JOM FLY WITH MAS AIRLINES


Jom Fly with MAS Airlines
Penerbangan yang mana u’alls pilih jika bercuti di luar negara? Walaupun terdapat banyak syarikat penerbangan dengan pelbagai promo, Malaysia Airlines tetap utuh dan bersedia bersaing dengan pelbagai promosi dan fasiliti yang ditawarkan bagi menawan hati pelanggan. Jom lihat apa kemudahan yang MAS ataupun Malaysia Airlines tawarkan!!


Nak book Malaysia Airlines? So easy!!!  U’alls boleh book anywhere and anytime. Sama ada secara online mahupun offline, Malaysia Airlines offers a number of secure and hassle-free ways to book your flight okey!! Tak yakin nak book online, boleh direct call . Nak bandingkan harga terbaik? Layari jer search engine dan applikasi seperti Traveloka. Percuma jer u’alls. Siap dapat nikmati diskaun yang berbaloi-baloi. Sampai gosok-gosok mata banyak kali, wow! macam tak percaya boleh dapat harga murah untuk penerbangan yang mempunyai service all-in-one.


Masa untuk check-in pon sangat mudah. Beyond checking in at the airport counter, u’alls ada pilihan untuk check –in melalui website, mobile ataupun kiosk di beberapa lokasi yang mudah dijangkau. So, takda lah u’alls berasak-asak nak kena beratur di kaunter. Mood pun happy je masa nak naik flight nanti. Yang busy tu pon tak perlu risau lagi jika terlambat check-in.

Haa..u’alls sebut je mana nak pergi? Dengan Malaysia Airlines tak perlu khuatir. Pelbagai destinasi boleh dituju.. U’alls boleh enjoy exclusive one world privileges and services across 800 destination. Haa amik kau. Nak pergi Asia, Europe, Middle East, Australia semuanya boleh. Apa tunggu lagi. Jom kumpul duit supaya dapat round satu dunia bersama Malaysia Airlines. Phewwww. (LN masih lagi berangan)
Yang bestnya pasal pesawat yang awesome ni, tentang bagasi. Untuk economy class pon dah dapat bawa bagasi 30 kg. Manakala business class pula 40 kg. Pergh…memang berbaloi lah. Lagi-lagi kita yang perempuan ni kan. Macam-macam barang nak kena bawa. Tu belum lagi barang shopping nanti. Tu pon masih rasa tak cukup, kalau boleh nak bawa satu almari(kalau boleh la). Untuk tahu harga mengikut berat. U’alls buatla pengiraan dahulu dengan click pada “ Baggage calculator”. Jangan bawa barang tak ingat dunia pulak, karang kena charge mahal, mulalah nak terkejut beruk dan tak mampu nak bayar saat chek-in tu. Malu tanggung sendiri (menyesal tak sudah..huuu).


If u’alls beli tiket business atau first class, u’alls boleh nikmati facility Golden Lounge yang serba mewah. Sementara nak tunggu flight tiba, bolehla rehat dan bersantai di sana sambil menikmati hidangan buffet. Pelbagai jenis hidangan yang u’alls boleh nikmati sambil melayari internet dengan menggunakan wifi free(bolehlah update blog sementara tunggu kan? heeee)  Siap ada bilik solat dan bilik mandi. Flight delay pun u’alls takkan terasa lama menunggu bila berada di Golden Lounge nih. Selesa persis berada di rumah sendiri. Cewwwaaahh! Cuma takda katil jela. hihi



Time nak menaiki pesawat, u’alls pasti akan teruja dengan pesawat ni. Pesawat yang mempunyai 2 tingkat ni sangat besar dan luas. Terdapat 400-500 kerusi yang terdiri daripada  economy, premium economy class, business class dan first class. Ruang untuk first class terletak di dek atas dengan 60++ kerusi yang memisahkan antara 2 cabin. Jangan ingat duduk dek yang atas rasa sempit. Dah namanya ruang first class kan.. Syiling atas tu tinggi, siap u’alls boleh lompat-lompat gitu. (Ok over sangat). Haha. Seat business dan first class sangat best. Boleh laraskan sampai jadi macam katil. Untuk flight jauh, anda akan diberi selimut dan bantal yang pastinya membuatkan u’alls tidur lena. (haa..tak payah susah-susah nak bawa bantal sendiri) (Air liur tu jaga-jaga sikit. Hahaha..malu kat orang) Semua passenger takkan bosan sebab boleh dengar music, layan movie dan main game. Fuh macam-macam ada. (tak sabar nak naik MAS Airlines)



Layanan daripada staff dan cabin crew memang superb. Dari saat nak check-in, dalam cabin dan saat berlalu pergi, mereka tidak lokek dengan senyuman serta memberi layanan world class u’alls (sapa yang tak nak kan??). Penat tetap mengukir senyuman. Tapi kalau seorang dua tu masam tak senyum janganlah u’alls semua terus kecam dan nak buruk-burukkan Malaysia Airlines. Yes! customer always right. Mana tahu, maybe dorang tengah hadapi masalah. Eleh macam la u’alls tak pernah moody kan?. Yang staff muka monyok tak senyum tu, tak salah u’alls mula senyum dulu dan ucap terima kasih. Mana tau dengan perbuatan u’alls tu dapat mengembirakan hati dorang. Terus dapat layanan terbaik. Ha..chill okey. 

So, apa tunggu lagi jom terbang bersama MAS Airlines. Nak cari harga yang berbaloi? Nak bandingkan harga? Mudah sahaja dengan aplikasi Traveloka. Ye,Traveloka menyediakan harga dan tawaran yang istimewa kepada semua. Layari sahaja www.traveloka.com

JOM KAHWIN | PAKEJ PERKAHWINAN LAMAN WARISAN, TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

PAKEJ PERKAHWINAN LAMAN WARISAN, TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Satu lagi aktiviti yang kita boleh buat di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini adalah K A H W I N ..hewhew

Kalau bab kahwin ni confirm semua suka dan mesti ada tema perkahwinan idaman kita kan? LN pon ada angan-angan nak kahwin. eh?
nak cari tempat..makanan dan pakej yang menarik bukan senang. Jangan risau, bagi yang mencari tu meh buat majlis di Laman Warisan ni.

Laman Warisan Putrajaya |

  • Terletak di dalam kompleks Taman Warisan Pertanian, berdekatan dengan Alamanda Putrajaya.(strategik sangat)
  • Kapasiti sehingga 280 orang tetamu
  • Berkonsepkan Warisan & Klasik Decor Melayu
  • Ruang yang terbuka dan nyaman
  • Sesi fotografi PERCUMA di dalam dusun (wah..bestnya dapat bergambar di dusun..mesti cantik kan?-LN berangan)



Okay, Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) dengan kerjasama Felda D'Saji Sdn Bhd, keterer perkahwinan terkenal di Lembah Kelang, menawarkan Pakej Perkahwinan Laman Warisan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Pakej ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Putrajaya, Bangi dan Serdang untuk mengadakan perkahwinan romantis di bangunan rekaan tradisi yang dikelilingi kehijauan taman herba, pokok komersial dan buah-buahan.

makanan jangan risau, bagi LN yang mulut gediks ni sedap sangat. Pelbagai pakej menu bufet yang boleh anda pilih untuk majlis anda.



Fasiliti Yang Disediakan | 
  • Meja hi table
  • Food testing 10 pax
  • parking percuma
  • Surau, bilik menunggu
  • PA sistem
  • Basic Pelamin
  • 2 Meja Khas VIP
  • Kek Perkahwinan 3 Tingkat (Dummy)
  • 2 set Kaunter Buffet
  • Karpet Merah
  • Meja Hadiah & Skirting
  • Meja Doorgift & skirting
Okay, selain daripada pakej perkahwinan, Laman Warisan juga sesuai diadakan acara seperti pelancaran majlis korporat, makan tengahari, Hi-Tea sekolah, makan malam steamboat dan lain-lain dengan tempahan minima 100 orang pada satu-satu masa.





***harga pakej tidak termasuk 6% GST.
untuk maklumat lanjut berkenaan "" sila berhubung dengan pegawai Jualan Felda D'Saji Sdn Bhd, En Mohd Azan Dalal di talian 014-3388794 atau emel: azan.md@felda.net.my

MENARIK DI PUTRAJAYA | TAMAN WARISAN PERTANIAN

Assalamualaikum & hye semua.

Entry kali ni LN nak kongsi pengalaman LN mengembara bersama Team Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya @ nama google dia Agriculture Heritage Park.
Luas kawasan taman ni adalah 35 ekar. Wow! Sangat luas untuk kita menikmati keindahan tumbuhan yang hijau dan buah-buahan tempatan dari pokoknya sendiri.

U’alls kalau nak datang ke sini jangan risau pasal jalan. Kalau u’alls pakai waze, confirm tak sesat punyer. heeee, sebab LN pun pakai waze jugak. Plus, tempat ni sangat strategik di tengah bandar Putrajaya.

Taman ni dibuka setiap hari, dari jam 8.30 a.m hingga 5.30 p.m . Tiket masuk sangat berbaloi bagi pemegang Mykad, RM8.50 untuk dewasa dan kanak-kanak RM6.50 . Dan jika anda tiada Mykad harga untuk dewasa adalah RM13.50 dan kanak-kanak pula RM9.50 . Kalau nak naik buggy cuma RM25/trip. kalau nak Guided  Tour RM10.6/pax dan untuk Rubber Demonstration hanya RM5.50/pax

Taman ni sesuai sangat untuk bawa budak-budak @ orang luar yang baru nak kenal tumbuhan dan buah-buahan tempatan di Malaysia. LN recommend untuk u’alls yang ada anak-anak  dan orang luar yang tak tahu nak habiskan cuti dekat mana. U’alls boleh datang terus ke  sini, confirm u’alls takkan menyesal. PERCAYALAH

Alhamdulillah, pengalaman LN sendiri  dapat makan buah-buahan fresh lepas petik dari pokoknya. Teruja sangat time ni sebab dah lama tak rasa perasaan yang macam ni. Bila sampai sini teringat dusun yang selalu LN pergi kutip buah. Tapi malangnya dusun tu dah tak wujud dan sudah ada pembinaan di sana.
tapi takpelah at least ada dusun yang di jaga rapi di Taman Warisan Pertanian ni. dapat jugak mengembalikan nostalgia yang lama.hewww
dalam dusun ada padi..wahhhh..bestnya Putrajaya *kini tiada masalah lagi orang bandar nak merasai kawasan bersawah padi..heee
disini boleh membuat aktiviti menangkap ikan keli.

Antara buah dan tumbuhan fresh yang sempat LN cuba dan tengok depan mata adalah.....(rujuk gambar bawah ni)
Banyak jugak tumbuhan di Malaysia ni yang LN tak tahu, kalau LN tak join FAM trip ni, memang LN tak pernah tahu kewujudan beruas ni. Banyak pokok-pokok NADIR di Dusun Taman Warisan Pertanian ni. kalau nak tengok datang lah sini

asam gelugor(yang orang selalu buat asam keeping tu)..

ni buah koko..nampak tak berebut nak makan tu..

buah beruas..rasa macam manggis tapi masam sikit..

kopi robusta


Di sini u'alls boleh buat banyak aktiviti selain mengenal buah-buahan dan tumbuh tumbuhan, U'alls boleh lihat sendiri demontrasi menoreh getah dan bagaimana penghasilan getah tu terjadi. Ha, jangan ingat getah tu dari pokok getah je. Kena tahu jugak betapa susahnya orang dulu-dulu nak hasilkan getah terbaik di Malaysia. di sini u'alls boleh lihat sendiri cara penghasilan getah di Malaysia. Aktiviti ini sangat bagus bagi yang tidak tahu cara penghasilan getah.







Okay, part ni LN suka. Kami di sajikan buah-buahan tempatan yang TERBAIK dari dusunnya sendiri. sangat sedap dan menyelerakan dengan rumah dalam dusun yang nyaman. nyummmm

mata kucing

rambutan

mangga, jambu & nenas

Selepas selesai makan buah, LN teruja sekali lagi bila LN dapat pengalaman tengok madu kelulut in REAL okay. Kami dapat tengok cara menternak kelulut dan penghasilan madu kelulut. Selain itu juga kami dapat merasai sendiri madu kelulut fresh dari sarang kelulut tu sendiri. Rasa? jangan cakap lah, bagi LN yang tekak gediks ni memang tak ngam lah. tapi at least LN dah try jugak rasa madu yang mahal ni. Sedikit sebanyak LN tahu benda yang menarik tentang Madu Kelulut ni.

LN sangat teruja bila dapat tengok pemandangan yang indah di viewing deck. Boleh nampak all the Putrajaya K A T A N Y A tapi memang betul pon, tak di nafikan lagi memang luas sangat viewing deck ni. Dan sangat-sangat lah indah. I’m speechless
Disini kami diberi peluang untuk bermain boling kelapa. Tapi LN tak dapat merasa..*hurmm..terasa menyesal sangat.. 
big thanks to team KBBA9


okay, kalau u'alls nak buat trip ke sini, tapi tak tahu aktiviti apa nak buat? jangan risau bincang terus dengan team di sini, sebab banyak sangat aktiviti yang dapat u'alls buat di sini. mereka ada menyediakan pakej dan servis di sini, lagi-lagi aktiviti traditional. kalau u'alls buat kat sini confirm syookkk.. Tapi kalau u'alls dah ada plan sendiri, bagitahu terus dengan team di sini. InsyaAllah mereka sedia membantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Telefon:
+603 8888 2722 / +603 8893 1967
Facebook: Putrajaya Floria
Instagram: @putrajayafloria
Email:


LN Travel | Teluk Cempedak Kuantan

Blog: leylanurjatiey.blogspot.com
Fb: www.facebook.com/BlogLeylaNurjatiey
Instagram: www.instagram.com/lelanurjati
Twitter: www.twitter.com/lelanurjati
Email: leylanurjatiey@gmail.com

WEDDING | EZZATI BAKAR

05 Febuary 2017 | Assalamualaikum & hye u'alls. Entry kali ni LN tahu sedikit basi kalau u'alls perasan tarikh yang LN letak tu. Tapi takpe, memandangkan LN ni happy sangat bila kawan-kawan dah tamatkan zaman bujang, LN tetap nak share gambar hari bahagia kawan LN.

Kali ni, kawan dari tadika pulak dah bertukar status. Happy sangat sampai tak terkata. Orang lain yang kahwin LN pulak yang terlebih happy.

Dia kawan LN yang first time ajak LN keluar jalan. Untuk pengetahuan u'alls, LN ni seorang gadis yang susah nak keluar dengan kawan-kawan sebab ayah LN sangat strict kalau anak-anak perempuan dia nak keluar dengan kawan-kawan. Biasalah kalau bapa yang sayang anak ni, tapi ada baiknya juga sebab kadang-kadang kawan baik pon sanggup tikam belakang hanya kerana perkara kecil pon. But, LN ni seorang yang pandai memujuk ayah, kalau nak keluar jalan-jalan dengan kawan LN minta izin ayah dulu. Kalau ayah bagi, LN pergi. Kalau ayah tak bagi or macam lambat je nak jawab boleh ke tidak maksudnya LN tak boleh pergi lah, kalau nak pergi jugak mesti ada something yang akan berlaku. Jeng..Jeng..Jeng, takutkan? Sebab tu kita sebagai anak kena meyakinkan ayah yang kita pandai jaga diri.

Ok, back to tajuk entry. Kali ni LN pergi majlis nikah dan majlis perkahwinan dia. Dia buat asing.  majlis nikah pada 04 Febuary 2017 di MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN atau boleh dikenali dengan Masjid Besi dan majlis perkahwinan dia buat pada 05 August 2017 di rumahnya. Dah kata kawan kan? so LN pergi kedua-dua majlis. LN share sedikit gambar dibawah ye..

jumpa kawan-kawan dari sekolah tadika..time-time kenduri ni lah dapat merapatkan lagi silatturahim

jodoh my bestfriend with orang penang.. Alhamdulillah, so happy for you zati..


lastly LN pi keluar dengan kakak ke Mid Valley. LN pergi tukar duit, makan 4finger dan shopping sikit.
follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati
google +: lela nurjati

LN Makan | Restoran Gegey

Assalamualaikum & hye u'alls.
Harini LN tergerak nak share tempat makan yang LN baru try semalam.

u'alls pernah dengar tak nama kedai ni? LN tahu kewujudan Restoran Gegey ni dari sahabat LN. Dia tag LN dekat facebook waktu ada viral #gegeychallenge . Kalau dia tak bagi tahu LN pun tak tahu. heeee

Restoran Gegey ni tempat makan ala-ala hipster juga, LN pergi ni di cawangan dengkil, berdekatan dengan Uitm dengkil so ramai lah student Uitm makan di sini. Tapi jangan risau insyaAllah u'alls pun dapat try makan di sini sebab Restoran Gegey ni ada buka cawangan di Shah Alam juga. So kalau u'alls tak dapat try makan di Dengkil ni u'alls boleh pergi try di cawangan Shah Alam. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cawangan Restoran Gegey ni, u'alls boleh terus ke facebook Restoran Gegey.

So apa tunggu lagi!
time to tengok gambar apa yang LN makan. yummerz
okay..ni masih ayu lagi tau..

this is the Small Western Platter..tapi untuk 3 orang makan adalah cukup banyak..

disebabkan LN suka oreo, then LN order lah extreme oreo flavor chocolate but chocolate dia pahit sikit...huhuhu *dalam ni ade brownies tau* kenyang sangat..



ha..kan dah tak ayu tu..ni lah gegey LN..
LN ni paling buruk kalau time makan..orang yang makan dengan LN je tahu LN kalau makan memang tak senonoh..heeeee
So, conclusion nya LN bagi ⭐⭐⭐⭐
kalau ada yang tanya adakah LN nak repeat datang sini lagi?? of course LN nak sebab LN nak try semua air extreme dia and nasi gegey dia..heeee

follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati
google +: lela nurjati

LN Bercuti | Bangi Wonderland


Assalamualaikum & hye silent readers. Kali ni LN happy sangat nak menaip sebab this is one of my fav place. Lately ni LN suka sangat pergi waterpark *walaupun baru dua kali je pergi*, tak tahu lah kenapa kadang-kadang pelik jugak dengan diri sendiri ni, kenapalah suka main air sangat tapi masalahnya LN ni tak pandai berenang pon. Boleh kira berapa kali nak lemas, tapi still LN suka water.

Tapi takpe sebab pergi waterpark or themepark ke LN rasa happy sangat. Bukan nak acah-acah comel ke apa, cuma kalau pergi waterpark or themeparak LN rasa salah satu terapi untuk hilangkan stress LN ni. Omputih cakap 'ME TIME'. Yes! exactly this is LN Time.
Syok gila kalau hari-hari dapat pergi waterpark pon LN dah happy *kepada bakal suami pandai-pandai lah bawak LN happy kan diri ye.

Sejak kebelakangan ni, LN sangat stress dengan beban kerja la, dengan masalah peibadi lagi tapi lepas pergi Bangi Wonderland, LN rasa best sangat mungkin sebab LN dapat main air kot.Walaupun Bangi Wonderland tak sama gah macam Sunway Lagoon but still LN suka jugak pergi sini.

LN pergi sini tak plan apa-apa pon, LN memang teringin sangat nak pergi sini sejak Bangi Wonderland tak siap lagi. Lagipun, rumah LN dengan Bangi Wonderland ni tak jauh mana. Dalam 15minit je dah sampai.

LN pergi dengan kakak-kakak dan adik lelaki LN. Orang yang berkunjung di Bangi Wonderland ni tak seramai waterpark yang lain sebab mungkin ramai yang tak tahu lagi kewujudan Bangi Wonderland ni or ramai yang takut nak pergi sini selepas kejadian air tak cukup or safety sini tak bagus. Tapi percayalah kalau u'alls nak pergi sini jangan takut, lalui sendiri ya.

Bagi LN, tak menyesal pon lepas LN pergi dan main sendiri permainan yang disediakan di Bangi Wonderland ni.
So, sebelum LN merapu lebih-lebih LN nak kongsikan gambar yang sempat LN ambil di Bangi Wonderland.

LN suka main dekat 'pantai buatan' Bangi Wonderland ni. Walaupun mabuk still LN terhibur. Tapi, ni je tempat yang LN teringat nak bil gambar.. sob..sob