Birthday GiveAway by Cik Ayue

assalamualaikum semua..harini kte rajin nak join "Birthday GiveAway by Cik Ayue"
tadi blogwalking sana-sini then terjumpalah giveaway ni..nak join sebab tengah berangan nak kahwin macam orang lain..hihihi*gatai na*
ok,meh ramai2 join "Birthday GiveAway by Cik Ayue"

Cara Penyertaan

1) *done* (kte dah follow "Mrs.Qisti to be" and kte followers no 144)
2) *done*. (google+ je takde)
3) Buat simple entri yang bertajuk 'Birthday GiveAway by Cik Ayue'. *done*
4) Copy banner GA diatas dan backlink ke entri ni. *done*
5) Letakkan 2 keping gambar wedding idaman awk2 yg terdiri daripada:
♥ Pelamin (rumah/canopy sahaja..dewan xmo ye)
warna pelamin ni cantik..



pelamin cindarella..*berangan*

♥ Baju Pengantin (both bride and groom)


dr ezani dan pasangan..

irma hasmie dan pasangan..

*done*
6) *done*
7) Tag 3 rakan
1. sister
2. ayeep
3. farah


tips : bole refer sini untuk pelamin idaman

Hadiah Birthday Giveaway

Teddy Bear x 1
(lebih kurang mcm dlm banner tu)

Novel by Meg Cabot x 1

Mini Tasbih x 1

Face Mask + Eye Bag Mask x 1

DIY Frame x 1


Pemilihan Pemenang

Top Referral
Teddy Bear

Gambar memikat hati saya ('',)
Novel
Mini Tasbih

Random
Face Mask+ Eyebag Mask
DIY Frame 

Tarikh Penyertaan
4 Januari 2014 hingga 31 Januari 2014

Blogger life updated

Assalamualaikum silent readers and bloggerian semua..
Jam sekarang menunjukkan pukul 3.38 a.m and kte tak tidur2 lagi..what wrong with me pon tak tahu lah..maybe sebab sakit perut kot..tu yang tak boleh tidur..ok abaikan luahan perasaan tu..

Kte sekarang ni tengah rajin nak menaip and update some story untuk blog ni..nak blogwalking blog2 bloggerian yang lain susah sikit..almaklumlah, kte update ni pon pakai phone je..line pon guna mobile data je..so memang susahlah kan??so sorry bloggerian semua yang menunggu kte mengunjung blog2 anda semua..*cewahh, belagak macam aku ni retis pulak..sekali sekala kan..ok, kte sekarang ni dah masuk semester 4 at Unisel Shah Alam..kalau ada masa kte blogwalking blog2 korang and join segmen2 or giveaway yang korang buat ye..so tunggu kemunculan terbaru kte..ahaxkk
》Much love from me: leyla nurjatiey《
Wassalam..

Berniaga Sengkuang Calit

Assalamualaikum bloggerian semua & silent readers..
Hope u'alls sihat2 belaka ye..
Yeah, ini adalah cerita basi kte nak ceritakan kat u'alls tentang semua kejadian yang kte lalui sepanjang seminggu sebelum masuk study balik.. kte tolong Mak Teh kte berniaga Sengkuang Calit kat Pekan Bangi..well, daripada bertapa dekat rumah tunggu sem baru bukak.. better kte habiskan cuti ni dengan benda yang berfaedah kan??
Ok, sepanjang seminggu tu, kte takde kat umah mak ayah kte..kte kena tidur bangi lah *rumah mak teh ni..siapa nak hantar kalau kte dok umah kan..kte tak pandai drive u'alls..so, memang kenalah tidur kg kan..
for those yang tak mengenali sengkuang calit tu apa.. meh kte perkenalkan..
U'alls tahu tak apa tu buah sengkuang?? Kalau tak tahu..pi search kat Mr google ye..ok tak lawak..Sengkuang Calit ni dari buah sengkuang dipotong besar tapak tangan dicalit dengan sos manis + sos macam kuah rojak tu + ditabur dengan kacang yang rangup = urmmmhhhh, lazat sekali..lepas beli pasti nak lagi..*promote sikit
Mak Teh kte ada stall sendiri..dia buka stall dia dekat pekan bangi..sesiapa yang nak beli, boleh lah ke pekan bangi setiap hari dari jam 11 a.m-7 p.m berdepan dengan dewan pekan bangi & hari khamis dekat pasar malam Pekan Bangi.. for those yang nak cuba rasa lah..*promote lagi
Sepanjang kte tolong mak teh kte jaga kedai,, banyak benda yang di pelajari.. yeah,, tak sia-sia kte tolong u'alls.. seriously kte tahu macam mana nak berniaga, berniaga di pasar, ragam2 customer lagi, kepenatan yang dirasai.. tapi sangat best bila ramai yang nak membeli kat kte.. kte penat pon dah tak rasa bila ada customer yang tersayang.. Malangnya kte hanyalah seminggu menolong Mak Teh kte ni.. sebab isnin 13 january kte dah kena masuk Unisel balik..wuuuu
So, sesiapa yang nak merasa Sengkuang Calit my Mak Teh, datanglah ke Pekan Bangi ye..

Salam Maulidur Rasul To All Muslims

Assalamualaikum..
12 Rabiulawal 1435 Hijrah bersamaan dengan 14.1.14. Cantik betul tarikh ni..   
Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada Baginda.
Alhamdulillah..kita masih bernafas di bumi Allah..
Salam Maulidur Rasul To All Muslims In The World.. Jom ramai-ramai satu dunia berselawat ke atas
Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh seluruh Umat Islam..
Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?
Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Wallahualam

Get To Know LN: The Princess


Assalamualaikum & hye to all my silent readers and bloggerian semua..
Entry kali ni kte tulis khusus for those yang nak tahu and nak kenal Leyla Nurjatiey ni siapa..*ha kau..i perasan retis kejap..bagilah chance*
Ok, lets me introduce myself..
LN seorang gadis yang kecil di mata dunia.. i'm not a star or public figure.. so, that means LN ni bukanlah retis ye u'alls.. tak popular pon.. memang tak syok pun nak kenal gadis biasa macam LN ni kan.. tapi disebabkan tak tahulah tetiba ramai pulak yang nak berkawan dan nak kenal ngan LN ni *alhamdulillah, masih ada lagi manusia yang mahu mendekati diriku..terima kasih Ya Allah..*.. so LN haruslah mengenalkan diri kat u'alls yang nak kenal LN tu ye..
Nama diberi ialah Lela Nurjati Binti Rohaizat.. U'alls boleh panggil LN | Jatiey | Leyla. or si cantik manis ayu tiptop kebabooomm *ok, yang ni saja wat lawak..gelaklah*
Born Day 28 April 1994 at Hospital Kajang, Selangor.. tahun 2020 ni umur LN 26yrs..
LN lahir je di kajang.. tapi LN *dari perut mak lagi* duduk menetap di Kg Jenderam Hilir, mukim Dengkil, daerah Sepang, negeri Selangor.. Sekarang LN dah berkahwin so LN ikut suami pindah di Batu Gajah, Perak.
Suami LN bernama Zulhelmi, orang panggil dia emy. LN panggil dia baby *ahakks* Berasal dari Perak.
Ayah LN bernama Rohaizat, boleh panggil pakcik jak.. asal from slim river perak.. Sekarang ayah LN bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Putrajaya. Beliau juga seorang penceramah bebas *mana2 tempat dia suka bagi tazkirah ringkas*, dan seorang ketua keluarga yang tiptop kebaboom..*psstt..ayah LN cikgu silat jugak ye
Mak LN pulak namanya Sarimah.. asal from bangi selangor.. seorang mak yang terlampau baik, seorang surirumah yang bertauliah, sayang kepada anak2 nye, pendiam dengan orang yang tak kenal, suka memasak, dan sangat penyabar.
LN ada 7 sibling and LN yang ke-4 in between 3 older sisters (lela sari, lela manja, lela masyitah), 2 younger brothers (asraf & muhammad ahyad) and 1 youngers sister (as-syaffaa')..
i love my live & my family.. eventhough tak sesempurna orang lain, but LN bersyukur dapat family yang besar ni.. banyak kenangan manis & pahit kami lalui bersama.. *ok, muntah hijau sekarang dengan ayat ni*
LN menuntut ilmu di Unisel Shah Alam course Medical Imaging.. Dah Grad tahun 2015..
And now LN seorang surirumah. TAMAT