sharing is caring #3

assalamualaikum n salam sejahtera..
hrini kte nk share sal fakta olahraga plak..
almaklum lah..kte skrg da gmok..
bnyk lak owg yg mnego un??
so,,kte pown search la kat google..
mne taw dpt tips2 nak kurus scare sihat kowt..
then dpat nie..
so,,kte share la un..
oke,,korg bce la nie k??

1. BERJALAN KAKI - Jalan kaki merupakan latihan yang baik sebagai permulaan dalam diari anda. Mulakan dengan berjalan kaki selama satu jam di waktu pagi. Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung anda pada 70 peratus dari detik jantung maksimum (detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.

2. BERLARI - Berlari dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan merupakan cara yang baik untuk membakar lemak tubuh. Namun, berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha. Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.

3. MENDAKI BUKIT - Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.

4. PERMAINAN RAKET - Seperti tenis dan badminton yang akan membuatkan otot-otot paha, lengan, bahu dan punggung bekerja secara serentak. Inginkan hasil yang terbaik, carilah pasangan yang memiliki kemampuan sama dengan anda. Satu jam berolahraga akan membakar sekitar 780 kalori.

5. REGANGAN - Cara yang paling mudah dan anda boleh melakukan regangan sambil menonton televisyen atau di bilik tidur. Mengerakkan kaki dan tangan selama setengah jam juga mampu mencegah kecederaan otot sebelum berolahraga.

6. BERENANG - Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin menjaga perut mereka daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja dan variasikan gayarenang anda (gaya dada, kuak lentang dan kupu-kupu) sehingga membantu anda memperoleh hasil maksimum dari olahraga ini. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori.

7. PERMAINAN BOLA - Seperti bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan bola baling. Selain menguatkan latihan otot tangan, permainan bola juga memberi kekuatan untuk paha dan bahu anda. Risiko untuk cedera sama dengan olahraga berat yang lain namun keberkesanannya juga tidak diragui. Bermain secara berkumpulan akan memberikan impak yang berguna untuk anda. Satu jam bermain permainan bola akan membakar kalori sebanyak 600 kalori.

8. BOLA SEPAK - Bergantung pada posisi yang anda mainkan, cukup mencabar fizikal dan minda kerana permainannya yang agak kasar dan memakan masa yang panjang. Memang olahraga ini berisiko tinggi kerana kecederaan, namun anda perlu menitikberatkan kesabaran fizikal dan emosi. Satu jam bermain bola sepak dapat membakar 700 kalori.

9. ANGKAT BEBAN - Cara terbaik meningkatkan tenaga dalaman sekaligus membina otot tubuh dan meningkatkan kesihatan secara umum. Tetapi harus diingat untuk olahraga angkat beban, anda perlu melakukan latihan regangan sebelum dan setelah berolahraga ini untuk mencegah daripada kecederaan dan memaksimakan kesihatan. Anda dapat membuat setiap kelompok otot untuk bekerja dengan mengangkat beban, tapi bentuk yang tepat cukup penting untuk menurunkan risiko cedera. Untuk memaksimumkan pembentukan otot, lakukan ulangan yang lebih dengan beban yang lebih berat. Satu jam mengangkat beban membakar sebanyak 230 kalori.

sharing is caring #2

assalamualaikum..
kali nie kte nk share petue bile msuk umah bru..
acc,,bnde nie untk kte sbnrnye..
but ta slah un law kte nk share gak??
enjoy reading..
1. Azan 
- Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah 
- Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran 
- Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 
- Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam 
- Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: 
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

sumber : Dato' Tan Sri Facebook 

sharing is caring #1

assalamualaikum..
hye..
kali nie kte nak share tip untuk kurus plak..


.1)        Katakan saye BOLEH!!
2)      Sarapan WAJIB di ambil..
3)      Baca kandungan gizi (label makanan)
4)      Elakkan diet sementare..
5)      Makan dgn teratur..
6)      Banyakkan pengambilan serat..
7)      Pilih makann yg menyihatkan..
8)      Lakukan senaman..skurg2 nye jalan kaki stiap hri slama 10-20 minit..
9)      Buangkan kebiasaan mengunyah di wak2 malam..
10)   Banyakkan pengambilan protien..
11)   Buang kebiasaan yg ta baik..cth:gle dripd 2 sudu ke 1 sudu..
12)   Jadikan org skeliling anda sbgai sumber inspirasi..
13)   Catit stiap perkembangan penurunan brat bdan anda..
14)   Minum air yg bersih dan mencukupi..
15)   Berat badan turun,,badan piwn sihat..
yeahh,,that all..
k.bye..
wassalam

rasa teringin #2

assalamualaikum awak semue..
korg sume sehat ta??
nie kte nk cte something..
as u'all know,,
hri uh kte ade wt entry yg bersmbung un??
ingat lg ta korang??
ha,,
yg ingat uh bgus la..
yg ta ingt uh..
meh kte tolg ingat un ea..
ingat da un??
dlu kte tringin nk jd model..
skrg nie..kte tringin nak
nak ade kembo..
korg pnah ta tringin smpai cm uh??
ye,,kte pnah..smpai 1 hri uh ter obses cgt nk kembo..
trus amek gmbo2 lam fon,,n diedit un jd kembo..
jom seee..
nie antre gmbo2 yg dieditkn..



huhu..kte tde kembo taw..
jun trtipu ngn gmbo2 nie k..
k,bye..
wassalam..

MENGAPA DOKTOR BEDAH MEMAKAI BAJU HIJAU?

assalamualaikum n salam sejahtera readers..
kali kte nk share sal dokte n wne bju yg slalu mreke pkai ble nk bedah..
oke,,slamat mmbce..:D

Mengapa doktor bedah memakai baju berwarna hijau?

Tahukah Anda ??

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.

Psst: Ini adalah sekadar maklumat bersama sahaja. Usah kaitkan dengan perkara lain yang tidak masuk akal. Usah jadi badut tidak berbayar di sini yang tak habis-habis nak relate semua perkara dengan politik. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.