SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

 Assalamualaikum & hye u'alls..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Wah..lamanya LN tak join segmen macam ni kat blog..rindunya..Jom ramai2 kita join segmen ni..mana tahu rezeki dapat hadiah wang tunai atau planner book 2021 bagi 6 pemenang yang bertuah..๐Ÿ˜ฑwow๐Ÿ˜ฑ sape nak bagi hadiah macam ni?

The reason why LN join this segmen adalah tanda sokongan LN kepada rakan blogger iaitu Eza..

LN juga nak hidupkan balik blog LN yang dah lama terbengkalai ni..Yes LN sangat minat dengan dunia berblog dari dulu lagi tapi ada masa LN down seketika dan perlukan masa untuk LN ada kekuatan berdiri balik๐Ÿ’ชdan now LN dah sedia untuk mulakan hidup baru..InsyaAllah..

LN juga ingin menambah kenalan rakan blogger disamping boleh mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.. (u'alls boleh tinggalkan link di ruangan komen untuk LN jejak u'alls pulak)

***syarat2 segmen ni sangat senang tau u'alls..
Dan yang paling best: SEMUA BLOG peserta yang menyertai segmen ini, akan DISENARAI dalam bloglist Eza selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021.
Tarikh tutup: 27 Disember 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.

WHY LN MENYEPI | ANXIETY ATTACK!


Assalamualaikum & hye u'alls. Lama sangat LN menyepi. Mungkin ada yang lupa dengan blog rakyat marhean macam LN ni. I'm feel better right now. Yes, LN sejak kebelakangan ni ada anxiety attack and mild depression. LN takut nak berdepan dengan orang, LN akan panic bila ramai orang dalam satu masa sampai sesak nafas n loya tekak. Tapi LN tetap cuba kuatkan diri untuk terus melangkah kehadapan. Semoga LN sentiasa terus kuat.๐Ÿ’ช

Sebenarnya LN tak nak benda ni terus merasuk hidup LN. Walaupun LN masih lagi ada anxiety tu tapi LN still nak lawan dengan benda tu. LN tak tahu nak minta bantuan dari siapa? mula2, LN tak nak jumpa Doctor dalam hal ni sebab LN tahu Doctor akan cakap benda yang sama dengan apa yang LN pikir. LN cuma buat research kat Mr. GOOGLE (dari sumber yang dipercayai) tentang simptom2 benda tu then ada setengah benda yang LN tak paham and kena tahu benda tu dengan lebih dekat then LN tanya kenalan Doctor yang terdekat dan LN percaya dengan simptom2 ni. Bila LN tanya Doctor tentang hal ni Doctor cakap dia dah agak dah LN depress sebab dia nampak symptom2 tu dari LN. Cuma time tu LN masih berlakon pura2 kuat depan orang so tak nampak and tak rasa sangat LN tengah depress.

LN tak tahu bila LN start kena depression tu sebab benda tu datang tiba2. LN tak tahu nak cerita dekat siapa. Time tu LN betul2 tak nampak sesiapa untuk LN luahkan. Yes betul bila kita dekat dengan ALLAH, Dia akan jaga kita. LN carik ALLAH untuk LN mengadu sakitnya bila kita tiada sesiapa. LN tak main2 dengan benda ni. Benda ni betul2 terjadi dalam hidup LN. Sampai gambar sendiri pon LN jarang letak & malu nak letak di mana2 social media. Pada mulanya LN fikir ni faktor usia sahaja tapi bila banyak kali buat test online and consult dengan doctor yang lain Yes memang LN terkena anxiety & mild depression attack maybe sebab stress & penat sangat kot. U'alls tolong doakan LN kuat ye. Semoga LN terus jadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dan dapat melawan perasaan ini. AMIN

RESEPI JERUK MANGGA BY LN

Assalamualaikum & hye u'alls. Harini LN nak share Resepi Jeruk Mangga Tanpa CUKA. Sangat simple dan cepat. Budak-budak pon boleh buat. Ajomm!

meleleh air liur sis..



BAHAN-BAHAN:
mangga epal
serbuk asam
asam boi putih
cili padi
gula
garam

CARA MEMBUAT:
potong mangga, campurkan semua bahan dan gaul rata. SIAP!

simple dan senangkan? u'alls boleh lah try. Yummyy

20 Mac 2020 | A K A D

20.3.20 |Assalamualaikum & hye u'alls. Rindu LN tak? LN nak bagitahu u'alls semua yang LN dah kawin. Alhamdulillah jugak sebab Allah mudahkan segala urusan LN, pasangan & family untuk majlis nikah. Sepatutnya tarikh nikah & majlis we'alls adalah 21.03.2020 bersaman dengan hari Sabtu. Tapi.....(*kita tengok gambar dulu ye)

saat suami menyarungkn cincin ke jari manis LN

cameraman pon mintak tolong pak cik & mak cik je

yup.. we'alls takde pelamin pon sebab orang pelamin tak boleh nak hantar barang, makeup artist pon takut nak makeup kan orang time covid. LN nikah pon time 2 hari lepas start PKP. Semua orang tengah panic kan termasuklah LN.

perasaan gembira bercampur sedih. terpaksa makeup muka sendiri. cantik ke tak cantik hantam sajalah labu. dont judge! sebab LN sendiri tak terpikir nikah kena makeup sendiri.

Okey meh LN sambung cerita tadi. LN memang niat nak nikah hari jumaat 20/3 dan majlis sanding 21/3 tapi bila difikirkan balik LN nak buat majlis yang bajet sahaja. Yelah kita tak nak lah buat lebih2. kata nak simple je. So LN nak cut kan bajet tu LN pon pilihlah 1 tarikh je untuk nikah dan sanding sekali and LN dan suami pilih 21/3 untuk nikah dan majlis. Tapi Allah lebih mengetahui masa semua orang tengah panic Malaysia nak lockdown, LN pon tengah panic pikir 'aku ni jadi ke kahwin? Boleh ke buat majlis time covid ni?'

Kad kahwin semua dah bagi, barang goodies pon dah beli, khemah dah booking, makanan dah booking, baju makeup semua dah book. Bergaduh jugak lah dengan suami pasal ni. Tanya kadi dia cakap insyaAllah boleh teruskan tapi nikah sahaja lah. Tak boleh buat majlis. So kami pon lega lah. At least boleh teruskan nikah, nasib baiklah kami hantar kad undangan online je. So masing2 hantar msg majlis tak dapat buat. Time ni kawan2 banyak msg bagi kata2 semangat doakan yang baik2.
Kad kahwin online
ni pulak kad untuk sedara mara yang dekat.

ni sebahagian barang goodies untuk majlis nanti
baju sanding yang sepatutnya we'alls pakai..

Dan sehari sebelum 21/3, pada 20/3 selepas zohor ustaz kadi call, dia cakap last nikah 20/3 hari jumaat selepas 20/3 tak boleh nikah dah. Apa2 majlis kena tangguh. Nasib baik lah keluarga suami semua dah sampai Selangor dari Perak. LN terus call suami cakap boleh tak nak nikah lepas asar? Dia terkejut LN pon lagilah terkejut sebab tak sedia apa2 lagi. Makanan dah tempah untuk 21/3. Alhamdulillah suami pon setuju untuk awalkan waktu nikah kami. LN terus call pakcik & pakngah yang sepatutnya jadi saksi LN untuk datang rumah selepas asar. Dan lepas asar pada 20/3/20 LN dan suami selamat di ijab kabulkan. Nikah hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan. Time waktu nikah family LN hidangkan teh o panas dan biskut je. Makanan yang ditempah dapat pada keesokan harinya iaitu 21hb hari Sabtu.

Alhamdulillah majlis akad nikah kami tetap berjalan mengikut SOP yang dibenarkan.
Selepas nikah, malam tu barulah LN berinai. Dan keesokan harinya LN kena ikut suami balik Perak.



SAMYANG 2X SPICY HOT CHICKEN KOREAN RAMEN NOODLE CHALLENGE

Assalamualaikum & hye u'alls. So haritu (DAH LAMA DAH BARU NAK UPDATE) LN ada try makan Samyang 2x Spicy Hot Chicken Korean Ramen. Actually, LN tak makan pedas tau but lately ni tekak gediks LN ni mengidam sangat nak makan benda-benda pedas pulak, mungkin faktor usia kot.

LN pernah try samyang yang ori yang pernah viral kat media social dulu, P E D A S. Memang pedas sangat-sangat. Spicy tu pon tak tahan ada hati nak makan yang lagi pedas. Disebabkan LN ni sukakan cabaran, LN pon try lah tanpa pedulikan orang lain berkata. hewww

Ok, back to tajuk entry kali ni, LN try samyang yang 2x spicy ni. mula-mula makan macam sama je dengan yang original tu, tapi rasanya macam ada manis-manis sikit. LN ni suka benda manis-manis kalau u'alls nak tahu. Bila lama-lama makan tetiba rasa pedas giler ya amat macam melecur je bibir bila makan. itu pon LN dah makan with ayam goreng, telur goreng & keju untuk reduce kepedasan tu.

LN konon nak buat challenge makan samyang 2x spicy ni dalam masa 2 minit, tapi apakan daya LN tak mampu u'alls. Tersedak dan meleleh air hidung makan ni. nampak tak betapa pedasnya.

Tapi kalau u'alls tanya LN nak re-purchase balik ke tak? LN akan jawab YES! because LN suka flavor dia yang lain dari mee segera yang ada di Malaysia. Sedap kot. Tapi mungkin bukan hari-hari lah. LN ni daripada takde gastrik, habis kena gastrik teruk sangat-sangat sebab makan pedas..haissssshhh
Tapi seriously makanan korea yang LN kenal semua sedap-sedap. heeee
nah! u'alls tengoklah video ni.

It's Been a While, But I'm Back

5 Mei 2019 : Assalamualaikum & hye u'alls. Seriously LN rindu sangat-sangat dengan blog ni. Salam 5 Ramadhan semua. Semoga Ramadhan kali ini memberi banyak manfaat kepada kita semua. LN betul-betul busy sejak kebelakangan ni. LN pon baru je tukar tempat kerja. Macam-macam benda LN nak buat sebenarnya tapi takde masa nak buat sebab masa yang LN ada tu sekejap sangat-sangat. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana kan? dah nama pon kerja kena lah hadap jugak nak tak nak kan? Tempat kerja baru ni okay je sebenarnya sebab sangat dekat dengan rumah cuma LN belum betul-betul ada masa untuk bahagikan satu-satu. banyak je benda LN nak buat tapi terpaksa pending kan. Haisshhh, tak tahu lah macam mana nak bahagikan masa sekarang ni dan sebenarnya LN masih mencari dan mengkaji diri LN sendiri. Tak tahu kenapa? Kadang-kadang perasaan dan emosi LN tak stabil dan LN banyak sangat berpikir (FUN FACT: LN tak pandai nak impress kat orang apa perasaan LN sebenar so kebanyakan orang takkan tahu LN ada masalah ke tak even Doctor pon tak dapat baca). Walaupun LN banyak berpikir tapi LN tetap nampak normal seperti biasa. Semoga baik-baik sahaja lah untuk kita semua ye. AMIN...

Image result for i'm back

LN Dapat Adik Ipar

Assalamualaikum & hye u'alls. Lama dah LN perap cerita ni lebih sebulan gak lah. Alhamdulillah LN dapat adik ipar. InsyaAllah soon tambah anak buah pulak. Doakan lah ye. LN bersyukur sangat jodoh adik sampai dulu. Semoga berbahagia ye Yap & Nana. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam melayari alam berumahtangga. Doakanlah jodoh LN tak lama lagi ye.๐Ÿ˜‚

1/2/2019 - Nikah
2/2/2019- Sanding di rumah Pengantin Perempuan
10/2/2019- Majlis Kesyukuran & Sambut Menantu di rumah family LN






 





Bukit Broga @ Broga Hill Semenyih

Assalamualaikum & hye u'alls.
Alang2 LN suka tengok gambar time LN hiking haritu better LN abadikan kenangan di sini kan? pada 16 feb 2019 LN and my friend pergi hiking di Bukit Broga. F.Y.I ini adalah kali kedua LN jejak kaki di Broga Hill. My friend pulak first time hiking so pengalaman we'alls berbeza.


LN first time hiking masa tahun 2013 dengan family. Memang time tu LN pancit giler tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kali ni stamina LN begitu kuat sangat sampai tak pancit langsung. Mungkin jugak sebab LN dah niat untuk sampai ke puncak terakhir Bukit Broga tu so LN pon tak berapa nak pancit lah. Cuma sakit kaki tu ada lah sikit tapi tak serious lah.

LN banyak berhenti pon sebab my friend tak larat nak jalan and plus dia pening kepala so memang terpaksa berhenti rehat lah kan. Tu pon dia nak turun dulu lepas dah sekerat jalan. Tapi LN cuba kuatkan dia at least sampai kat puncak pertama pon dah cukup sebab dia first time jejak kaki kat sini so biar lah dia dapat rasa sampai ke puncak pertama at least.

Sebelum sampai ke puncak pertama tu kita kena lalui bukit botak yang agak curam dan gayat jugak lah tapi dorang ada sediakan tali untuk kita berpaut so its really help. Cuma u'alls kena kuatkan kaki dan tangan untuk mendaki bukit ni lah kalau tak u'alls akan tergelincir sebab agak licin jugak lah.
Merungut2 dia pon sampai jugak lah we'alls di puncak pertama. Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah tau. Penat2 u'alls panjat dapat gak tengok permandangan dari atas Bukit Broga ni. Terus lupa yang u'alls struggle nak naik tadi. Memang worth sangat bila kita dah sampai di puncak tinjau pertama.

Dah sampai je we'alls rehat sekejap makan biskut untuk tambah kan tenaga waktu turun nanti sambil lihat pemandangan indah dari atas bukit. LN ingat nak teruskan perjalanan ke atas tapi kawan LN dah tak boleh and dia pon ada kenduri lepas tu so we'alls pon terus lah turun lepas we'alls dah puas rehat and bergambar.





 
time ni sebenarnya LN nak selamatkan speck my friend, tapi ada budak2 kat situ ingatkan LN jatuh๐Ÿ˜…




Tip hiking Broga Hill:
1) Sarapan pagi
2) Physical & mental prepare
3) Kaji cuaca
4) Warm up
5) Niat kena betul
6) Jaga pernafasan (inhale guna hidung exhale guna mulut)
7) Jangan banyak cakap semasa hiking
8) Guna teknik hiking Zig Zag
9) Jangan berlari

Apa yang LN bawa semasa mendaki Bukit Broga:
1) air minuman (sangat penting untuk hilang kan dahaga and penat lelah)
2) makanan ringan (LN bawak biskut & gula2 je)
3) first aid (LN cuma bawak tisu, plaster, minyak angin n paracetamol je) (tapi sangat membantu sebab masa LN nak turun dari puncak pertama tu ada sorang lelaki ni cedera mungkin sebab terseret batu kat situ kot so kebetulan LN terdengar dia mintak tisu n plaster kat kawan dia tapi kawan dia tak bawak so LN pon offer lah tisu and plaster yang LN bawak ni.)
4) kipas
5) tuala kecil (sangat diperlukan untuk lap peluh yang membasahi tu)
6) phone (ni pon penting jugak kat atas bukit ni ada line tau. kawan LN siap jawab phone time mendaki)
7) camera (sangat penting untuk merakam kenangan dan keindahan alam. Incase kalau phone tak leh guna kita guna lah camera pulak kan?)
9) plastik (pon penting jugak untuk membuang sisa2 makanan yang kita bawak naik atas tu sebab kat atas bukit tu takde cleaner ye.)
10) duit (penting weyh sebab Bukit Broga dah ada tol untuk masuk RM1 satu kepala)
11) powerbank (LN just prepare sebab kalau bateri tiba2 habis ke and ada ape2 jadi kat atas tu kita perlukan jugak and plus powerbank LN ni ada lampu so tak yah nak bawak lampu kan incase LN dok situ sampai malam lah)


Eating Show

Assalamualaikum and hye u'alls. Lama sangat LN tak update cerita kan? ada yang rindu tak? LN sekarang dah M A L A S sangat ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Tapi LN banyak je benda nak luahkan. Nanti LN update satu-satu okey?
Untuk harini u'alls terimalah Eating Show dari LN yang tak seberapa ni.


Penang Trip Day 3 (Final Day)

Assalamualaikum & hye u'alls.
For the last day we'alls banyak jalan dekat sekitar hotel je. Sebab tempat strategik kan? Ok, untuk sarapan we'alls pergi ke Roti Bakar Hutton Lane berhadapan dengan Pasar Chowrasta & bersebelahan dengan IPK Polis Pulau Pinang. Menu dia ada roti bakar, roti canai & nasi dalca. Semua makanan kat sini sedap-sedap belaka.
Dah nama pon Roti Bakar Hutton Lane. So kita kena lah try makanan 'signature' dekat sini kan? Roti bakar ni LN bagi 10+++ walaupun rupa mu tidak menawan tetapi rasamu menjadi pujaan hati LN. Mungkin sebab dua tak kedekut kaya kot. Tapi kalau u'alls yang tak suka manis tu mungkin bese2 jerrr. LN lagi suka roti bakar ni dari roti bakar transfer road yang masin tu..opppsss!

Nasi dalca ni pon antara signature kat sini tau. Nasi dia rapuh. Kuah dal dia sangat marvellos deliciouso๐Ÿ˜‹ rasa melayu. LN sejenis yang tak suka makan benda berkuah tapi yang ni LN bagi thumb up๐Ÿ‘

Dan ini adalah menu sampingan. Biasa lah kalau pergi 3 orang mana cukup satu dish je kan?
Dan ini lah muka2 pemakan makanan tersebut. Cantik bukan? Tapi masih single (sempat tau promote diri)

Lepas dah habis makan sarapan we'alls terus jalan kaki ke Upside Down Museum. We'alls pergi awal pagi. So we'alls ni antara customer yang terawal lah. Beli je tiket terus masuk dalam dan kagum sekejap sebab tengok semua benda terbalik. Setiap tempat tu ada staff yang akan tolong kita ambil gambar dan recommend gaya apa yang perlu we'alls buat. Best kan? LN ni suka bergambar sebab suka simpan kenangan. So seronok lah bila ada orang nak ambilkan gambar, walaupun LN ni jenis yang tak reti nak bergambar. Setiap gambar LN mesti nampak buruk. Tapi disebabkan kenangan kat tempat tu peduli apa kan? Buruk ke asalkan ada bukti LN dah pernah sampai kat sini.๐Ÿ˜…


Then dah habis satu museum we'alls explore, we'alls terus jalan balik ke hotel sebab nak kemas barang nak balik kan? Tapi sebelum tu, sambil menyelam minum air orang kata. Sepanjang perjalanan tu we'alls pon singgah lah kat Pasar Chowrasta buat kali yang terakhir. Dapatlah beli baju untuk adik-adik pulak. Then we'alls jalan kat pasar tu ternampak lah seluar untuk buat tido, dan we'alls pon terbeli. Then we'alls teruskan perjalanan menuju ke hotel untuk kemas barang dan check out.

After dah check out we'alls terus book grab ke KTM Butterworth. Harga grab ni RM35 termasuk tol dia charge RM9 tapi tol nya RM1 lebih je. Tak tahu lah kalau dia charge sebab LN naik 3 orang ke apa. sebab pakcik grab tu cakap ni grab yang minta bukan dia. Then we'alls beli makanan sikit kat terminal bas depan KTM tu sebab lapar sangat nak alas perut kan? Lagipun we'alls sampai KTM tu awal sangat sebab lepas check out terus ke KTM kan? Padahal ETS we'alls sampai pukul 4 lebih.
Kalau pergi Penang tak sah kalau tak lalu jambatan Pulau Pinang ni.
Bye2 Penang!!!

Naik je ETS terus lapar nak makan lagi. Nasib baiklah tempat we'alls sebelah dengan cafe, so beli terus lah nasi kat situ. Then we'alls makan. Perjalanan ambil masa dalam 4 jam gitu LN tak tidur pon sebab tak ngantuk. Sampai je KL Sentral singgah solat jap then terus ambil KTM ke Bangi untuk balik. Sampai je Bangi ayah ambil then we'alls sambung makan malam dekat Restoran berdekatan rumah. Then barulah we'alls balik rumah. Trip kali ni penat sangat, tapi berbaloi jugaklah semua tu sebab we'alls dapat makan dan banyak sangat pengajaran bila pergi travel dengan siblings tanpa bantuan tour guide ni. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan we'alls kat sana. So, next trip where do we go???



Total untuk Final Day:
Pengangkutan: RM35
Makanan: RM55
Shopping: RM118.9
Tiket ETS: RM79/per person

Kalau u'alls nak tengok versi video, u'alls boleh pergi ke youtube my sister Manje Ijat or click je link kat bawah. Tq๐Ÿ˜˜
https://youtu.be/2Ds2cMDvy-Y

ECO HAUL!!!

Assalamualaikum & hye u'alls. Rindu LN tak??? So haritu LN ada pergi Eco Shop dekat bandar seri putra and LN terus jatuh cinta pandang pertama dengan kedai tu sebab barang-barang yang LN nak sangat beli ada kat situ dan harganya jauh lebih murah dari tempat lain. RM2 je setiap barang siapa yang tak nak kan??? LN sampai sini tak plan apa-apa pon. Saja nak tengok apa yang best kat Eco Shop ni. Sambil tengok tu terbeli lah sikit kan. Murah and berbaloi sangat memang rambang mata kalau sampai sini. Barang-barang dia pon semua best2 dari barang perkakas rumah, dapur, makeup, makanan & minuman pon ada. LN pergi time tak gaji lagi and tak tahu nak beli apa. Ni lepas gaji memang LN list barang siap2 nak beli kat sana lah.
OMG!!! LN excited sangat nak share dengan u'alls apa yang LN beli kat sana. So jom tengok video LN ni.

Penang Trip Day 2

Assalamualaikum & hye u'alls. For second day in Penang, niat LN nak pergi Bukit Bendera tapi malangnya tutup pulak untuk renovation. So nak tak nak kita terpaksa tukar plan. So pagi-pagi LN dah keluar breakfast kat Ali Nasi Lemak. We'alls pergi sini naik grab sebab macam jauh je jalan kaki kan? *sis kan tuan puteri..hikhik
Gerai nasi lemak ni terletak di food court. Tapi food court dia macam semua orang cina dan banyak makanan cina je. So kalau u'alls ragu-ragu nak makan kat sana u'alls boleh bungkus bawak balik or makan jelah kat tepi jalan yang u'alls rasa ok. Takde sapa nak marah pon. LN makan kat sana je apa de hal redah je lah sebab dah sampai kan. Then ada aunty cina tanya nak minum apa so LN tanpa ragu-ragu cakaplah nak air mineral botol. So untie tu pon bawakkan air mineral. Boleh LN bawak air untuk terusksn berjalan nanti kan?
Nothing special pon nasi lemak ni. Rasa nasi lemak Ln still boleh makan so ok lah.

Then dah makan kat situ LN teruskan perjalanan untuk ambil gambar di street art. Dekat sini street art dia merata. Tapi LN tak pergi lah semua tempat. LN pergi yang terdekat je. Sebab nak kill time nak pergi FoodMuseum pulak nanti.


Lepas dah penat cari street art dan ambil gambar. We'alls terus jalan pergi ke Food Museum sebab dekat sini dorang buka awal sikit dari tempat kita. Tempat ni buka pukul 9 pagi so bila dah pukul 9 memang we'alls terus pergi lah. Jenis we'alls semua buat pagi-pagi. Sebab we'alls tak nak ramai-ramai nanti sesak. Alhamdulillah time we'alls sampai tu tak de orang lagi. So bila masuk je food museum we'alls macam kagum dengan display yang ada kat situ. Terus perasaan lapar membuak-buak. Gila ko tak membuak tengok makanan pulak tu. Semua menggiurkan. Staff dekat sini semua baik-baik dorang yang offer diri untuk ambil gambar we'alls. Kalau kat tempat lain kebanyakannya tak boleh suruh staff ambilkan gambar kan? Tapi kat sini tak payah suruh pon. Best kan?
Big laksa ever. Ni kalau betul memang ambil masa nak habis ni.

Nampak makanan warna warni seperti kehidupan kita sendiri.

I'm Alone. I need someone temankan i makan..๐Ÿ˜ข

Sapa nak mee goreng? Confirm sedap kalau LN yang masak..choiii

Yes..memang we'alls pernah plan nak kahwin sama-sama. Kan dah termakbul tu. Cuma olok-olok jelah.๐Ÿ˜‚

Then after dah penat posing kat Food Museum we'alls pon teruskan perjalanan ke Mee Sotong Hameed pata. We'alls jalan kaki pakai google maps je u'alls. Nasib lah semua oke walaupun dah ketibas. After dah sampai kat food court ESPLANADE ni time tu tak buka lagi tau. LN pon ragu-ragu betul ke mee sotong tu ada kat sini kan? Ada nampak signboard mee sotong tapi dia tak tulis pulak mee sotong hameed pata. Tapi disebabkan dah sampai sini kan? So LN tunggu je lah sampai buka. Dalm 10 minit sebelum pukul 11 tu. LN and kakak pon nak kill the time. We'alls jalan lah kat padang kota lama tengok air laut dengan panas matari lagi. Bila dah pukul 11 we'alls terus masuk balik ESPLANADE tu sebab lapar nak makan terus. Tapi mee sotong tu baru nak buka bila tanya dia cakap tak buka lagi tunggu sekejap dengan muka garang. Takut LN tau. Bila dah buka orang start beratur. Ramai jugak sekali beratur nasib baik lah LN duduk depan kedai tu je so cepat lah jugak turn LN. LN order 2 je mee sotong sebab takut tak sedap pulak kan. Tekak LN ni kan gedik bab makanan. Tapi bila rasa sesuap kat mulut perggghhhh sedap nawnaw. Rasa nak order 10 je. Over tak? Tapi memang betul sedap dan berbaloi. #LNapproved
Sedap gilos..LN nak repeat yang ni jgak..kuah sotong dia perggghh padu babe..tetangkat tak boleh. Seriously u'alls patut try.

Then lepas dah makan we'alls ambil grab sebab nak pergi makan ice ball tapi malangnya sampai-sampai ice ball tu takde. Samaada tutup ataupun pindah tempat lain.๐Ÿ˜‚
Lepas dah punah harapan we'alls teruskan berjalan kaki untuk balik ke hotel.

Lepas dah rehat & solat semua petang tu we'alls teruskan perjalanan menuju ke Hameediyah Restaurant. Niat LN sebenarnya nak makan nasi kandar. Tapi bila beratur staff situ cakap "akak tak nak try nasi briyani ke? Briyani pon lagi sedap." Dan LN pon mengiyakan aja dia tu. LN tak pandai nak tolak lah ๐Ÿ˜… lagi pon LN bukannya pandai nak order nasi kandar ni.
Ni lah nasi yang LN order. Nasi banyak giler. *mamak kan? Biasalah. Nak tahu tak? Harga ayam tu seketul RM9.50 u'alls rasa?? Ayam goreng bawang sahaja tau๐Ÿ˜‚ Nasib baik makanan dia sedap. Kena dengan tekak LN ni.

Lepas je dah makan tu we'alls terus jalan menuju ke Jeruk Madu Pak Ali. Ni pon salah satu tempat yang selalu orang pergi bila datang Penang ni. Habis je borong jeruk, we'alls jalan kejap kat Pasar Chowrasta. Jalan punya jalan termasuk lah satu kedai ni macam cantik je baju-baju kat sini dan harga pon berbaloi je. Terus borong kat sini. Lama gak lah we'alls stay kat sini. Dapat lah baju kurung kedah satu baju kelawar satu. Beli banyak-banyak dapat banyak jugak discount. Baik hati uncle kedai ni. Recommend this kedai. Owner dia siap recommend kan lagi tempat mana yang best untuk pergi. Salah satunya ais tingkap. Yes ais tingkap. My sister memang nak sangat minum kat sini. LN ikut je lah. Ais tingkap ni campuran air sirap + air kelapa + isi kelapa + biji selasih + gula. LN tak minum air kelapa ni so LN order lah cendol tapi LN tak makan kacang merah dalam cendol tu. *lupa nak cakap tak nak kacang. So LN pon mintak my sister tolong habiskan kacang tu.

Ni lah ais tingkap nya. Tak tahu lah mana tingkap nya..

Disebabkan LN tak minum air kelapa, so LN orderlah cendol ni.. kacang dia banyak giler..LN tak makan kacang, so my sister yang kena habiskan kacang dulu..TQ sister..

Ni lah kedai uncle tu. Baik je dia.. recommended sangat kat u'alls..

Lepas dah habis minum we'alls nak makan petang pulak lah konon. *padahal masing-masing dah kenyang. Then ambil grab pergi ke Persiaran Gurney untuk makan pasembor. sampai-sampai je dah renyai. Then we'alls terbehenti kat satu kedai ni. Namanya Disco Pasembor. Bila makan je sedap weyhhh. Tapi disebabkan we'alls kenyang lagi so lambat lah nak habiskan. Mana tak kenyang baru makan nasi pastu makan lagi. Memang tak habislah jawabnya. After dah makan tu we'alls terus book grab untuk balik sebab hujan pon makin lebat. Balik je hotel terus rehat. Malam memang we'alls tak keluar.
Yang ni we'alls ambil 5 jenis je. Harga dia telan air liur jugak lah.. RM29 *sebab ambil sotong.sotong je RM15 u'alls rasa? nasib baiklah kongsi 3 orang. Bila makan tu sedap sangat. Kuah dia manis dan tak pedas sangat. *LN suka benda manis so #LNapproved
So, total untuk hari kedua:
Pengangkutan: RM25
Makanan: RM97.8
Shopping: RM263.5