Salam Maulidur Rasul To All Muslims

Assalamualaikum..
12 Rabiulawal 1435 Hijrah bersamaan dengan 14.1.14. Cantik betul tarikh ni..   
Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada Baginda.
Alhamdulillah..kita masih bernafas di bumi Allah..
Salam Maulidur Rasul To All Muslims In The World.. Jom ramai-ramai satu dunia berselawat ke atas
Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh seluruh Umat Islam..
Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?
Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Wallahualam

1 comment:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 122
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq