Langkawi Day 1

LN Travel Langkawi |
Assalamualaikum & hye u'alls. 2 december 2017 first time LN jejakkan kaki di bumi helang ini @Langkawi. Alhamdulillah LN berpeluang pergi. Walaupun banyak kali kena gelak and ada yang merendahkan LN sebab LN tak pernah pergi Langkawi ni, tetapi LN dapat sampai jugak di sini. *Alhamdulillah.

Untuk sampai ke sini kami satu family last minit je booking homestay, tiket semua ni. Memanglah pernah rancang nak pergi bercuti satu family, tapi selalu je tak berkelapangan. Ada je yang busy lah, keje lah, malas lah. *LN lah yang selalu tak dapat nak bagi commitment. nak tukar kerja. huuuuu

Ok, Leyla Nurjatiey jangan sedih-sedih. Kau dah selamat sampai pon kat Langkawi ni. -kata LN kepada diri sendiri.
happy tak terkata bila family nak bercuti ke Langkawi
my big family..susah tau nak kumpul ramai2 camni..
Untuk hari pertama LN gerak dari rumah ke KTM Kajang untuk menaiki ETS ke Arau pada pukul 8am menaiki 2 buah kereta kerana family LN yang pergi ada 8 orang. Yes! ETS Electric Train Service perjalan mengambil masa dalam 5jam. Tetapi ETS yang sepatutnya sampai pukul 9.10am LEWAT sejam. *Ya Allah, time ni dah TERsumpah seranah dah. tak tahu nak cakap apa sebab kami dah book tiket feri dari jeti kuala perlis pukul 5pm. Terus terduduk sambil makan sandwish yang LN sempat sediakan untuk dibawa dalam ETS. Dalam pukul 10.20am ETS pon sampai. Terus kami masuk dan cari tempat duduk yang dah kami pilih. yeahhh.

kami dapat koc C depan cafe and dekat dengan toilet

makan tengahari di ETS nasi tomato dengan air mineral RM9
LN sampai Arau dalam pukul 4 lebih camtu terus cari teksi untuk ke jeti Kuala Perlis. Time ni rushing sangat sebab nak kejar masa maklumlah tiket feri dah beli online pukul 5. Nasib baiklah sempat tau. Nak nangis rasanya kalau terlepas. huuu

Then sampai ke jeti Kuah, LN call orang kereta sewa untuk ambil kereta. Dah ambil kereta terus kami sekeluarga pergi homestay yang kami dah booking dekat Taman Nilam Langkawi. Besar juga lah rumah nya. Ada 3 bilik dan 3 bilik air. Harga LN dapat RM1390 untuk homestay dan kereta sewa innova 4hari 3malam. Tapi LN mintak kurang gak lah kan dengan owner ni so dapatlah RM1350. Alhamdulillah

Malamnya lepas dah siap mandi dan rehat semua, kami sekeluarga keluar isi minyak kereta dan cari makanan.

1 comment:

  1. bestnyeee,Last kite g langkawi masa darjah 6.sedih kan?skarang dah nak masuk 28:(

    ReplyDelete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq