PETUA

assalamualaikum..
wuhuu..kte nga rjin update nie..
nk share ckit sal kecantikan..
kte pempuan kan of course la un nk nmpk cntek sntiase..
i ngaku oke..even ta de la cntek mne,,tp kne la nmpak cntek ckit..bru la ade keyakinan diri kan..
nah..meh bce ckit..jun mlas2 oke!!


Masalah jerawat  - Jerawat dan jeragat memang ditakuti terutamanya kepada kaum perempuan. Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campur dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan dua kali seminggu.

Segarkan kulit muka- Jus epal hijau yang diperah. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Hilangkan tanda hitam pada badan – Ambil beberapa helai daun sireh, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sireh tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Kulit cerah dan licin  - Sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Bilas dengan air.

Merawat kulit berkedut - Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.

Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.

Masalah kulit perut berkedut - Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa dua minggu.

Hilangkan Parut Demam Campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

Kulit dan wajah yang cantik bermula daripada diri sendiri. Menggunakan buah-buahan, herba dan tumbuh-tumbuhan adalah cara selamat merawat kulit.

4 comments:

  1. banyak nye tips..
    yg mana satu yg diamalkan?

    ReplyDelete
  2. kalau ena forever duduk kat rumah, dah lama buat benda ni.. kalau masa kuliyah, payah nak cari bahan2 ni.. hurmmm btw tengs... ada salah satu tips ena nak try.. tegangkan muka.. yaw! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ✿A I N A A✿:wuhuu..nnty kte update untk ke kuliah plak ye..wc..da kte sharing is caring..try2..jgn ta try..

      Delete

Jangan segan silu, silalah komen di ruangan ini..tq