Langkawi Day 2

LN Travel Langkawi | Assalamualaikum & hye u'alls. Hari kedua di Langkawi ni my fav day. Sebab, agak banyak jugak tempat yang LN dan family pergi.

ootd LN untuk hati kedua

First, we'alls breakfast kat satu kedai ni nak makan nasi lemak lah. *almaklumlah kita orang malaysia kan? nasi lemak is a must untuk breakfast. Tapi LN agak pelik sebab nasi lemak ni warna kuning. Ini bukan nasi lemak. Terus spoil LN nak makan. haisshhh *nak kreatif pon tak yah lah sampai ubah warna nasi lemak tu. rasa jangan cakap lah, rasa macam nasi kunyit tahu tak?hurmm. S E D I H

Selepas breakfast we'alls pergi Kilim Karst Geoforest untuk Mangrove Tour dalam 2 jam RM200 satu bot. *biasalah family ramai. so senanglah dapat satu bot tak yah kongsi dengan orang lain kan? Dapatlah LN tengok paya bakau, gua dan pulau yang kita tak pernah tahu pon kewujudannnya. *cehhh, LN je yang tak tahu sebenarnya. Seriously best giler. LN suka naik bot pusing-pusing paya bakau and pulau ni. Kalau u'alls tak pernah lagi pergi mangrove ni, LN sarankan u'alls pergi sebab B E S T seriously tak tipu.
checkpoint pertama Gua Kelawar yang ni ada bayaran tau..
sangkar ikan.

tempat permainan helang. tapi helang malu bila nampak camera..choii

bukti LN sampai sini..

my big family..

Then lepas dah tamat 2 jam, we'alls nak berjalan di Tanjung Rhu, tapi sekerat jalan je pergi, terus patah balik sebab dah lapar nak makan terus. We'alls pon pergi singgah dekat Kak Yan Nasi Campur untuk lunch. Harga dalam 1+ sorang. LN suka air dekat Langkawi ni dah lah sedap, murah pulak tu. RM 1 je. Lepas makan singgah kedai untuk beli bahan-bahan konon nak masak lah kan? tapi biasalah bila travel tak dan nak masaknya. Kalau masak pon confirm tak selera nak makan.

Petang tu lepas dah rehat sekejap kat homestay we'alls keluar shopping kat HIG sekejap. Duit banyak habis untuk beli choclate je. LN bajet untuk chocolates RM200 nasib baik masih bawah RM200. Alhamdulillah. bijak LN berbelanja. hewww

Then lepas duit dah habis we'alls pergi singgah ke Dataran Lang. Yeahhh. Ni lah bukti LN dah sampai ke Langkawi. We'alls singgah kejap je kat sini sebab takde apa pon sini cuma nak tengok burung helang yang besar gedabak tu je.



LN tak behave bila ngan family..

Lepas dah ambil gambar dengan burung helang, we'alls teruskan perjalanan ke Pantai cenang. Kononnya datang sini nak tengok sunset lah. Sekali mata ni TERpandang minah saleh yang berbikini. Astaghfirullah al adzhim. Terus lupa pasal sunset. haisshh Kat sini pon we'alls kejap je singgah. Sebab nak tengok sunset je kan. K O N O N nya. Tapi best gak lah kalau dapat check in dekat dengan Pantai Cenang ni. Sebab sini tempat strategic sangat. Dekat ngan kedai makan, pantai and  macam-macam kat sini. Kalau sesiapa yang Backpackers boleh cari hotel di sekitar Pantai Cenang. Tak payah susah-susah nak sewa kereta. Jalan kaki pon boleh. Sesiapa yang ada lesen motor nak sewa motor kat sini melambak. Murah pulak tu. LN pon berangan lah nak pergi ngan kawan-kawan ke sini lagi.*semoga angan-angan ni menjadi kenyataan


Malam tu we'alls rehat dekat rumah je. Cadang dengan adik beradik nak pergi jalan-jalan di pekan kuah. Tapi ayah tak bagi. So kita pon tidur lah awal.

cerita tambahan: pada hari kedua ni ada ular tedung masuk homestay yang we'alls duduk ni. Tapi Alhamdulillah semua selamat

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq