LN Bercuti | Bangi Wonderland


Assalamualaikum & hye silent readers. Kali ni LN happy sangat nak menaip sebab this is one of my fav place. Lately ni LN suka sangat pergi waterpark *walaupun baru dua kali je pergi*, tak tahu lah kenapa kadang-kadang pelik jugak dengan diri sendiri ni, kenapalah suka main air sangat tapi masalahnya LN ni tak pandai berenang pon. Boleh kira berapa kali nak lemas, tapi still LN suka water.

Tapi takpe sebab pergi waterpark or themepark ke LN rasa happy sangat. Bukan nak acah-acah comel ke apa, cuma kalau pergi waterpark or themeparak LN rasa salah satu terapi untuk hilangkan stress LN ni. Omputih cakap 'ME TIME'. Yes! exactly this is LN Time.
Syok gila kalau hari-hari dapat pergi waterpark pon LN dah happy *kepada bakal suami pandai-pandai lah bawak LN happy kan diri ye.

Sejak kebelakangan ni, LN sangat stress dengan beban kerja la, dengan masalah peibadi lagi tapi lepas pergi Bangi Wonderland, LN rasa best sangat mungkin sebab LN dapat main air kot.Walaupun Bangi Wonderland tak sama gah macam Sunway Lagoon but still LN suka jugak pergi sini.

LN pergi sini tak plan apa-apa pon, LN memang teringin sangat nak pergi sini sejak Bangi Wonderland tak siap lagi. Lagipun, rumah LN dengan Bangi Wonderland ni tak jauh mana. Dalam 15minit je dah sampai.

LN pergi dengan kakak-kakak dan adik lelaki LN. Orang yang berkunjung di Bangi Wonderland ni tak seramai waterpark yang lain sebab mungkin ramai yang tak tahu lagi kewujudan Bangi Wonderland ni or ramai yang takut nak pergi sini selepas kejadian air tak cukup or safety sini tak bagus. Tapi percayalah kalau u'alls nak pergi sini jangan takut, lalui sendiri ya.

Bagi LN, tak menyesal pon lepas LN pergi dan main sendiri permainan yang disediakan di Bangi Wonderland ni.
So, sebelum LN merapu lebih-lebih LN nak kongsikan gambar yang sempat LN ambil di Bangi Wonderland.

LN suka main dekat 'pantai buatan' Bangi Wonderland ni. Walaupun mabuk still LN terhibur. Tapi, ni je tempat yang LN teringat nak bil gambar.. sob..sob


2 comments:

  1. Wahh... Nampak best la..
    Ok bookmark. Nanti nak pi bawak anak² cuti sekolah nanti

    ReplyDelete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq