Assalamualaikum & hye semua.
Entry kali ni LN nak kongsi pengalaman LN mengembara bersama
Team Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya
@ nama google dia Agriculture Heritage
Park.
Luas kawasan taman ni adalah 35 ekar. Wow! Sangat luas untuk
kita menikmati keindahan tumbuhan yang hijau dan buah-buahan tempatan dari
pokoknya sendiri.
U’alls kalau nak datang ke sini jangan risau pasal jalan. Kalau
u’alls pakai waze, confirm tak sesat punyer. heeee, sebab LN pun pakai waze jugak. Plus, tempat ni sangat strategik
di tengah bandar Putrajaya.
Taman ni dibuka setiap hari, dari jam 8.30 a.m hingga 5.30
p.m . Tiket masuk sangat berbaloi bagi pemegang Mykad, RM8.50 untuk dewasa dan
kanak-kanak RM6.50 . Dan jika anda tiada Mykad harga untuk dewasa adalah
RM13.50 dan kanak-kanak pula RM9.50 . Kalau nak naik buggy cuma RM25/trip. kalau nak Guided Tour RM10.6/pax dan untuk Rubber Demonstration hanya RM5.50/pax
Taman ni sesuai sangat untuk bawa budak-budak @ orang luar
yang baru nak kenal tumbuhan dan buah-buahan tempatan di Malaysia. LN recommend
untuk u’alls yang ada anak-anak dan
orang luar yang tak tahu nak habiskan cuti dekat mana. U’alls boleh datang
terus ke sini, confirm u’alls takkan
menyesal. PERCAYALAH
Alhamdulillah, pengalaman LN sendiri dapat makan buah-buahan fresh lepas petik dari pokoknya. Teruja sangat time ni sebab dah lama tak rasa perasaan yang macam ni. Bila sampai sini teringat dusun yang selalu LN pergi kutip buah. Tapi malangnya dusun tu dah tak wujud dan sudah ada pembinaan di sana.
tapi takpelah at least ada dusun yang di jaga rapi di Taman Warisan Pertanian ni. dapat jugak mengembalikan nostalgia yang lama.hewww
dalam dusun ada padi..wahhhh..bestnya Putrajaya *kini tiada masalah lagi orang bandar nak merasai kawasan bersawah padi..heee disini boleh membuat aktiviti menangkap ikan keli. |
Antara buah dan tumbuhan fresh yang sempat LN cuba dan tengok depan mata adalah.....(rujuk gambar bawah ni)
Banyak jugak tumbuhan di Malaysia ni yang LN tak tahu, kalau LN tak join FAM trip ni, memang LN tak pernah tahu kewujudan beruas ni. Banyak pokok-pokok NADIR di Dusun Taman Warisan Pertanian ni. kalau nak tengok datang lah sini
asam gelugor(yang orang selalu buat asam keeping tu).. |
ni buah koko..nampak tak berebut nak makan tu.. |
buah beruas..rasa macam manggis tapi masam sikit.. |
kopi robusta |
Di sini u'alls boleh buat banyak aktiviti selain mengenal buah-buahan dan tumbuh tumbuhan, U'alls boleh lihat sendiri demontrasi menoreh getah dan bagaimana penghasilan getah tu terjadi. Ha, jangan ingat getah tu dari pokok getah je. Kena tahu jugak betapa susahnya orang dulu-dulu nak hasilkan getah terbaik di Malaysia. di sini u'alls boleh lihat sendiri cara penghasilan getah di Malaysia. Aktiviti ini sangat bagus bagi yang tidak tahu cara penghasilan getah.
Okay, part ni LN suka. Kami di sajikan buah-buahan tempatan yang TERBAIK dari dusunnya sendiri. sangat sedap dan menyelerakan dengan rumah dalam dusun yang nyaman. nyummmm
mata kucing |
rambutan |
mangga, jambu & nenas |
Selepas selesai makan buah, LN teruja sekali lagi bila LN dapat pengalaman tengok madu
kelulut in REAL okay. Kami dapat tengok cara menternak kelulut dan penghasilan madu kelulut. Selain itu juga kami dapat merasai sendiri madu kelulut fresh dari sarang kelulut tu sendiri. Rasa? jangan cakap lah, bagi LN yang tekak gediks ni memang tak ngam lah. tapi at least LN dah try jugak rasa madu yang mahal ni. Sedikit sebanyak LN tahu benda yang menarik tentang Madu Kelulut ni.
LN sangat teruja bila dapat tengok pemandangan yang indah di
viewing deck. Boleh nampak all the Putrajaya K A T A N Y A tapi memang betul pon, tak di nafikan lagi memang
luas sangat viewing deck ni. Dan sangat-sangat lah indah. I’m speechless
Disini kami diberi peluang untuk bermain boling kelapa. Tapi LN tak dapat merasa..*hurmm..terasa menyesal sangat..
Disini kami diberi peluang untuk bermain boling kelapa. Tapi LN tak dapat merasa..*hurmm..terasa menyesal sangat..
big thanks to team KBBA9 |
okay, kalau u'alls nak buat trip ke sini, tapi tak tahu aktiviti apa nak buat? jangan risau bincang terus dengan team di sini, sebab banyak sangat aktiviti yang dapat u'alls buat di sini. mereka ada menyediakan pakej dan servis di sini, lagi-lagi aktiviti traditional. kalau u'alls buat kat sini confirm syookkk.. Tapi kalau u'alls dah ada plan sendiri, bagitahu terus dengan team di sini. InsyaAllah mereka sedia membantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Telefon:
+603 8888 2722 / +603 8893 1967
Facebook: Putrajaya Floria
Instagram: @putrajayafloria
Email:
Buah koko tu sedap oikk
ReplyDeleteBest2..paling best bab ikan keli n makan buah2 tu hahaha
ReplyDeleteBanyak betul aktiviti menarik, kalau bawak anak² pasti mereka suka.
ReplyDeleteMenariknya rasa mcm nk juga e sana one day
ReplyDeleteSeronok kan? Macam2 ada kat dalam tu. Banyak boleh dapat info especially pasal pokok2 buah-buahan.
ReplyDeleteMenariknyaaa!!!
ReplyDeleteMacam-macam ada kat Taman Warisan ni kan..Terliur tgk buah buahan tu..��
ReplyDeletePErgi dusun buah-buahan memang seronok kan
ReplyDeleteMana nak jumpa lagi kat dusun dalam bandar. Macam-macam ada rupanya Putrajaya ni..
ReplyDeletewahh, putrajaya ada semua ni. ingat kat kawasan kg2 jee ada. hehehe
ReplyDelete