Resepi Crunchy Sticky Fried Chicken (Korean Fried Chicken)

Assalamualaikum & hye u'alls. Harini LN rajin sangat nak share resepi ayam ala2 korea ni. Mesti u'alls teringin kan nak buat sendiri? or nak rasa tapi macam tak berbaloi je harga kat kedai tu. *LN pon macam ni jugak, kadang-kadang tu nak makan sangat ayam2 korea ni, tapi bila tengok harga terus telan air liur sendiri je mampu* . So, LN decide untuk try buat sendiri dan hasilnya sangat memuaskan. Mungkin lagi sedap dari kat kedai. *cewahhhh..angkat bakul sendiri*
Nah LN bagi resepi ayam goreng korea yang mudah & murah ni. Cubalah buat. Nanti share ye.


Crunchy Sticky Fried Chicken 

Bahan-bahan

5 kepak ayam *dipotong dua
5 ulas bawang putih *ditumbuk halus
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
garam
tepung kentucky secukupnya

~• perap ayam bersama bawang putih, serbuk cili, lada hitam dan garam selama 15 minit
• Salut ayam bersama tepung
• Goreng ayam didalam minyak yang panas (LN guna teknik double fry)

Tip: lagi lama perap lagi sedap

Bahan & cara membuat Sos

1 sudu minyak bijan
1 labu bawang merah *ditumbuk halus
4 ulas bawang putih *ditumbuk halus
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
1 sudu gula perang
1 sudu madu
1 sudu bijan *disangai

~• Panaskan api dan masukkan minyak bijan.
• Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
• Masukkan cili boh, sos cili, gula perang dan madu, kacau sehingga likat.
• Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng didalam sos dan masukkan sedikit bijan, kacau sehingga sebati dan sedia dihidang.

[tambah mozzarella cheese untung feeling ala-ala k fry]

Tip: kalau nak pedas lagi tambah cili boh, kalau nak lagi manis tambah gula perang

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq