SAMYANG 2X SPICY HOT CHICKEN KOREAN RAMEN NOODLE CHALLENGE

Assalamualaikum & hye u'alls. So haritu (DAH LAMA DAH BARU NAK UPDATE) LN ada try makan Samyang 2x Spicy Hot Chicken Korean Ramen. Actually, LN tak makan pedas tau but lately ni tekak gediks LN ni mengidam sangat nak makan benda-benda pedas pulak, mungkin faktor usia kot.

LN pernah try samyang yang ori yang pernah viral kat media social dulu, P E D A S. Memang pedas sangat-sangat. Spicy tu pon tak tahan ada hati nak makan yang lagi pedas. Disebabkan LN ni sukakan cabaran, LN pon try lah tanpa pedulikan orang lain berkata. hewww

Ok, back to tajuk entry kali ni, LN try samyang yang 2x spicy ni. mula-mula makan macam sama je dengan yang original tu, tapi rasanya macam ada manis-manis sikit. LN ni suka benda manis-manis kalau u'alls nak tahu. Bila lama-lama makan tetiba rasa pedas giler ya amat macam melecur je bibir bila makan. itu pon LN dah makan with ayam goreng, telur goreng & keju untuk reduce kepedasan tu.

LN konon nak buat challenge makan samyang 2x spicy ni dalam masa 2 minit, tapi apakan daya LN tak mampu u'alls. Tersedak dan meleleh air hidung makan ni. nampak tak betapa pedasnya.

Tapi kalau u'alls tanya LN nak re-purchase balik ke tak? LN akan jawab YES! because LN suka flavor dia yang lain dari mee segera yang ada di Malaysia. Sedap kot. Tapi mungkin bukan hari-hari lah. LN ni daripada takde gastrik, habis kena gastrik teruk sangat-sangat sebab makan pedas..haissssshhh
Tapi seriously makanan korea yang LN kenal semua sedap-sedap. heeee
nah! u'alls tengoklah video ni.

It's Been a While, But I'm Back

5 Mei 2019 : Assalamualaikum & hye u'alls. Seriously LN rindu sangat-sangat dengan blog ni. Salam 5 Ramadhan semua. Semoga Ramadhan kali ini memberi banyak manfaat kepada kita semua. LN betul-betul busy sejak kebelakangan ni. LN pon baru je tukar tempat kerja. Macam-macam benda LN nak buat sebenarnya tapi takde masa nak buat sebab masa yang LN ada tu sekejap sangat-sangat. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana kan? dah nama pon kerja kena lah hadap jugak nak tak nak kan? Tempat kerja baru ni okay je sebenarnya sebab sangat dekat dengan rumah cuma LN belum betul-betul ada masa untuk bahagikan satu-satu. banyak je benda LN nak buat tapi terpaksa pending kan. Haisshhh, tak tahu lah macam mana nak bahagikan masa sekarang ni dan sebenarnya LN masih mencari dan mengkaji diri LN sendiri. Tak tahu kenapa? Kadang-kadang perasaan dan emosi LN tak stabil dan LN banyak sangat berpikir (FUN FACT: LN tak pandai nak impress kat orang apa perasaan LN sebenar so kebanyakan orang takkan tahu LN ada masalah ke tak even Doctor pon tak dapat baca). Walaupun LN banyak berpikir tapi LN tetap nampak normal seperti biasa. Semoga baik-baik sahaja lah untuk kita semua ye. AMIN...

Image result for i'm back