Langkawi Day 3

Assalamualaikum & hye u'alls. So, untuk day 3 ni pon LN punya fav day jugak. Nak tahu sebab apa? Sebab LN pergi cable car. Yeahhhh

Cable car ni pon memang dalam list berangan LN kalau dapat pergi Langkawi. heee *alhamdulillah, angan-angan LN jadi kenyataan. LN dah pon sampai sini. -fleep shawl sikit

Ok, before kita pergi naik cable car, we'alls sarapan dekat nasi dagang pak malau. Tempat ni popular jugak lah. Ramai orang review tempat ni best and makanan sedap. Kalau dah nama kedai pon nasi dagang, confirm lah dia jual nasi dagang kan? Seriously view kat sini sangat cantik, tenang tau kalau u'alls nak makan dengan family. Nasi dagang dia not bad, macam nasi dagang biasa *LN tak suka makan nasi dagang sebenarnya tapi kuah dia LN suka. S E D A P



After dah kenyang, we'alls teruskan perjalanan ke Sky Cab. LN berangan nak pergi sky bridge sebenarnya. Tapi alang-alang dah sampai sini kita try lah naik cable car ni sekali kan. This is my first time tau, so biasalah LN ni jakun sikit. huhu Kalau nak pergi sky bridge, kita kena naik sky cab jugak melainkan u'alls boleh terbang macam burung.

Sampai je dekat sini, LN beli tiket dulu kat kaunter, time beli tiket ni tak ramai pon. Mungkin sebab pagi lagi kot. Beratur nak naik sky cab tu yang jenuh sikit lah. Tapi still tak lama jugak, cuma ramai. Start kat sini, dorang akan tangkap gambar kita. Then masa nak naik sky cab dia akan suruh kita beli gambar tu.

LN pergi 8 orang. So we'alls kena berpecah dua kumpulan sebab sky cab ni boleh naik 6 orang je. So we'alls terpaksa berpecah sementara. Then dekat perhentian pertama, we'alls kena turun sebab nak tengok view kat sini. Then ada lagi sesi photography lagi. We'alls kat sini tak lama pon, tak sampai 10minit kot. Then we'alls naik sky cab balik untuk naik ke perhentian terakhir.
see..LN takut dia goyang..

Dekat perhentian sky cab yang terakhir, ada lagi orang ambil gambar, we'alls pon layan je lah. Memang best. Nampak semua. Cantik sangat view kat sini. SubahanaAllah

Dan mula lah misi LN nak pergi sky bridge. Nak pergi sky bridge ni kita kena beli tiket dan ada dua pilihan untuk ke sini iaitu naik sky glade or sky walk. LN of course lah sky walk. Sebab LN suka kan nature, Bagi lah peluh sikit kan kata nak sihat kan? at the same time boleh jimat duit jugak. Sebab sky glade RM15 tapi sky walk hanya RM5 u'alls boleh tengok hutan. Hee






Sampai je dekat sky bridge, terus kaki menggigil. Tapi kat sini memang cantik sangat-sangat. U'alls kena datang sini kalau naik sky cab. Tak rugi pon bayar RM5 or RM15 kita tu. View kat atas ni tersangatlah cantik. Memang cantik sangat. LN sangat T E R U J A. Lepas ni boleh ajak suami datang sini. hewww *LN berangan dulu
yeahhh..kami berjaya tawan SkyBridge. cewaahhh

Ok, lepas je we'alls dah puas ambil gambar and tengok view dekat sky bridge ni, we'alls terus naik bukit balik untuk pergi ke sky cab balik. Sebab nak turun bawah takkan nak terbang pulak. Lepas dah turun je we'alls terus pergi 3D Art Museum Langkawi. Siapa yang suka bergambar & pandai bergambar, U'alls kena datang sini. Actually, beli tiket SkyCab dia sekali pakej dengan masuk 3D Art Museum, SkyDome, & SkyRex. So LN rasa berbaloi lah LN beli tiket RM40 seorang untuk dewasa, dan RM30 untuk kanak-kanak TAPI u'alls kena bawak MyKad and MyKid.







Lepas habiskan masa bergambar, we'alls terus pegi SkyDome. Tapi.....LN boring giler dekat skydome ni. Better kalau u'alls kejar masa, jangan lah pergi sini sebab buang masa. Tapi kalau u'alls nak pengalaman try lah pergi sini. Confirm menyesal. bagi LN lah. Tak tahu lah kalau u'alls suka pulak. Test orang lain-lain.

Dah boring dekat SkyDome ni we'alls terus pergi ke SkyRex. Yang ni LN suka. Sebab lebih adventure giteww. Dia akan bagi cermin mata 6D kat kita. Dan kita memasuki Pulau Dinasor. Seriously LN terhibur. Yang ni macam real. 4.5 bintang LN bagi. Kurang 0.5 sebab LN tak suka beratur. *princess sangat

Then we'alls dah habis pergi semua pakej tu. We'alls pon rushing lah ke kereta. Sebab ayah tak ikut sekali time we'alls pergi 3D Art Museum, SkyDome & SkyRex. Kesian pulak dia tunggu. *niat nak pergi oriental village, tapi takkan nak biarkan ayah sorang-sorang dalam kereta pulak kan?

So, lepas je we'alls settle dekat sana, perut pon lapar we'alls cari makan. Yeahhh makan. We'alls makan di Restoren Kak Tie. Makan nasi campur lagi. Then terus balik rumah untuk rehat.

Malamnya we'alls pergi Pekan Kuah untuk shopping chocolate again dekat HIG tapi yang kecil punya. Sebab niat nak cari papero almond. Tapi still takde. Then we'alls pergi makan di Restoren Kak Yah Seafood.

Lepas je makan, we'alls terus jalan-jalan di pekan kuah. Ada satu bazar tu dekat dengan HIG kecil tu we'alls singgah jap. Ingat macam nak beli ole-ole lah. Tapi M A H A L giler. LN rasa lagi murah dekat Pantai Cenang. Terus telan air liur dan berlalu pulang untuk berehat.

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq