20 Mac 2020 | A K A D

20.3.20 |Assalamualaikum & hye u'alls. Rindu LN tak? LN nak bagitahu u'alls semua yang LN dah kawin. Alhamdulillah jugak sebab Allah mudahkan segala urusan LN, pasangan & family untuk majlis nikah. Sepatutnya tarikh nikah & majlis we'alls adalah 21.03.2020 bersaman dengan hari Sabtu. Tapi.....(*kita tengok gambar dulu ye)

saat suami menyarungkn cincin ke jari manis LN

cameraman pon mintak tolong pak cik & mak cik je

yup.. we'alls takde pelamin pon sebab orang pelamin tak boleh nak hantar barang, makeup artist pon takut nak makeup kan orang time covid. LN nikah pon time 2 hari lepas start PKP. Semua orang tengah panic kan termasuklah LN.

perasaan gembira bercampur sedih. terpaksa makeup muka sendiri. cantik ke tak cantik hantam sajalah labu. dont judge! sebab LN sendiri tak terpikir nikah kena makeup sendiri.

Okey meh LN sambung cerita tadi. LN memang niat nak nikah hari jumaat 20/3 dan majlis sanding 21/3 tapi bila difikirkan balik LN nak buat majlis yang bajet sahaja. Yelah kita tak nak lah buat lebih2. kata nak simple je. So LN nak cut kan bajet tu LN pon pilihlah 1 tarikh je untuk nikah dan sanding sekali and LN dan suami pilih 21/3 untuk nikah dan majlis. Tapi Allah lebih mengetahui masa semua orang tengah panic Malaysia nak lockdown, LN pon tengah panic pikir 'aku ni jadi ke kahwin? Boleh ke buat majlis time covid ni?'

Kad kahwin semua dah bagi, barang goodies pon dah beli, khemah dah booking, makanan dah booking, baju makeup semua dah book. Bergaduh jugak lah dengan suami pasal ni. Tanya kadi dia cakap insyaAllah boleh teruskan tapi nikah sahaja lah. Tak boleh buat majlis. So kami pon lega lah. At least boleh teruskan nikah, nasib baiklah kami hantar kad undangan online je. So masing2 hantar msg majlis tak dapat buat. Time ni kawan2 banyak msg bagi kata2 semangat doakan yang baik2.
Kad kahwin online
ni pulak kad untuk sedara mara yang dekat.

ni sebahagian barang goodies untuk majlis nanti
baju sanding yang sepatutnya we'alls pakai..

Dan sehari sebelum 21/3, pada 20/3 selepas zohor ustaz kadi call, dia cakap last nikah 20/3 hari jumaat selepas 20/3 tak boleh nikah dah. Apa2 majlis kena tangguh. Nasib baik lah keluarga suami semua dah sampai Selangor dari Perak. LN terus call suami cakap boleh tak nak nikah lepas asar? Dia terkejut LN pon lagilah terkejut sebab tak sedia apa2 lagi. Makanan dah tempah untuk 21/3. Alhamdulillah suami pon setuju untuk awalkan waktu nikah kami. LN terus call pakcik & pakngah yang sepatutnya jadi saksi LN untuk datang rumah selepas asar. Dan lepas asar pada 20/3/20 LN dan suami selamat di ijab kabulkan. Nikah hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan. Time waktu nikah family LN hidangkan teh o panas dan biskut je. Makanan yang ditempah dapat pada keesokan harinya iaitu 21hb hari Sabtu.

Alhamdulillah majlis akad nikah kami tetap berjalan mengikut SOP yang dibenarkan.
Selepas nikah, malam tu barulah LN berinai. Dan keesokan harinya LN kena ikut suami balik Perak.



No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq