It's Been a While, But I'm Back
5 Mei 2019 : Assalamualaikum & hye u'alls. Seriously LN rindu sangat-sangat dengan blog ni. Salam 5 Ramadhan semua. Semoga Ramadhan kali ini memberi banyak manfaat kepada kita semua. LN betul-betul busy sejak kebelakangan ni. LN pon baru je tukar tempat kerja. Macam-macam benda LN nak buat sebenarnya tapi takde masa nak buat sebab masa yang LN ada tu sekejap sangat-sangat. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana kan? dah nama pon kerja kena lah hadap jugak nak tak nak kan? Tempat kerja baru ni okay je sebenarnya sebab sangat dekat dengan rumah cuma LN belum betul-betul ada masa untuk bahagikan satu-satu. banyak je benda LN nak buat tapi terpaksa pending kan. Haisshhh, tak tahu lah macam mana nak bahagikan masa sekarang ni dan sebenarnya LN masih mencari dan mengkaji diri LN sendiri. Tak tahu kenapa? Kadang-kadang perasaan dan emosi LN tak stabil dan LN banyak sangat berpikir (FUN FACT: LN tak pandai nak impress kat orang apa perasaan LN sebenar so kebanyakan orang takkan tahu LN ada masalah ke tak even Doctor pon tak dapat baca). Walaupun LN banyak berpikir tapi LN tetap nampak normal seperti biasa. Semoga baik-baik sahaja lah untuk kita semua ye. AMIN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq