sharing is caring #5

assalamualaikum..
td kan kte trbce bnde nie dr blog someone..
truly..ALLAH is so sweet..

****************************************
awak..awak nakkan saya jadi suwitt untuk awak..tapi kekadang saya tak mampu jadi suwitt sepertimana ALLAH..die memang suwit sangat sangat..tapi tak ramai pon yang sedar ALLAH tu lagi suwitt dari pasangan deorang..


kalau awak nak saya melindungi awak.sedarlah ALLAH itu adalah sebaik baik pelindung..

bila awak rasa awak keseorangan..awak ketakutan..dan mungkin saya tiada disisi awak..awak rasa terancam..cuba awak mintak perlindungan dari ALLAH..nescaya dia akan melindungi awak dari segala apa yang awak pikirkan mengancam awak...dia tak kira pon awak ada buat salah ke tak dengan dia..dan dia forevere melindungi kita..suwitt kan..

"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107)

ALLAH peneman bicara..
kadang kadang awak nak berbicara dengan saya..tapi awak tak mampu..awak bimbang takut menyusahkan saya..takpon ada benda yang awak tak boleh boleh pon nak bawak bincang dengan saya..sedar lah awak..ALLAH tetap ada..semua perkara boleh dibawak berbincangn dengannya..sampai kan awak tak perlu nak menyusun kata kata pon untuk berbicara dengannya..sebab dia dah tau sangat apa yang terbuku dihati awak..

"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29)

Allah itu lagi kaya raya..
bila awak tengok pasangan orang lain ada kereta..bagi hadiah macam macam..gelang cincin..mesti awak terpikir owwhh suwitt jgk kalo dapat hadiah cenggitu..awakk.
semua benda tu deorang pinjam dari ALLAH jugak..kalau awak nak semua dia boleh bagi..tapi dia tak bagi apa yang kita nak..dia bagi apa yang kita perlukan sebab dia sayangkan awak..nak kasi lagi suwitt..die tak kasi pon benda benda direct kepada awak..dia kasi melalui ma dan abah awak..kengkawan awak..sebab dia nak tengok awak ingatkan die ke tak lepas dia kasi begitu banyak hadiah kepada awak..die tak mintak balasan pon kan awak..
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31)

ALLAH begitu pemaaf
kekadang bila awak buat salah dengan saya..saya rasa amat berat hati sangat nak maafkan awak kalo kesilapan yang awak buat tu berulang kali..tapi bila pikirkan balik..ALLAH..sentiasa memaafkan kita awak..tak kira apa salah kita..kalopon dah banyak kali kita sakitkan hati dia..banyak kali kita tak dengar dia cakap apa..banyak kali kita lupakan dia..kalopon kita tak berusaha pon nak mengenali dia..dia akan tetap maafkan segala kesilapan kita selagi mana matahari tidak terbit dari sebelah barat dan nyawa tidak berada dikerongkong..selagi tu dia bagi peluang kepada kita untuk memohon kemaafan..dan pasti akan memaafkan..cukup cukup suwitt..

"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53)

ALLAH sentiasa menenangkan..
bila awak resah..awak tak tenang..tak tenteram.kekadang awak cari saya..tapi saya sekadar mampu bagi semangat..bagi nasihat..bagi kata kata perangsang.itu je yang saya mampu..tapi ALLAH..bila awak rasa macam ada benda tak kena dengan jiwa awak..ALLAH suruh ingatkan dia..dan dia siap janji lagi awak..dengan ingatkan dia awak akan jadi tenang..tak perlu kata apa apa..just ingatkan dia..dan bila awak selalu bersama dia..ingatkan dia..hati awak tenang je..hurmm..indah kan..
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28)

ALLAH akan membalas perasaan kita..
kalao kita rindukan dia..dia akan rindukan kita..bila kita ingatkan dia..dia akan ingatkan kita..sampaikan kalo kita tak rindu kat dia..tak ingatkan dia..dia akan tetap jugak rindu dan ingatkan kita..
bila Dia dah mula rindukan awak, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan awak. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke awak cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak awak ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat awak. Jadi bila diuji, awak rasa sedih, awak rasa payah, awak rasa sakit. awak mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti awak sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya awak, tapi kita semua pasti akan sebut... "Ya Allah!"

Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai... Sweet~~~
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152)

ALLAH pendamping abadi..
Dia sangat memahami awak. Betul, Dia sayang awak lebih dari saya sayangkan awak. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
HE's forever with you..but i'm just always with you..
ALLAH sangat sangat suwittkan..

2 comments:

  1. Cinta yang hakiki adalah cinta kepada Allah.. Allah akan menyayangi hamba2Nya sama rata..

    ReplyDelete
  2. best sangat-2 baca entry ni kak . thanks sharing ;)

    ReplyDelete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq