BB1M

Assalamualaikum | ok sebelum ni aku ada sebut nak buat entry tentang macam mana aku guna BB1M kan? Ok harini aku nak cerita sikit macam mana aku habiskan BB1M ni. Aku ambil BB1M ni di Unisel Shah Alam tempat aku belajar pada 2 mei 2015. Time ni aku ambil cuti sebab sabtu ahad Unisel tak buka. Lecturer aku cakap kalau nak ambil BB1M kena datang time waktu pejabat. So aku decide nak cuti lah satu hari untuk ambil BB1M ni. Kebetulan ayah aku kerja dekat Shah Alam. Aku terus minta tolong ayah aku untuk bawa aku ke Unisel. Disebabkan aku ni bukan seorang ulat buku dan buku rujukan aku lebih mahal dari BB1M yang aku dapat, aku beri kelonggaran untuk kakak aku mempergunakan BB1M aku untuk membeli novel dia. Lepas je aku ambil BB1M , aku terus ajak ayah aku pergi kedai buku. Ayah aku pon terus bawa aku pergi Aeon Bukit Raja kedai buku popular. Tapi malangnya buku yang aku nak semua tiada. Aku pon ajak ayah aku pergi kedai buku MPH di SACC Mall pula. Sebelum tu we'alls singgah makan dulu di PKNS Shah Alam, lepas tu adalah sepasang suami isteri ni duduk di kerusi sebelah aku. Selepas beberapa minit we'alls makan tiba-tiba Mak Cik sebelah aku tu tegur ayah aku, aku dah lama perasan dah dia asyik pandang-pandang we'alls tapi aku diam je lah. Punya rancak mereka berborak, akhirnya aku dapat tahu Mak Cik yang duduk sebelah aku tu adalah seorang Tuan Hakim di mahkamah tempat ayah aku bekerja. Patutlah ayah aku panggil Puan je sepanjang berborak. Alhamdulillah Mak Cik tu baik hati dan belanja makanan we'alls. Ok lepas je we'alls makan, we'alls terus masuk SACC MALL untuk menyelesaikan misi menghabiskan BB1M aku. Dekat satu jam jugak aku di dalam MPH. Ayah aku pon layan je anak dia ni. Aku habiskan RM200 BB1M aku di MPH SACC MALL. Tahun ni BB1M cuma boleh beli buku sahaja. Magazine dan stationery tak boleh beli guna BB1M. Tapi jangan risau sebab MPH akan bagi baucer RM5 untuk setiap RM50 BB1M yang diguna. Lepas je aku beli buku di SACC MALL ayah aku hantar aku ke ktm batu tiga sebab ayah aku perlu bekerja dan malam tu aku harus balik Melaka sebab aku pun harus bekerja esoknya. Disebabkan aku nak ke toilet *almaklumlah orang yang banyak minum memang berkawan baik dengan toilet, aku terpaksa turun di KL Sentral. Then aku decide nak habiskan terus BB1M aku di sini sebab nanti aku balik Melaka dah tak boleh nak habiskan sebab aku tiada transport nak berjalan. So aku decide nak pergi habiskan BB1M di MPH NU Sentral dengan harapan buku yang aku dah lama cari ada di situ. Malangnya buku tu tiada di sana. Aku terpaksa beli buku lain disebabkan mahu menghabiskan BB1M. Ok di bawah ini adalah buku yang sempat aku grab di MPH SACC MALL dan MPH NU Sentral.

1 comment:

  1. This is a really good tip especially to those fresh to the blogosphere.
    Simple but very accurate info… Thank you for sharing this one.

    A must read post!

    my web-site hinmanmedia.info; ,

    ReplyDelete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq