WHY LN MENYEPI | ANXIETY ATTACK!


Assalamualaikum & hye u'alls. Lama sangat LN menyepi. Mungkin ada yang lupa dengan blog rakyat marhean macam LN ni. I'm feel better right now. Yes, LN sejak kebelakangan ni ada anxiety attack and mild depression. LN takut nak berdepan dengan orang, LN akan panic bila ramai orang dalam satu masa sampai sesak nafas n loya tekak. Tapi LN tetap cuba kuatkan diri untuk terus melangkah kehadapan. Semoga LN sentiasa terus kuat.💪

Sebenarnya LN tak nak benda ni terus merasuk hidup LN. Walaupun LN masih lagi ada anxiety tu tapi LN still nak lawan dengan benda tu. LN tak tahu nak minta bantuan dari siapa? mula2, LN tak nak jumpa Doctor dalam hal ni sebab LN tahu Doctor akan cakap benda yang sama dengan apa yang LN pikir. LN cuma buat research kat Mr. GOOGLE (dari sumber yang dipercayai) tentang simptom2 benda tu then ada setengah benda yang LN tak paham and kena tahu benda tu dengan lebih dekat then LN tanya kenalan Doctor yang terdekat dan LN percaya dengan simptom2 ni. Bila LN tanya Doctor tentang hal ni Doctor cakap dia dah agak dah LN depress sebab dia nampak symptom2 tu dari LN. Cuma time tu LN masih berlakon pura2 kuat depan orang so tak nampak and tak rasa sangat LN tengah depress.

LN tak tahu bila LN start kena depression tu sebab benda tu datang tiba2. LN tak tahu nak cerita dekat siapa. Time tu LN betul2 tak nampak sesiapa untuk LN luahkan. Yes betul bila kita dekat dengan ALLAH, Dia akan jaga kita. LN carik ALLAH untuk LN mengadu sakitnya bila kita tiada sesiapa. LN tak main2 dengan benda ni. Benda ni betul2 terjadi dalam hidup LN. Sampai gambar sendiri pon LN jarang letak & malu nak letak di mana2 social media. Pada mulanya LN fikir ni faktor usia sahaja tapi bila banyak kali buat test online and consult dengan doctor yang lain Yes memang LN terkena anxiety & mild depression attack maybe sebab stress & penat sangat kot. U'alls tolong doakan LN kuat ye. Semoga LN terus jadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dan dapat melawan perasaan ini. AMIN

3 comments:

  1. pernah rasa dan faham perasaan dan takut tu..
    tapi betul.. kita xleh biar prasaan tu kawal diri.. may Allah ease..
    take care ya..

    ReplyDelete
  2. Didoakan semoga LN cepat baik 😊

    ReplyDelete
  3. Semoga LN terus tabah dan kuat menjalani kehidupan ya. Cari orang yang boleh dipercayai dan minta doa dari mak ayah. Eza doakan awak baik-baik sahaja.

    ReplyDelete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq