Family Outing | Makan Di Seoul Garden

Assalamualaikum & hye semua. Lama dah LN tak berkongsi cerita kat blog ni. LN masih berbelah bahagi sama ada nak teruskan berkongsi pengalaman dan cerita di blog ini atau delete terus blog yang dah lama dibina ni. tapi LN sayang nak tinggalkan. *hahaha..dilemma sangat tau u'alls. Ok, lupakan tentang dilemma tu. Kita start dengan new chapter. Biarlah dilemma tu terus menjadi dilemma. puiihh, muntah hijau..*hahaha, suka merepek la LN ni.

Ok, before LN merepek lebih-lebih, jom back to the title, Alhamdulillah, tahun ni LN dah masuk ke next level iaitu alam pekerjaan. LN bermula dengan mengambil pengalaman bekerja di Klinik je. LN pun tak tahu lah sampai bila boleh bertahan, memang lah kalau boleh LN nak bekerja di Hospital terus. Tapi apa kan daya ada beberapa perkara yang tak mengizinkan untuk LN bekerja di Hospital. Mungkin belum tiba masanya untuk LN bekerja di Hospital kot. InsyaAllah satu hari nanti, u'alls doakan lah LN cepat-cepat dapat tempat dekat Hospital ye. heee.
Acctually LN bukan nak cerita tentang kerja LN ni pon, LN nak cerita hari ahad lepas-lepas bersamaan dengan 6 March 2016, LN adalah berkongsi rezeki with family, Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hasrat LN untuk belanja my family makan with my own money. LN belanja takde lah tempat yang paling mahal sangat pon. LN just belanja family dekat Seoul Garden je. Seoul Garden yang ala-ala steamboat tu kan, Alhamdulillah ayah LN first time makan kat seoul garden ala-ala korea, dia sangat suka dengan suasana dan pilihan makanan di situ. LN suka sangat bila family pon happy. Sekali-sekala boleh lah belanja makan macam ni. Satu family berkumpul makan sama-sama. Plus, Seoul Garden ni macam family free so sesuai untuk u'alls yang nak cari tempat untuk gathering and yang paling penting boleh eratkan silatturahim tau.



ayah tengah cakap kat LN, nanti kita pergi makan sini lagi ramai-ramai ye.

LN try snap gambar full family..tapi selalu tak jadi..
ok, for your information LN kalau pi seoul garden ni memang udang yang first LN akan cari..
muka masing-masing dah kenyang..
see..i told you..bila ambil gambar full je mesti ade salah sorang yang spoil..