JOM KAHWIN | PAKEJ PERKAHWINAN LAMAN WARISAN, TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

PAKEJ PERKAHWINAN LAMAN WARISAN, TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Satu lagi aktiviti yang kita boleh buat di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini adalah K A H W I N ..hewhew

Kalau bab kahwin ni confirm semua suka dan mesti ada tema perkahwinan idaman kita kan? LN pon ada angan-angan nak kahwin. eh?
nak cari tempat..makanan dan pakej yang menarik bukan senang. Jangan risau, bagi yang mencari tu meh buat majlis di Laman Warisan ni.

Laman Warisan Putrajaya |

  • Terletak di dalam kompleks Taman Warisan Pertanian, berdekatan dengan Alamanda Putrajaya.(strategik sangat)
  • Kapasiti sehingga 280 orang tetamu
  • Berkonsepkan Warisan & Klasik Decor Melayu
  • Ruang yang terbuka dan nyaman
  • Sesi fotografi PERCUMA di dalam dusun (wah..bestnya dapat bergambar di dusun..mesti cantik kan?-LN berangan)



Okay, Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) dengan kerjasama Felda D'Saji Sdn Bhd, keterer perkahwinan terkenal di Lembah Kelang, menawarkan Pakej Perkahwinan Laman Warisan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Pakej ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Putrajaya, Bangi dan Serdang untuk mengadakan perkahwinan romantis di bangunan rekaan tradisi yang dikelilingi kehijauan taman herba, pokok komersial dan buah-buahan.

makanan jangan risau, bagi LN yang mulut gediks ni sedap sangat. Pelbagai pakej menu bufet yang boleh anda pilih untuk majlis anda.



Fasiliti Yang Disediakan | 
  • Meja hi table
  • Food testing 10 pax
  • parking percuma
  • Surau, bilik menunggu
  • PA sistem
  • Basic Pelamin
  • 2 Meja Khas VIP
  • Kek Perkahwinan 3 Tingkat (Dummy)
  • 2 set Kaunter Buffet
  • Karpet Merah
  • Meja Hadiah & Skirting
  • Meja Doorgift & skirting
Okay, selain daripada pakej perkahwinan, Laman Warisan juga sesuai diadakan acara seperti pelancaran majlis korporat, makan tengahari, Hi-Tea sekolah, makan malam steamboat dan lain-lain dengan tempahan minima 100 orang pada satu-satu masa.





***harga pakej tidak termasuk 6% GST.
untuk maklumat lanjut berkenaan "" sila berhubung dengan pegawai Jualan Felda D'Saji Sdn Bhd, En Mohd Azan Dalal di talian 014-3388794 atau emel: azan.md@felda.net.my

5 comments:

  1. Apa lagi Leyla boleh lah buat kat sini nanti ..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sekarang semua tersedia. Yang penting deko cantik kan..

    ReplyDelete
  3. menariknyaa. bila nak kawin ni. hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Memang selalu juga tengok ada kenduri kahwin kat Taman Warisan ni. Mesti pakejnya menarik.

    ReplyDelete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq