Practical Time

Assalamualaikum semua. So harini adalah entry pertama aku untuk tahun 2015. Selamat Tahun Baru semua. Semoga belum terlambat untuk aku wish walaupun sudah hampir 4 bulan kita semua berada tahun ni. Lately ni aku agak busy sikit nak update blog. Sekarang ni pon aku tengah practical di Putra Specialist Hospital Melaka as a student radiographer selama 6 bulan. InsyaAllah akan habis pada 3 julai nanti. Macam-macam cabaran dan dugaan yang harus ditempohi di sini. Semoga aku tabah menghadapi dugaan dan cabaran di sini. Setiap kali practical aku paling takut sangat. Nak tahu sebab apa? Sebab selalu berat aku akan naik time practical. Sekarang ni pon dah naik sikit. Aki tak suka bila ada orang tegur. Nak kata makanan sedap kat sini tak jugak. Aku pon tak tahu kenapa tapi yang pasti aku akan gemuk bila time practical. Harap sangat kali ni tak lah naik berat badan i u'alls. Di sini aku banyak belajar tentang cara hidup sebagai radiographer. Sedikit demi sedikit aku mahir dengan skill macam mana nak handle bermacam ragam patient. Dari budak kecil sampailah orang tua. Hopefully aku dapat habiskan practical kali ni dengan jayanya. U'alls doakan aku ok?

FINAL EXAM 2014

sumber Mr. Google
mood study on. wish me luck!

FR: BURGERBYTE

Assalamualaikum blogger & silent readers semua, fuhh tak pernah lagi i buat review tentang makanan ni. This time i rajin sangat nak review sikit tentang Burgerbyte, not too review lah i just nak share je sebab i puas hati dengan hidangan di Burgerbyte ni. Actually, my daddy yang teringin sangat nak rasa "Burger Zizan" ni, dari mula launch lagi dia sibuk ajak makan Burgerbyte ni. Setiap kali datang jenguk i kat Shah Alam ni asyik ajak je pergi Burgerbyte, almaklumlah rumah i dengan Burgerbyte Zizan ni sejengkal je tapi asyik tak berkesempatan je, so kali ni Alhamdulillah mungkin rezeki ayah untuk makan di "Burger Zizan" . Jom kita tengok apa yang i and family makan.
belum apa-apa lagi resit dah terpapar. not bad lah kan harganya untuk 5 orang makan kot. sangat puas hati dengan burger dia. nak bagi tahu yang burgerbyte ni takde service tax. yeah!

hurmm, tunggu burger tak sampai-sampai lagi, kita minum dulu. air ni nama nya long chan orange flavor. minum air ni teringat zaman kecik-kecik dulu selalu beli air ni then penutupnya kita main ceper dengan kawan-kawan.

yeah, burgerbyte chicken cheese dah sampai. this is mine. sedap sangat-sangat.

CHICKEN CHEESE RM11.80 for me and my sister

CHICKEN ORIGINAL RM10.80 for my mom and brother

BEEF NACHOAS RM15.80 for my daddy

Overall, semua makanan yang kami sekeluarga makan ni semua sedap dan mengenyangkan dan sangat-sangat puas hati. Oh, by the way sesiapa yang first time datang sini, jangan harap u'alls duduk terus ada orang nak ambil order, sebab u'alls kena beratur dekat kaunter then order bagitahu meja u'alls nak duduk then bayar terus, barulah u'alls dihidangkan dengan makanan yang u'alls order tu.

resepi jeruk kedondong

assalamualaikum silent readers. rasanya i tak pernah update resepi dekat sini, but this time i tiba-tiba je rajin nk share kat u'alls. acctually resepi ni memang dah lama ada dalam draft tinggal nak publish je. memandangkan i sibuk, i perap sampailah i baca dekat facebook ramai sangat yang share tentang jeruk mangga. i rasa tercabar, so i pon nak share resepi ni. ok, jom scroll down
Bahan-bahan:

1) Buah kedondong
2) Asam putih
3) Air gula


Cara-cara:

1) basuh kedondong sehingga bersih
2) buang kulit kedondong
3) potong kedondong jadi  4 (ikut kreativiti masing-masing)
4) sediakan balang/bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti  kedondong anda
5) susun kedondong dan asam putih (selang2 ok?)
6) masukkan air gula
7) dan tunggu satu malam baru sedap dimakan

hijrah

Assalamualaikum & hye to all bloggerian..salam awal muharram dan maal hijrah..so hari ni i nak share something yang i rasa sangat penting especially untuk hamba2 Allah yang mahu membuat perubahan..


★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Hijrah dari yang BAIK kepada yang LEBIH baik
Nak berubah bukan senang. Ia memakan satu tempoh yang panjang. Tapi, ramai yang menjadikan alasan BELUM SAMPAI SERU . Berhak ke kalau kita cakap macam tu?sedangkan HIDAYAH perlu dicari, ia ta akan datang bergolek dekat kita, ia juga tak akan jatuh dari langit seperti hujan membasahi bumi Allah ni. Kita mesti cari .
Sebagai manusia, jika ingin berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik ada 4 faktor. Tapi yang paling utama sekali manusia. Nak tahu kenapa manusia faktor utama? Jawapannya senang yek, kita selalu berkata, bila nak pakai baju yang longgar sikit, nak pakai tudung labuh sikit, nak tutup aurat sepenuhnya, mesti kita kan cakap ALAA . . NANTI APA ORANG KATA, DAH MACAM APA DAH NI.. hah! tuhh lahh yang akan kita cakap bila kita berpakaian macam tuh. tak pun kita sibuk dengar kata orang . . ALAMAK! USTAZAH MANA PULAK NI?? . . dengar yek orang cakap macam tuh, terus lucut segala2nya yang perlu kita jaga, yang perlu kita lindungi dari mata si teruna . Persoalannya, perlu ke kita cakap macam tuh?? , sedangkan perkara tuh memang kita wajib pelihara untuk tatapan yang HALAL buat kita sahaja .
Baca puisi bawah ni:
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.
Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.
Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.
Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.
Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.
Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.
Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.
Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.
Hai mereka yang bertudung labuh,
jagalah akhlak mu! Jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.
Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
kembalinya pun asing!,
beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!
Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.