Assalamualaikum | ok sebenarnya entry ni dah lama nak post tapi tangan ni berat sangat nak tekan publish ni. Ingat tak 24 April hingga 3 Mei ada pesta buku di PWTC ? Ok acctually pesta buku ni berlangsung setahun sekali. Selalunya time BB1M keluar mesti ada pesta buku di PWTC ni. Ok yang aku nak cerita di sini ialah pengalaman aku pergi pesta buku tahun ini. Ini second time aku dapat pergi pesta buku di PWTC. First time aku pergi dengan rombongan sekolah tak ingatlah tahun bila so abaikan. Second time ni pulak aku dapat pergi dengan family aku pulak. 1 Mei 2015 | We'alls datang naik ktm je sebab kalau bawa kereta confirm jammed punya. Ok, niat sebenar nak pergi ni sebab my sister nak sangat jumpa EL a.k.a Ezwan Lutfi. Sesiapa yang suka tengok cerita Teman Lelaki Upahan tu mesti tahukan? Yes kakak aku adalah peminat tegar Teman Lelaki Upahan. Time ni aku belum ambil BB1M pulak. Memang tengok je lah orang lain membeli buku. We'alls datang pagi time tu abang EL tak sampai lagi so we'alls jalan-jalan tengok buku dan singgah di booth pts rasanya. Time ni aku dan kakak aku tengah tunggu raisyyah rania, diana amir dan irma hasmie so we'alls duduk di tempat yang disediakan sementara mak and adik aku berjalan tengok buku berdua. Tak tahu pulak dapat tempat paling depan sekali. SubahanAllah cantik sangat mereka ni. We'alls stay dengar sesi bedah buku bersama mereka ni sampai habis. Aku ada ambil video sikit nak share dekat u'alls. InsyaAllah nanti aku upload dekat laman youtube aku. Ok, lepas je habis sesi bedah buku hijabsista hijrahsista aku ternampak abang Adam yang kawan baik abang EL dalam Teman Lelaki Upahan jugak dengan tak malunya aku pon ajak abang adam selfie. Dia sangat sporting and kelakar pon ada. Then we'alls turun dan pergi ke booth karangkraf pulak sebab family aku memang langgan majalah dari karangkraf pon. Then beli sikit majalah yang ade freegift Lepas tu we'alls decide nak pergi makan lagipun dah tengahari pon memang time to eat. Memandangkan aku pernah pergi sini aku dengan confident nya ajaklah family aku ni makan kat restoran fast food tapi aku ni pernah datang pon time sekolah, manalah nak ingat jalan semua tu tapi confident tu penting. Daripada sesat better makan dekat tempat orang ramai makan. We'alls makan makanan yang di jual di luar PWTC ni je. We'alls makan kebab and cucuk-cucuk. Acctually time ni aku dah penat rasa nak balik je. Tapi niat kakak aku nak jumpa abang EL belum kesampaian lagi. So terpaksalah tunggu sampai dapat jumpa abang EL. Lepas je makan we'alls masuk balik then terus pergi dekat booth yang abang EL akan ada iaitu booth Karya seni. Then kena beratur pulak tu semata-mata nak jumpa Abang EL. Aku ikutkan aja lah sebab niat pergi sini memang nak jumpa abang EL kan? Karang kempunan pulak kakak aku ni. So after a few hours dapatlah jugak kakak aku ni jumpa abang EL. Ok time ni pulak aku berjumpa dengan kawan baik aku di zaman persekolahan. Seriously rindu gila dekat dia ni. Nama dia fazira. Dia datang dengan adik kembar dia tapi aku dapat jumpa dia sorang je and pertemuan we'alls ni sekejap je sebab aku nak balik dah takut ktm penuh pulak.
Ok u'alls, thanks for reading. Next aku akan post tentang macam mana aku guna BB1M dan dimana aku habiskan.
Ok u'alls, thanks for reading. Next aku akan post tentang macam mana aku guna BB1M dan dimana aku habiskan.
Mereka selfie.. |
Gambar dari instagram diana amir |
Selfie dengan abang adam |
makan berjemaah di lantai |
Akhirnya my sister dapat jumpa dengan abang EL |
Kawan baik yang tersayang |
No comments:
Post a Comment
Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq