hilang kan dahaga and penat lelah)
2) makanan ringan (LN bawak biskut & gula2 je)
3) first aid (LN cuma bawak tisu, plaster, minyak angin n paracetamol je) (tapi sangat membantu sebab masa LN nak turun dari puncak pertama tu ada sorang lelaki ni cedera mungkin sebab terseret batu kat situ kot so kebetulan LN terdengar dia mintak tisu n plaster kat kawan dia tapi kawan dia tak bawak so LN pon offer lah tisu and plaster yang LN bawak ni.)
4) kipas
5) tuala kecil (sangat diperlukan untuk lap peluh yang membasahi tu)
6) phone (ni pon penting jugak kat atas bukit ni ada line tau. kawan LN siap jawab phone time mendaki)
7) camera (sangat penting untuk merakam kenangan dan keindahan alam. Incase kalau phone tak leh guna kita guna lah camera pulak kan?)
9) plastik (pon penting jugak untuk membuang sisa2 makanan yang kita bawak naik atas tu sebab kat atas bukit tu takde cleaner ye.)
10) duit (penting weyh sebab Bukit Broga dah ada tol untuk masuk RM1 satu kepala)
11) powerbank (LN just prepare sebab kalau bateri tiba2 habis ke and ada ape2 jadi kat atas tu kita perlukan jugak and plus powerbank LN ni ada lampu so tak yah nak bawak lampu kan incase LN dok situ sampai malam lah)


No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq