Langkawi Day 2

LN Travel Langkawi | Assalamualaikum & hye u'alls. Hari kedua di Langkawi ni my fav day. Sebab, agak banyak jugak tempat yang LN dan family pergi.

ootd LN untuk hati kedua

First, we'alls breakfast kat satu kedai ni nak makan nasi lemak lah. *almaklumlah kita orang malaysia kan? nasi lemak is a must untuk breakfast. Tapi LN agak pelik sebab nasi lemak ni warna kuning. Ini bukan nasi lemak. Terus spoil LN nak makan. haisshhh *nak kreatif pon tak yah lah sampai ubah warna nasi lemak tu. rasa jangan cakap lah, rasa macam nasi kunyit tahu tak?hurmm. S E D I H

Selepas breakfast we'alls pergi Kilim Karst Geoforest untuk Mangrove Tour dalam 2 jam RM200 satu bot. *biasalah family ramai. so senanglah dapat satu bot tak yah kongsi dengan orang lain kan? Dapatlah LN tengok paya bakau, gua dan pulau yang kita tak pernah tahu pon kewujudannnya. *cehhh, LN je yang tak tahu sebenarnya. Seriously best giler. LN suka naik bot pusing-pusing paya bakau and pulau ni. Kalau u'alls tak pernah lagi pergi mangrove ni, LN sarankan u'alls pergi sebab B E S T seriously tak tipu.
checkpoint pertama Gua Kelawar yang ni ada bayaran tau..
sangkar ikan.

tempat permainan helang. tapi helang malu bila nampak camera..choii

bukti LN sampai sini..

my big family..

Then lepas dah tamat 2 jam, we'alls nak berjalan di Tanjung Rhu, tapi sekerat jalan je pergi, terus patah balik sebab dah lapar nak makan terus. We'alls pon pergi singgah dekat Kak Yan Nasi Campur untuk lunch. Harga dalam 1+ sorang. LN suka air dekat Langkawi ni dah lah sedap, murah pulak tu. RM 1 je. Lepas makan singgah kedai untuk beli bahan-bahan konon nak masak lah kan? tapi biasalah bila travel tak dan nak masaknya. Kalau masak pon confirm tak selera nak makan.

Petang tu lepas dah rehat sekejap kat homestay we'alls keluar shopping kat HIG sekejap. Duit banyak habis untuk beli choclate je. LN bajet untuk chocolates RM200 nasib baik masih bawah RM200. Alhamdulillah. bijak LN berbelanja. hewww

Then lepas duit dah habis we'alls pergi singgah ke Dataran Lang. Yeahhh. Ni lah bukti LN dah sampai ke Langkawi. We'alls singgah kejap je kat sini sebab takde apa pon sini cuma nak tengok burung helang yang besar gedabak tu je.



LN tak behave bila ngan family..

Lepas dah ambil gambar dengan burung helang, we'alls teruskan perjalanan ke Pantai cenang. Kononnya datang sini nak tengok sunset lah. Sekali mata ni TERpandang minah saleh yang berbikini. Astaghfirullah al adzhim. Terus lupa pasal sunset. haisshh Kat sini pon we'alls kejap je singgah. Sebab nak tengok sunset je kan. K O N O N nya. Tapi best gak lah kalau dapat check in dekat dengan Pantai Cenang ni. Sebab sini tempat strategic sangat. Dekat ngan kedai makan, pantai and  macam-macam kat sini. Kalau sesiapa yang Backpackers boleh cari hotel di sekitar Pantai Cenang. Tak payah susah-susah nak sewa kereta. Jalan kaki pon boleh. Sesiapa yang ada lesen motor nak sewa motor kat sini melambak. Murah pulak tu. LN pon berangan lah nak pergi ngan kawan-kawan ke sini lagi.*semoga angan-angan ni menjadi kenyataan


Malam tu we'alls rehat dekat rumah je. Cadang dengan adik beradik nak pergi jalan-jalan di pekan kuah. Tapi ayah tak bagi. So kita pon tidur lah awal.

cerita tambahan: pada hari kedua ni ada ular tedung masuk homestay yang we'alls duduk ni. Tapi Alhamdulillah semua selamat

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST


Untuk Keterangan Lanjut | KLIK PADA BANNER TERSEBUT

The contest runs from 1 November until 14 December 2017. 

a) Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? ( Adakah anda ingat produk pertama yang anda beli melalui atas talian? Apakah ia dan bagaimana pengalaman anda? )

- of course LN ingat first produk yang LN beli. LN beli makeup brush. Harga jangan cakap lah, memang murah sangat dan tempoh penghantaran sangatlah cepat.aaa

b) Which types of products would you prefer buying online? (Apakah jenis produk yang anda cenderung untuk membeli atas talian?)

- Barang online yang LN selalu target adalah makeup tools, barang-barang rumah, pakaian, dan gadget.

c) What do you love about online shopping? (Apa yang anda suka tentang membeli di atas talian?)

- LN suka membeli di atas talian sebab jimat minyak, jimat masa, & jimat tenaga

d) Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? ( Apakah produk yang anda beli atau ingin beli di Lazada semasa Online Revolution sales? )

- Produk yang ingin LN beli di Lazada semasa Online Revolution sales adalah Phone Samsung Galaxy Note 8 tapi LN tahu LN tak berapa nak mampu untuk beli phone ni just mampu buat list berangan je. So LN tukar plan nak beli Seagate Expansion Portable Drive 1TB Black memandangkan makin banyak gambar dan video LN dalam laptop ni. So LN memang memerlukan benda ni.


So u'alls apa tunggu lagi? jomlah ramai-ramai berbelanja di Lazada Online Revolution confirm berpinar mata.
just klik – www.lazada.com.my/online-revolution

Langkawi Day 1

LN Travel Langkawi |
Assalamualaikum & hye u'alls. 2 december 2017 first time LN jejakkan kaki di bumi helang ini @Langkawi. Alhamdulillah LN berpeluang pergi. Walaupun banyak kali kena gelak and ada yang merendahkan LN sebab LN tak pernah pergi Langkawi ni, tetapi LN dapat sampai jugak di sini. *Alhamdulillah.

Untuk sampai ke sini kami satu family last minit je booking homestay, tiket semua ni. Memanglah pernah rancang nak pergi bercuti satu family, tapi selalu je tak berkelapangan. Ada je yang busy lah, keje lah, malas lah. *LN lah yang selalu tak dapat nak bagi commitment. nak tukar kerja. huuuuu

Ok, Leyla Nurjatiey jangan sedih-sedih. Kau dah selamat sampai pon kat Langkawi ni. -kata LN kepada diri sendiri.
happy tak terkata bila family nak bercuti ke Langkawi
my big family..susah tau nak kumpul ramai2 camni..
Untuk hari pertama LN gerak dari rumah ke KTM Kajang untuk menaiki ETS ke Arau pada pukul 8am menaiki 2 buah kereta kerana family LN yang pergi ada 8 orang. Yes! ETS Electric Train Service perjalan mengambil masa dalam 5jam. Tetapi ETS yang sepatutnya sampai pukul 9.10am LEWAT sejam. *Ya Allah, time ni dah TERsumpah seranah dah. tak tahu nak cakap apa sebab kami dah book tiket feri dari jeti kuala perlis pukul 5pm. Terus terduduk sambil makan sandwish yang LN sempat sediakan untuk dibawa dalam ETS. Dalam pukul 10.20am ETS pon sampai. Terus kami masuk dan cari tempat duduk yang dah kami pilih. yeahhh.

kami dapat koc C depan cafe and dekat dengan toilet

makan tengahari di ETS nasi tomato dengan air mineral RM9
LN sampai Arau dalam pukul 4 lebih camtu terus cari teksi untuk ke jeti Kuala Perlis. Time ni rushing sangat sebab nak kejar masa maklumlah tiket feri dah beli online pukul 5. Nasib baiklah sempat tau. Nak nangis rasanya kalau terlepas. huuu

Then sampai ke jeti Kuah, LN call orang kereta sewa untuk ambil kereta. Dah ambil kereta terus kami sekeluarga pergi homestay yang kami dah booking dekat Taman Nilam Langkawi. Besar juga lah rumah nya. Ada 3 bilik dan 3 bilik air. Harga LN dapat RM1390 untuk homestay dan kereta sewa innova 4hari 3malam. Tapi LN mintak kurang gak lah kan dengan owner ni so dapatlah RM1350. Alhamdulillah

Malamnya lepas dah siap mandi dan rehat semua, kami sekeluarga keluar isi minyak kereta dan cari makanan.

Pengalaman Pertama

LN First Flight | Assalamualaikum & hye u'alls. Yes! this is my first flight. LN dari Langkawi nak balik rumah naik flight Air Asia. *yelah, walaupun dekat je pon, tapi pengalaman ni berharga ye. LN so excited tau, sampai kena gelak dengan kakak LN. hurmm, sedih! but its okay, LN tak kisah pon. macam lah tak pernah ada perasaan pertama naik kapal terbang kan?

my first sayap.hew..hew

LN nak cerita pengalaman pertama LN dapat naik kapal terbang. T E R U J A ni je perkataan yang dapat LN gambarkan. Memang teruja sangat-sangat. LN depan family excited gilerrr. Dah macam orang kampung kalau u'alls dapat tengok my reaction dapat naik flight. Sebab tu lah kakak LN gelakkan but still dia layankan ajer karenah adik dia ni. HaHa

LN punya seat dapat yang sebelah tingkap, lagi lah teruja. Seriously kalau u'alls duduk sebelah LN, confirm u'alls malu. HaHa..

Alhamdulillah, LN takde pening-pening or rasa nak muntah ke apa bila naik kapal terbang ni. *tak mabuk okay . Tapi! *yes, of course ada tapi telinga LN berdesing sangat time 15 minit kapal nak landing, rasa macam nak meletop je telinga ni. Perasaan ni yang menakutkan LN tau. LN tanya kakak, normal ke kalau bersdesing macam ni? macam ada jarum yang cucuk-cucuk telinga ni. Sakit sangat-sangat. Kakak LN cakap mungkin sebab first time kot. LN pon positive lah kan. Tapi telinga LN ni makin sakit sangat. LN takut something bad happen, TERnegative pulak. terus LN baca macam-macam surah, selawat yang LN tahu.

Selepas kapal terbang dah landing je, terus satu persatu telinga LN kembali normal. Alhamdulillah.

p/s: nantikan episod LN travel ke Langkawi pulak

Blog Hop! Giveaway By Yasmin Aris

Assalamualaikum & hye u'alls.
Tuliskan tentang apa yang memberi inspirasi dalam hidup korang?

Ok, Mak dan Ayah adalah orang yang banyak memberi inspirasi pada LN. Bagi LN, masing-masing diantara kita ada cerita tersendiri. LN pon ada cerita LN sendiri. Selalu kalau LN susah mak ayah lah yang tolong, dari LN kecil sampai lah besar.

LN pernah di uji dengan ujian yang sangat teruk, semua kawan yang rapat dengan LN hilang, takde orang nak tolong melainkan Mak dan Ayah LN yang banyak membantu LN dan kuatkan balik semangat LN dengan kata-kata positive untuk LN teruskan hidup di bumi Allah ni. Susah-susah pon mereka tetap nak bagi kita gembira.

So now, bila LN nak buat sesuatu LN akan pikir positive dulu sebelum negative sebab Mak dan Ayah LN selalu positive bila buat sesuatu. Alhamdulillah LN masih mempunyai Mak dan Ayah yang memberi segala inspirasi untuk LN melakukan sesuatu dalam hidup ini. Love My Mom & Dad